"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 6, 2009

Pengurusan cuti tahunan

Kawan saya (seorang manager di sebuah bank) pernah menyatakan cuti tahunan yang diberikan majikan haruslah diuruskan dengan baik dan bijak. Katanya lagi beliau sering mengingatkan para pekerja di cawangannya supaya bijak mengunakan cuti tahunan masing-masing.

Jika gagal menguruskan cuti tersebut bermakna seseorang itu gagal dalam merancang jadual tahunannya.

Kenapa kita perlu cuti tahunan ya? Tak boleh ke kalau cuti tahunan tu kita tak ambik langsung? Kenapa pula semakin kita lama bekerja semakin banyak pula bilangan cuti tahunan yang kita dapat? Tak kan suka-suka majikan beri je kan...? Macam mana nak urus cuti tahunan kita?

Cuti tahunan yang dimaksudkan tadi bukannya cuti yang kita ambil kerana kecemasan atau pun EL tu. Cuti tahunan ni memang cuti yang diberikan oleh majikan sebagai hakmilik kita sepenuhnya. Untuk mendapatkannya kita tidak perlu sakit (atau buat-buat sakit? he he he), tak perlu bersalin atau kena ada ahli keluarga terdekat mati...
Kenapa kita perlu cuti tahunan ya?

Kita sebagai manusia biasa memang perlu cuti untuk berehat... rehatkan minda dan juga fizikal. Kalau diasak-asak jentera pun kiot kan. Minda dan badan kita tidak boleh digunapakai secara berterusan 24 jam sehari 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun. Kita bukannya badang, jauh sekali Kyle XX.

Kita perlukan cuti tahunan untuk merehatkan badan, membelai diri. Maksud saya beri perhatian pada diri daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Contohnya ambiklah kaki kita ni. Kita gunakan dia selalu, setiap hari kita ke sana ke sini kaki kita jugalah yang bawak kita. Bila kita tidur je dia dapat rehat tu pun dia kena `bangun' bila kita tidur, he he he. Gosok-gosoklah apa yang patut dengan minyak zaitun ke. Kira upahlah sebab penat kaki tu bekerja. Tak salah dua tiga hari kita cuti tahunan tu kita peruntukan sebahagiannya untuk membelai diri.

Begitu juga cuti penting untuk minda kita rehat daripada tekanan kerja. Pada zaman teknologi ni kerja apa yang tak tertekan kan? So kita boleh rehatkan minda kita dengan duduk rehat membaca cerita yang santai, menonton atau pergi berjalan-jalan ke. Biarlah pergi berjalan ke tempat yang sama tetapi kali ini dengan minda yang rehat dan tenang, kita boleh menikmati keindahannya dengan maksima. Kita akan terkejut melihat impaknya….betul-betul menikmati alam maya.

Untuk rehatkan minda dan badan tidak semestinya kita kena ke luar daripada rumah. Saya pernah ditempelak oleh kawan saya kerana bila bercuti duduk rumah sahaja. Katanya baik jangan bercuti. Saya hanya tersenyum kambing sahaja, saya tidak menjawabnya. Cuma bagi saya tidak semestinya kita bercuti kena keluar daripada rumah duduk rehat di hotel peranginan. Rehat boleh kat umah je (sebab itulah rumah kita hendaklah sentiasa kemas…)


Tak boleh ke cuti tahunan tu kita tak ambik?

Tidak ada pulak undang-undang dalam Akta Pekerja 1955 (hingga 20hb Jun 2003) yang boleh memberi kompaun jika pekerja tidak mengambil cuti tahunan.

Cuti tahunan yang tidak diambil mungkin akan di`burnt’ oleh majikan atau sebilangannya dibenarkan `naik’ ke tahun hadapan, atau berbayar( bergantung kepada persetujuan secara bertulis...) Rujuk terma di bawah:

" Majikan hendaklah memberikan dan pekerja hendaklah mengambil cuti tahunan tersebut tidak lewat daripada dua belas bulan selepas berakhirnya setiap dua belas bulan berterusan perkhidmatan dan mana-mana pekerja yang gagal mengambil cuti tersebut pada akhir tempoh tersebut adalah dengan itu hilang kelayakan terhadap cuti tersebut."

"Dengan syarat bahawa seorang pekerja adalah berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti tahunan tertentu jika, atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis tidak mengambil mana-mana atau semua cuti tahunan haknya." (Akta Pekerja 1955, seksyen 60E, (2).)

Berbelit jugak ayat-ayat di atas ya, maklumlah ayat `Law’ katakan. Ayat-ayat `Law’ ni saya kureng sikit tapi saya faham kita tak dihukum kalau tak ambik cuti tahunan dan kita juga tak boleh gatal-gatal minta duit daripada majikan sebagai ganti kerana kita bekerja pada hari tersebut (lainlah kalau ada perjanjian antara majikan bersetuju secara bertulis).

