"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 25, 2010

Tanah KTMB di Singapura.

Klip pada gambar di atas untuk dapatkan gambar lebih besar dan jelas.


DUNIA politik adalah dunia berkisarkan pengaruh dan kuasa. Mencari kuasa, mendapat kuasa menggunakan kuasa, mengekalkan kuasa dan menambahkan kuasa untuk mencapai tujuan tertentu. Dan tujuan `tertentu' itu biasanya `tersembunyi' dan tidak jelas sifatnya...
Kalau mengikut definasi tersebut saya berpendapat dalam skala yang kecil kita semua pernah bermain politik dan mungkin sedang bermain politik. Cuma apa yang kita dapat atau rugi itu bawa kesan yang besar atau tidak... itulah persoalannya.

Walaupun saya sibuk marking paper, edit pakaian, dan buat jeruk pauh, saya agak hairan dan terkejut apabila tiba-tiba isu tanah KTMB di Singapura ini seolah selesai. Magic apa yang digunakan oleh Najib yang Mahathir gagal buat?. Pada masa itu saya sedang bersihkan ruang tamu sambil dengar TV, sekali sekala jeling juga.

Jangan bimbang saya bukan penganalisa politik...tetapi saya rasa penulisan ini lebih kepada tanda-tanya saya, kebodohan saya dalam dunia politik. Hubungan Malaysia dengan Singapura walaupun tidaklah seteruk hubungan Kasim Selamat dengan Nyonya Mansur tetapi tidaklah semanis hubungan Azura dan Z yang disandarkan pada kenangan.

Umum tahu banyak percangahan yang ala-ala pertikaian wujud sepanjang jalan di sepanjang sejarah pemerintahan, daripada zaman Tunku sampai ke zaman Pak Lah ada-ada saja hal sulit lagi menyulitkan. Selembut Pak Lah pun isu ini tak selesai tetapi saya terpana apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kelihatan tersenyum mesra di hadapan wartawan semasa mengumunkan projek ini. Atau saya yang pesimis?


Amboi gembiranya...


Tiba-tiba saya rasa bimbang (pulak dah...) dan khuatir jika kita kena korbangkang banyak perkara demi mencapai apa yang kita nak dalam dunia politik. Walaupun saya terketar-ketar bawak Myvi dalam bandar Kuantan dan dengar lagu Seribu Mawar itu tak bermakna saya tidak peduli soal bangsa dan negara...lebih-lebih lagi soal ketuanan Malaysia (amboi bersemangat ni...!).



Tanah tersebut (tanah KTMB) sebenarnya telah dipajakan dari kerajaan Singapura sejak 1918 bagi tujuan perkhidmatan kereta api. Ada la seluas 217 hektar, termasuk laluan landasan kereta api sepanjang 20-30 kilometer dari utara republik itu hingga ke selatan. Singapura kecil sahaja jadi 20-30 kilo meter tu besar dari segi kedaulatan sesebuah negara. Kalau kat Malaysia pendek je...tetapi ianya kira sangat besar dari segi maruah dan hak. Nilainya tak terukur.



Jangan hairan kenapa tanah KTMB ada di sana, sebab dahulu Singapura tempat orang Melayu juga, seiring dengan Tanah Melayu. Singapura itu pun pernah berada dalam Malaysia. Kalau kita tahu geografi dan peta topo (dan pandai kira bering) kita tahu yang kawasan-kawasan tu berada di utara tengah dan selatan Singapura. Satu kawasan yang amat bernilai!. Kalau ditukargantikan dengan kawasan lain yang `konon'nya amat bernilai mungkin ianya mungkin akan menjadi suatu kegagalan Malaysia dalam hubungan luarnya (amboi teranalisis pulak dah...). Nanti ada yang kata Malaysia bodoh, Singapura dapat pendekan akal kita dengan beri tanah kat seberang Johor je sedangkan sebelum ini kat hujung sana...entah lah. Saya harap saya silap analisis...



Marina South tu pulak kalau tak silap saya tepi alik sini je depan Pasir Gudang, bukan depan Johor baru. Entahlah... Kranji, Woodlands dan Bukit Timah lebih ke dalam kedudukan tempatnya berbanding tanah yang mungkin ditukar ganti tu...



Kedua-dua negara akan menubuhkan syarikat usahasama bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di Singapura. Saya tidak tahu nak ulas mengenai berita ini sebab ianya bukan sahaja membawa kesan ekonomi tetapi yang lebih penting ialah ianya mempunyaim kesan politik. Iaitu isu ketuanan Malaysia.



Nak saja rasanya saya kontek Tun Mahathir, nak dengar komen dia... Sebab jiran kita yang satu ni tak akan bersetuju membuat apa-apa persecapaian jika tidak benar-benar amat-amat sangat-sangat menguntungkan mereka...



Jan: Geram dengan gelagat jiran belakang rumah yang tak tahu hak-hak sebagai jiran...

6 comments:

uNcLeJoE said...

aku dah masukkan entry ni tapi aku wat jiwang skit... tp still ade sinis... ishhh senangnya bagi tanah kat orang ekk? macam tak bijak je..langsung tak bijak... orang lain bergolok bersenapang jaga tanah jangan dirampas... kita siap bagi senang gitu jer... uishhh

tak paham r gua... wei jeruk tu ade lagi ke?hmmm meleleh liur..

sukiman said...

entahlah joe tak berani cakap pasal politik sebab tak pandai mana..

jeruk tu pauh rekngan. Rendanm air garam, pas tu rejat biar kering sikit pas tu bubuh gula.

habis raung muadzam, tak dok kedai jual gula. kemarin baru ada tu pun boleh beli maksima 2 kilo je joe...

uNcLeJoE said...

gula memang gitu.... hmmm laaa wat entry laaa nanti camne duk raung muadzam carik gula... mestii menarik ...ala ala citer ubat kurap tuhh

hehehehehe

wawadave said...

i think, how u reacted abt the news, sama mcm i. penuh curiousity.. (eh, btul ke aku eja nih?)

sukiman said...

tak reti la nak cerita joe, tapi letih cari gula merata dalam kedai tapi tak ada, dia letak bawah kaunter rupanya...mana la kita nampak.
lepas tu siap britahu 2 kilo je boleh beli. macam la kita ni makan gula, kita bukannya nak jual kueh

ya la wawadave, hairani bin ajaibi...nanti pasal isu air macam mana gamaknya...

Eja said...

tp biasanya mr jan ni dia pandai bercerita...citer simple pun leh jd best bila dia karang...

citer sejengkal mgkn jd sepelaung...siap bermadah helah ciptaan terkini lg...

.