"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, January 17, 2009

DPL: Sibuk memanjang...?

Saya sampai ke kampus lebih kurang dalam pukul 7.15 setiap hari. Sengaja saya turun daripada rumah lebih awal untuk elak kereta, lori dan bas. Tiga sekawan tersebut memang akan munculkan diri dengan ganasnya apabila pukul 7.30 pagi.



Apabila saya sampai ke bangunan akademik saya akan parking motor saya di belakang bangunan, di tempat parking motor pelajar. Kemudian saya naik ke tingkat satu menuju ke bilik saya menggunakan tangga belakang bangunan. Pernah saya terkejut melihat seekor burung hantu yang besar, amat besar...



Setelah saya hidupkan penghawa dingin, buka lampu dan hidupkan komputer saya akan terus ke pejabat untuk punch in. Biasanya tidak ada orang lagi di dalam pejabat. Untuk punch saya hanya perlu hulurkan kad punch saya melalui kaunter di hadapan bilik pejabat tersebut.Lepas tu muncullah muka saya yang handsome tu kat skrin komputer.



Selepas itu saya akan kembali ke bilik untuk membuka email jika ada apa-apa pemberitahuan daripada ketua jabatan atau apa-apa pemberitahuan lain daripada majikan.



Kemudiannya saya terus mengemaskan meja saya. Saya memang tidak mengemaskan meja saya sebelum saya pulang kerja. Kalau ada pun jarang-jarang. Entahlah saya lebih suka mengemas di pagi hari. Satu tabiat yang buruk kan...



Kemudian barulah saya ambil kertas kedatangan dan memastikan kelas mana yang memerlukan LCD dan lap top, atau kelas mana yang hanya memerlukan suara saya semata-mata. Biasanya saya ada kelas setiap hari kecuali hari jumaat. Pada hari isnin, rabu dan khamis kelas saya bermula sewal 8 pagi. Hari isnin dan khamis juga saya balik pada pukul 7 petang.



Sebenarnya saya harus punch in sebelum pukul 8 pagi dan kalau tak ada kelas saya boleh punch out seawal pukul 5.15 petang (kecuali jumaat pukul 5 petang). Namun begitu jarang saya balik awal. Pukul 6 petang saya masih di dalam bilik saya. Biasanya banyak kerja yang hendak dibuat.



Saya akan mencari waktu yang sesuai untuk makan pagi, tengahari dan minum petang. Biasanya saya selalu makan pagi, jarang-jarang makan tengahari dan kadang-kadang je minum petang. Kalau saya sibuk saya selalu kirim ke kawan-kawan saya sahaja. Bila makan barulah saya dapat berita mengenai apa-apa yang berlaku, kalau tidak saya tidak tahu siapa yang beranak dan siapa yang dah bentang kertas kerja contohnya. Siapa yang beli kereta baru, siapa yang suka mengambil masa orang lain bila mengajar,he he he.



selalunya saya mengambil masa di antara masa-masa kuliah untuk periksa kertas pelajar. Ada masanya pelajar datang jumpa saya untuk berbincang mengenai projeknya. Saya ada menjadi penyelia kepada beberapa penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar. Saya membantu mereka daripada penyediaan proposal hinggalah kepada memberikan markah pada akhiranny (dan marahkan mereka kalau lambat sangat bergerak).



Setiap chapter yang saya ajar saya akan adakan tutorial dan akan ada perbincangan. Saya cuba seupayanya memastikan mereka mempunyai kemahiran terutama dalam membuat graf. Namun tentulah ia juga bergantung kepada pelajar. Saya tak kuasa untuk memantau ratusan pelajar sekaligus...



Waktu lewat petang waktu saya hendak balik barulah saya buka blog, baca dan menulis sedikit sebanyak. masa inilah saya boleh rehat sikit. Walaupun Sakan tambah dan edit kemudiannya. Masa inilah seronok dapat baca blog-blog orang yang kita kenali dan yang tidak kita kenali. Tapi saya menulis tidak lama, saya harus pulang ke rumah.



Sebab itulah saya rasa sedikit tidak selesa apabila ada seseorang menyatakan saya ni tak ada kerja lain ke sehinggakan saya selalu boleh menulis di dalam blog. Saya juga sibuk namun saya gunakan peluang walaupun sedikit untuk menulis. Tulisan-tulisan itu tidaklah ada isi penting sangat ataupun sesuatu yang bermutu sangat...



Jankaulu: Kalu saya sibuk sangat tidak menulis jugak, just post yang mana ada, he he he.


No comments:

.