"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, January 7, 2009

Kotak

Bukan main lagi saya suka hati apabila dapat beli kotak dengan Intan. Masa tu Intanlah yang supply kotak kepada lecturer yang nak berpindah ke Shahputra Kuantan. Best beli kotak dengan Intan sebab saiznya seragam dan murah.

` Ada banyak lagi Suki, esok ada lagi’. Jawab Intan sambil membetulkan rambutnya yang bergelombang dan kelihatan agak berombak kembang terkembang, namun sesuai benar dengan anting-anting besi yang dipakainya. Bersungguh sungguh Intan menyakinkan saya bila muka saya dah masam macam bulan gerhana sebab kecewa kotak dah habis.

` Intan, ada tak lagi jual kotak?, Nak guna nak pindah Muadzam?’. Itulah pertanyaan saya kepada Intan yang pada masa tu tetap vouge walaupun dah memakai tutup kepala. Saya masih lagi tanya dia sama ada masih jual kotak lagi (tanpa menyedari bahawa tak kanlah Intan nak jual kotak sepanjang hidupnya, he he he.).

` Mat ada tak kotak lebih? Simpan ya, saya nak.’ Semacam mengarah pula meminta Mat simpankan kotak untuk saya. Bahagian peperiksaan selalu ada kotak-kotak kecil bekas kertas A4. Kotaknya kecil tapi keras, kalau besar tapi lembik tak guna jugakan, tak dapat bertahan lama. Dan sebenarnya Mat sudah tahu perangai saya yang suka kotak. Pernah dia tanya ` Encik Sukiman buat apa dengan kotak-kotak tu?’.

`Kotak-kotak ni siapa punya, buat menyemak je’ Pernah kawan seuniversiti tanya dengan nada tak puashati bila dia nampak kotak-kotak saya di tepi almari. Bukannya menyemak tapi saya menyusunnya dengan kemas. Dan sebenarnya dialah yang ambil kotak itu kemudiannya bila kena buang asrama sebab masalah sosial. Huh!

`Kotak-kotak ni guna lagi ke? Tanya makcik pembersih (cleaner). Dia memang selalu datang vakum bilik, lap dan sapu apa yang patut dalam bilik kerja saya.

`Aaaa..guna lagi tu’. Jawab saya walaupun saya sebenarnya tak tahu nak digunakan untuk apa. Saya mengutipnya di depan pintu seorang pensyarah senior, dia nak buang. Saya rasa sayang pulak sebab itu saya kutip.

Peranan kotak dalam kehidupan.

Kalau kita perhati betul-betul kotak memainkan peranan yang penting dalam hidup kita daripada kita lahir sehinggalah setelah kita mati, masa tu kotak kayu lagi, he he he.

Tapi saya pelik sikit sebab rasa teruja bila tengok kotak (mungkin begitu rasa yang Datuk Seri Anuar Ibrahim rasai bila dia tengok speaker atau mikropon, he he he). Dan rasa sayu bila nak buang kotak. Mungkin sesayu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua tiga bulan nanti, he he he…

Bila beli jam tangan tiruan daripada Adnan gembira sangat sebab jam tu ada kotak cantik. Bila beli cream anti ageing berjenama Clinique RM178 (50 ml) juga saya tak buang kotaknya, cantik. Kotak fair and lovely pun saya tak buang…!

Kotak sebagai simbolisme perlindungan?

Kotak ni simbul perlindungan dalam kehidupan kita (alamak dah mula nak berfalsafah ni, he he he). Kotak melindungi, menjaga dan menghargai.

Benda-benda kita sayang kita ada simpan dalam kotak kan. Barangan yang kecil-kecil pun kadang-kadang kita kumpulkan dalam satu kotak.

Masa kecil dulu saya guna kotak untuk membuat rumah perlindungan kepada anak2 kucing yang ditinggalkan ibunya. Siap dengan buat pintu sekali dengan mengunakan pisau kecil. Pintu yang boleh buka dan tutup, siap guna pen colour juga.

Kotak jugak boleh kita gunakan untuk letak barangan yang kita tak tahu nak letak di mana. Katalah kawan kita tiba-tiba nak datang bertandang dan kita tak sempat nak kemas rumah, kita bubuh je semua barang tu dalam kotak dulu, senang gitu.

Atau barang-barang mainan anak-anak kita yang pandai main tak pandai simpan tu boleh kita masukan ke dalam kotak kalau tak ada bakul plastik. Bukan sahaja kemas tetapi juga melindungi barang mainan mereka.

Kota yang cantik

Kini ada pulak dah kat supermarket jual kotak yang cantik-cantik. Bukan yang nak beri hadiah sahaja tapi ada yang besar coraknya menarik sekali. Tetapi saya tak belilah buat masa ini, guna kotak biasa sahaja. Namun bila ada duit lebih nanti saya akan membelinya. Tiada siapa yang boleh menghalang saya daripada membeli kotak-kotak tersebut nanti, he he he.


Jan: Bila nak buang kotak selalu tertanya-tanya `Kan nak guna kan semula…’.

1 comment:

maxine76 said...

hahaha. it s nice that u still remember me kiki, n 'the boxes insident'

.