"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, October 31, 2008

Pelupanya orang bercinta...*

Apabila kita bercinta seolah-olah kita berada di dunia baru. Dunia tersendiri yang indah. Dunia yang bahagia. Kita lupa yang dunia itu boleh membuatkan kita lupa kepada beberapa perkara, contohnya kita dah mula mementingkan diri.
Dan entah kenapa darjah mementingkan diri meningkat secara mendadak. Peningkatan ini tentulah tidak disedari oleh kita walhal dalam masa yang sama kawan-kawan kita dah mula meluat. Dan kalau kawan kita nampak macam semacam je, cepat-cepat kita kata ah dengki kot, tak ada orang nak ke dia. Itulah terpahat di fikiran kita.

Dunia seolah-olah berkisarkan kepada mereka sahaja atau kita (bila kita bercinta). Kita tak kisah langsung pasal penurunan pengeluaran kuantiti minyak oleh OPEC, tercabarnya ketuannan Melayu di tanah sendiri, Rafidah Aziz dah tak senang duduk dek Shahrizat punya penyokong atau jauh sekali ambil tahu pasal Madonna dah nak bercerai. Ah...bukan penting sangat pun hiburan, politik pulak memang kotor, alah kita ada Petronas buat apa sibuk dengan OPEC? Jawapan dangkal lagi singkat itu ringkas dan tepat bagi mereka (bagi kita kalau kita bercinta, he he he). Kita tak ambil pusing sebab kita dah ada dunia sendiri (dunia tak payah bayar petrol ke? he he he).

Dalam skop yang kecil pula kita dah tak hirau sms daripada keluarga, jarang sekali kita sms ayah tanya pasal beruk kat kampung tu sihat ke tak (beruk yang upah buat panjat kelapa). Dah 8 kali adik kita yang belajar di UNIMAS minta duit sikit nak buat beli barang hardware komputer yang kita dah 8 kali lupa. Kita cuma ingat hari Valantine dan brithday kekasih kita dah dekat. hajat di hati nak beri hadiah gelang emas yang ada batu-batu kristal tu ( yang akan kita bayar 3 kali dengan kerani pejabat).

Kita tak sedar pun kawan di sekeliling makan hati berulam biawak pasir dalam diam. Kawan-kawan lama yang beria-ria membantu kita masa kita putus cinta kali ke 8 dulu, yang masa kita berkurung dalam bilik 8 hari, kita lupa. Kita lupa kawan kita yang belikan roti sardin sambil buat lawak bodoh supaya kita gembira...yang belanja kita gi Megamall tengok Hari Poter supaya kita gembira jangan dok lingat lagi ingatan kekasih yang curang tu. Kita lupa!

Kita lupa Engku Fauziah roomate kita yang selalu tolong photostepkan nota untuk kita, selalu mengingatkan kita bila kita lupa nak study, alah yang teman kita makan kat cafe dulu masa petang petang. Ala tak kan tak ingat yang kita ajak dia (dalam paksa) supaya teman kita jogging kat tasik universiti dulu. Tau tak dia sekarang joging sorang! petang -petang bawak bekal... Ah kita terlupa... Malah kita maki Engku Fauziah sebab cuba burukkan Nordin Kamarul kononnya playboy. Mati hidup balik kita tak percaya yang Din pernah bercinta dengan budak perempuan yang jual keropok ikan kat Cafe. Saja dengki tengok orang bahagia, tak kanlah Abang Din begitu, dia baik, dia budiman. Kita lupa yang Din manusia biasa dan ada kemungkinan hanya berwajah tampan (ikut standard kita la, he he he), tuturkata halus tapi sebenarnya berhati neraka...kita tak terlintas langsung sebab??? sebab kita bercinta...

Cantiknya bunga taik ayam ni...bila kita lihat pokok bunga tepi bangunan tempat kita kerja, padahal dah 8 kurun pokok bunga tu dok menapak kat situ, pasu dah berlumut (ada sarang semut pulak tepi bibir pasu). Tiba-tiba je kita rasa cantik sebab??? sebab kita bercinta.

Kita dah nampak bini kita sekarang semakin labuh, gemuk dan tua. Dah tak pandai bergaya dan kadang-kadang bau bawang!, bukannya bau Chanell no 5 lagi. Asyik sibuk dengan kerja dan melayan anak sahaja, tak beri perhatian langsung pada kita, asyik menjaga anak yang baru dilahirkan (anak ke 7). Bini kita ni tak sedar ke yang lelaki ni kena layan macam bayi jugak. Kita dah mula merungut dalam diam, dalam hati. Bila kita bercinta kita rasa bini kita serba kekurangan, susutnilai tak terkira, he he he.

Sebenarnya kita tak tau pun kita tak patut beritahu guru baru (guru praktikal) tu yang kita kononnya tak bahagia walaupun dah 8 tahun kahwin. Kita lupa yang `cerita dalam kelambu' tak baik diberitahu kat orang apatah lagi guru praktikal yang bergetah tu baru je masuk mengajar 8 minggu kat sekolah kita...

(Kita lupa yang 8 tahun dulu bila nak kahwin, bini kitalah yang berkorban keluarkan duit simpanannya sebab masa tu kita nak kahwin apa dalam bank ada RM320.80 sen je... he he he kita lupa. Kita lupa 8 tahun dulu 8 kali kita kata kat bini kita kononnya kita tak dapat hidup kalau dia tak ada, he he he kita lupa...)


jan: jangan marah akan bersambung...he he he.
(*penulisan kali ini adalah direka berdasarkan peristiwa yang sebenar berlaku, cuma saya dramatikkannya dengan penggunaan ayat dan perkataan. Tapi bukan 100 benar, asas cerita benar dan saya reka ayat biar dapat gambarkan situasi dan keadaan)


2 comments:

Eja said...

tang no 8 dan 8 klai tu mmg terserlah ni kisah benar...hehhehee..

Eja said...

*kali bukan klai

.