"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, January 29, 2009

Pengajar, pelajar dan mengajar..

Tidak semua pensyarah memiliki kemahiran bertindakbalas secara positif terhadap suasana atau`cuaca' di dalam kelasnya. Ramai juga yang terikut-ikut dan dipengaruhi oleh `isikandung' kandang kelasnya. Apatah lagi kebanyakan pensyarah tidak mempunyai pendidikan formal mengajar.

Ramai kawan pensyarah saya terdiri daripada mereka yang tidak berpedagogi, malah tidak memahami apa itu pedagogi... namun tidaklah pula kita boleh katakan mereka tidak mengajar dengan baik kerana pengalaman mengajar itu sendiri boleh menjadi guru yang baik kepada kita jika kita mahu mengamati, belajar dan berfikir.

Ringkasnya pedagogi ialah ilmu mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dalam erti kata lain kita boleh kata seni mengenai cara mengajar di sekolah. Pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Ia mengkaji banyak perkara termasuklah yang melibatkkan interaksi guru-pelajar. Contohnya, cara menguasai kelas.

Ni tengah menguasai peperiksaan...
Rasanya pensyarah mesti ada sedikit kemahiran mengawal kelas walaupun mereka bukannya di sekolah.


Pala pengat...


Tidak semua kelas mempunyai pemberat yang sama dalam memberi respon terhadap pengajaran yang kita sampaikan. Daripada cakap-cakap kawan-kawan dan pengalaman sendiri memang ada kelas yang seronok untuk kita hadiri dan ada yang tak seronok.

Kelas yang seronok, ia memberikan suatu perasaan untuk kita rasa tak sabar-sabar nak masuk kelas. Kita teruja untuk menyampaikan ilmu. Kita rasa kita ni orang yang penting dan dihargai. Semua kita cakap semuanya ditulis. Semuanya penting bagi mereka. Siap bertanya lagi kalau ada apa yang mereka tidak fahami. Kita pun bukan mainlah menjelaskannya juga siap dengan contoh-contoh lagi (contoh terdekat sampailah contoh daripada luar negara). Kita rasa puas mengajar.

Namun terasa tak bermotivasi jika kelas tu tak memberikan respon yang baik, terutama kalau dalam kelas tu ada `pala pengat' yang buat onar. Orang bercakap dia bercakap, orang tanya dia ketawa. Rasa nak lempang pun ada. Langkah kaki ke kelas tu pun jadi longlai...

Namun hakikatnya sebagai seorang tenaga pengajar kita mesti berupaya beri pembelajaran yang terbaik tak kira kepada kelas mana pun, itu adalah amanah dan tanggungjawab. Kita kena beri seadilnya, janganlah kerana kelas kita suka kita ajar lebih-lebih, kelas yang kita tak suka kita ajar bagai melepas batuk disilibus sahaja.

Pensyarah lara, pelajar lara...
Tidak semua pensyarah mempunyai kemahiran bersyarah dengan ceria, bermotivasi dan tetap bersungguh-sungguh apabila ada pelajar yang tidor, tak dengar dia cakap atau bersukaria di belakang.
Baguskah kita jika kita buat tak tahu je, dan terus mengajar...buat dok je pada pelajar yang tak mahu mendengar asalkan apa yang nak disampaikan sudah disampaikan, asalkan habis silibus... namun adakah ini suatu sifat yang mulia? mengajar pun satu cabaran, satu peperangan...
Jika ada pelajar yang bosan atau tidur atau melara jiwa kita mesti tetap mengajar dengan baik malah cuba `mengheret' mereka balik ke dalam kelas. kalau berjaya kita hebat dan hakikatnya kita kena jadi hebat, muliakan tugas kita. Jangan kita 2 x 5 jadi lara... Tanam dalam hati aku hebat (alamak macam Dr Fazilah Kamsah pulak, he he he).
Boring...
Tidak semua kelas boleh menerima gaya kita, mungkin kita ni jenis yang memboringkan mereka? Mungkin stail rambut kita jadi bahan ketawa di belakang mereka, mungkin kita mengajar mendatar sahaja atau mungkin kita buat lawak yang sama sahaja... Dan yang paling parah mungkin tiada apa-apa atau sesuatu yang `baru ' daripada kita. Kita ketinggalan zaman....

Gaya rambut juga penting...

Namun memang ada sesetengah kelas, kelas itulah yang memboringkan kita. Contohnya ada kelas yang bila kita buat lawak bagai nak rak, mereka selamba je. Iaitu susah nak senyum (mungkin sebab mereka banyak masalah, maklumlah pelajar zaman sekarang...) atau lawak kita yang tidak capai mutu yang tinggi? atau kita guna lawak yang dah basi? Atau lawak kita tu baru tadi pensyarah lain guna?.
Hakikatnya setiap kelas perlu diselitkan dengan `sesuatu' agar tidak boring... tak semestinya melawak.

Hereeeeet...


Tidak semua pensyarah berupaya untuk mengheret pelajar sepanjang perjalanan kuliahnya. Paling lama mungkin setengah jam, selepas itu fikiran pelajar sukar untuk bertindakbalas dengan input yang kita diberi. Tambah lagi daya penakulan berbeza terhadap pembelajaran. Sebab tu ada pendapat kita boleh beri masa 5 minit biar mereka rehat kejap atau geliatkan badan (dan 5 minit tu kadang-kadang terheret selama setengah jam?, he he he).

Masa tu kita mungkin boleh cerita mengenai perkara lain, contohnya cerita pasal masa kita study dulu, betapa rajinnya kita skor subjek ni, subjek tu (tapi jangan over nanti pelajar berbulu pulak). Atau kita cerita la pasal Meet Uncle Husing ke, kononnya kita boleh terima cara nyanyian mereka (walaupun hakikatnya kalau orang beli CDnya, terus kita bakulsampahkan.). Ceritalah apa-apa sahaja asalkan jangan kutuk majikan, kerajaan atau cerita celah kain orang.


Hakikatnya pensyarah kena berupaya mengawal kelasnya supaya mengikuti pembelajaran (walaupun mustahil berterusan selama sejam, apatah lagi 2 jam!...he he he).


Apa uniknya kaedah mengajar kita?
Daya pengheretan kita untuk mengheret pelajar supaya fokus terhadap pelajaran dan wujudkan suasana kelas yang harmoni rasanya boleh kita pelajari. Pelajari dengan melihat keunikan pada diri kita yang mungkin berbeza daripada pensyarah-pensyarah lain... kita cuba eksploitasinya. Tapi apa menariknya kita ya? he he he


Jan: Pernah menyanyi bila tengok pelajar dah mulai bosan buat keluk, dan hasilnya pelajar menutup kedua-dua belah telinganya dengan tangan... he he he...

No comments:

.