Terdapat majikan yang memberikan hadiah kepada pekerja yang tidak mengambil cuti tahunannya. Emm… betul ke tindakan tu? Atau kita kena pastikan pekerja kita ambil cuti tahunan supaya mereka dapat rehat, tidak tertekan dan dapat kembali bekerja dengan segar dan prokduktiviti meningkat.

Kenapa pula semakin kita lama bekerja semakin banyak pula bilangan cuti tahunan yang kita dapat?

Kita ni kan semakin umur meningkat semakin banyak perlukan rehat, semakin umur meningkat fizikal dan mental tidak lagi segalak hati kita (hati nak buat guana…terus-terusan muda je, he he he). Bukan bermakna kita menjadi semakin malas tetapi minda dan fizikal kita lebih perlukan masa rehat berbanding masa kita muda-muda dulu.

Bukan semua orang macam Anita Sarawak, cuba bayangkan kita terketar-ketar naik dan turun tangga untuk menyampaikan kuliah, sedangkan relajar kita laju je naik turun tangga di kiri kanan kita, he he he.

Tak kan suka-suka majikan beri je kan...?

Ya, kita memang perlukan cuti tahunan tersebut. Majikan juga mahukan kita sihat dan dapat cukup masa untuk berehat kerana secara tak langsung dapat menikmati peningkatan produktiviti.

Ianya bukan pasal akta sahaja tetapi mengenai tanggungjawab majikan untuk tidak meletakkan pekerja tension sepanjang tahun. Majikan sedar bahawa pekerjanya perlukan cuti tahunan untuk merancang kehidupan yang lebih sihat, cergas dan menyeronokan jua.


Macam mana nak urus cuti tahunan kita?

Soalan ni sukar dijawab, saya guna jawapan yang biasa digunakan oleh artis kita yang baru nak mula meningkat naik (maknanya tak berlagak, santun gitu), `Ah…, emmm…bergantung kepada individu…’ Sambil tersenyum, lehernya dilembikkan sikit. Mata dibulatkan…tak ketinggalan buat-buat diam seketika (kononnya nak guna atoklah tu, nak berfikir). Semuannya segalanya dibuat-buat namun masih di bawah pengaruh sopan.

Ya, jawapannya bergantung kepada individu. Namun kita boleh bermula dengan bertekad ambil cuti tahunan 2009 ni hanya untuk berehat khas untuk tubuh badan dan minda kita. Jangan lagi ambil cuti tahunan kerana nak panjangkan raya sebab nak beraya panjang di kampung, maklumlah nak minta maaf kerana umpatan berkala di sepanjang tahun yang dilakukan atau ambil cuti tahunan nak pergi KLIA, nak antar sedara pergi buat haji.

Kita boleh mulakan dengan menjadualkan cuti tahunan kita dengan serius. Contohnya di bulan tertentu atau di tengah tahun kita ambik cuti tahunan kerana nak rehatkan diri. Betul-betul nak rehatkan diri. Kita boleh balik Lampung tapi balik semata-mata nak rehat, nak lihat suasana kampung dengan mata hati, nak menikmati ikan keli di kali, air perigi di telaga…

Bukannya dalam kes nak panjangkan raya tadi di mana kita kena melayan ramai orang, keluarga, saudara mara, kawan-kawan. Nak menjawab soalan, nak menunjukan kita mesra dengan suami/isteri kita, nak menunjukan baju raya kita yang ditempah khas daripada Den Wahab, atau nak tunjuk sport rim kita yang kita hutang 4 kali bayar dan lain-lain…

Sedangkan kita patut berehat untuk diri kita sendiri. Balik Kampung tanpa ada apa-apa agenda selain daripada bercuti!

Bergantung kepada individu

Dan kalu nak cuti tidak semestinya ke luar daripada rumah, di rumah kita sendiri pun kita boleh bercuti dan rehatkan diri kalau kena gayanya, caranya. Jangan beri alasan ada anak-anak pulak, atau suami/isteri menganggu. Kalu gitu jangan beranak (eh emosi pulak tapi seminit je, he he he).

Namun seperti saya katakan tadi ianya bergantung kepada individu...(baca dengan nada sedikit merajuk dan sedar diri…)

Saya pun tidak boleh nak beri cadangan yang lebih-lebih kerana saya sendiri seorang yang gagal menguruskan cuti tahunan dengan cemerlang tahun 2008 nan lalu. Namun tahun ini saya berharap dapat menggunakan cuti tahunan saya dengan lebih bererti dan betul caranya biar memberi makna.

Jan: Sendiri tanya, sendiri jawab, macam dalam kuliah pulak…

No comments:

.