"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 22, 2008

Dah lama tak ke Giant...

Semasa bekerja di Shahputra, memang kerap ke Giant. Kadang-kadang tiba-tiba je terniat nak ke Giant atas sebab yang tak munasabah. Contohnya, sebab dah lama tak pergi (bukan sebab nak membeli sesuatu, he he he) atau `jom ke Giant, nak beli gula' (padahal gula boleh dibeli kat kedai kat taman perumahan berdekatan).


Kerap pergi dengan Eja dan D6. D6 selalu sms jika nak ke Giant. Dan hampir 99% sms tersebut dijawab dengan mesra (nak ikut jugak).





Penuh sokmo Giant...


Kadang-kadang balik kerja terus ke Giant, kadang-kadang balik dulu ke rumah dan bersiap nak ke Giant dan kadang-kadang pergi hari minggu.


Ada juga pergi hujung bulan kononnya tak ramai orang. Namun sangkaan itu meleset. Sampai je ke Giant penuh kereta, nak cari tempat parking pun susah, kenalah parking luar.


Orang Kuantan banyak duit kot (atau duit tak banyak tetapi penggunaan (C) tinggi), penuh sokmo Giant...


Rasanya penuh sokmo bukanlah kerana barang jualannya murah (ada sesetengahnya mahal berbanding dengan kedai lain) tetapi memang seronok ke Giant atas sebab-sebab lain.



Ada Pizza dan KFC


Di Giant ada Pizza dan yang pentingnya ada KFC. Bukanlah tiap minggu nak berPizza atau berKFC, cuma kalau lepas membeli belah terasa nak makan, terus tolak teroli menuju ke KFC.




Kalau tak nak makan kat KFC dan Pizza, kedai/gerai makanan ada banyak. Pilih nak makan apa?. Nasik lemak? Makanan ala barat, ala timur?. Tepuk poket, tanya budget (kemampuan).


Sambil makan membelek-belek barangan yang dibeli, berbincang pasal barangan tersebut dan tiba-tiba ada barangan yang terlupa beli (pulak dah). Dan lepas makan masuk kembali ke tempat beli barang ( setelah hantar barang ke kereta) dan bila keluar kali kedua tu, rasa lapar pulak...he he he.


Kat Muadzam ni kalau nak makan KFC.... telan air liur jelah... Apa nak Pizza? Huh!





Susun atur dan persekitaran


Mungkin kerana susun atur dan persekitarannya. Masuk dalam Giant walaupun barang banyak tetapi pandangannya luas dan disusun dengan teratur. Taklah berlaga punggung atau bahagian-bahagian lain bila nak tinjau barang (kecuali musim perayaan tok soh nok katalah).


Ia lebih cerah lampunya (kalau perasan) berbanding dengan pasaraya ala-ala Giant yang lain. Lampu yang terang merangsangkan otak untuk membeli (ada kajian dan kertas kerja mengenai perkara ini). Tapi jangan tersalah beli barang yang tidak diperlukan (walaupun murah).





lawak Giant


Pun begitu bagi yang lolar, kemalangan boleh berlaku dengan pelbagai cara. Pernah saya duk pilih-pilih barang tiba-tiba masa nak masukan barang dalam troli rasa pelik. Bila pulak aku beli botol susu?. Rupanya troli yang saya heret tu troli orang lain. Apa lagi secepat kilat saya ambil barang saya daripada troli dan letak atas lantai. Dan terus mencari troli saya serata kawasan, rupanya troli ada kat tempat sayuran. Huh nasib baik tak ada orang nampak... Berapa lama dah ya saya heret troli tu ke sana kemari ya? sebab ada juga 3, 4 jenis barang saya dalam troli tu, he he he.


Begitu juga terdapat suatu kejadian di mana tiba-tiba ada orang lelaki dewasa nak bersalam dengan saya, saya terus buat muka berkerut (ragu-ragu) dan blah perlahan-lahan sebab tak kenal dia. Kes ini berlaku di depan Giant dekat pintu nak masuk tu. Dia membebel pulak sebab saya tak nak bersalam dengan dia. Rupanya dia nak promote barang. Masa tu D6 pun nampak kejadian itu. Mungkin D6 lebih tahu apa yang dibebelkan oleh lelaki tu. Bukan saya sombong tak nak bersalam dengan dia tapi saya tak selesalah main terjah tiba-tiba gitu.





Pelbagai barang dan pelbagai pilihan


Bukan nak promosi Giant, namun saya dapati banyak barang keperluan kita boleh dibeli di sana. Maksudnya kita boleh beli banyak barangan berbeza dalam satu tempat tak payah tuju ke kedai-kedai lain.




Satu jenis barang terdapat pelbagai jenama. Ambil contoh kalau nak buat soup. Ada pelbagai jenis jenama selain Abadi dan ala-ala Abadi. Cuba beli yang berlainan sikit. Saya dah cuba beli dan masak, harum baunya seluruh rumah bila mendidih. Rasanya? Agak lain sikit sebab kita tak biasa kan...



Kadang-kadang saya saja tengok (study) pelbagai jenis barang. Sardin ada pelbagai jenama, begitu juga dengan susu dan rempah ratus, dan lain-lain barang.




Nak beli fail ke, pen ke, kertas ke...ada semuanya. Hatta nak beli rak fail pun ada.


Baju, seluar dan selipar pun ada. Saya pernah beli baju kat Giant. Orang kata tak elok dan tak bermutu. Namun bagi saya berbaloilah sebab harganya murah (tak kan naik bas mini bayar 60 sen nak minta layanan macam dalam kapal terbang, huh!)





Rindu Giant...


Kita memang selalu ingat positifnya sesuatu perkara yang kita miliki/ kita ada selepas kita tidak milikinya atau kehilangannya. Di sini tiada pasaraya...





jankaulu: Teringat masa duduk kat Kuantan dulu gi Giant ternampak kawan sekerja tak bertudung (masa kerja bertudung). cantik juga orangnya...

5 comments:

danny said...

Bab nak salam tu kira pembuka bicara la nak jual barang tapi silap timing. Ada ke orang baru sampai Giant dia terus terpa ke kita. Kita datang giant bukannye nak jumpa dia. Kalau nak sangat jual barang, tunggu la kita dah habis memborong di giant.

selalu juga disapa oleh penjual kad kredit. Siap offer brg free.

Selalunya akan dijawab "saya tak layak... gaji kecik". Kadang2 tu jawab "TAK NAK!!!!"

madier said...

Cite pasal GIANT ke?hehehe..sampai ada org buat teka-teki.."ngape Nobita dan Doraemon tak nak dtg Msia?"....

Jawapannya...sebab ada GIANT...hehehe..

kalu kat Giant kuantan..aku suka makan sizzling mee..hot plate...pehhh..sedap...regapun murah...

Eja said...

tringat cemana awak terseliuh dan menjatuhkan diri dlm keadaan sgt dramatik hingga duduk tersimpuh ayu kat lantai giant hanya kerana nk letak brg tp x termasuk dlm troli...berangan lebih!!!

jankaulu said...

hal tu saya malu nak cerita kat blog, nanti ramai pulak org tahu saya ni sebenarnya `lolar' orgnya...he he he.

lagi pun cerita pasal Giant, bukan pasal saya.

he he he, puas jugak menahan sakit. Awak ni ingat je benda-benda memalukan saya kan, he he he.

Eja said...

sorry tershare kat cni...

.