"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, November 1, 2008

Ke Indera Mahkota, Kuantan.

1. Penulisan ini terhasil di Janateeh, sebuah kafe siber di Indra Mahkota. Kedai ini terletak di kawasan rumah kedai di hadapan rumah sewa lama (yang dua tingkat).


2. Tidak merancang untuk menulis..., mungkin penulisan ini keras dan kaku sedikit. Tak biasa menulis di cyber cafe (lagu latar yang diputarkan oleh taukeh kedai ni pun tak sejiwa dengan saya, he he he). Biasanya saya mencatatkan sesuatu dalam buku kecil dan kalau ada barulah masa saya mula menulis di dalam bilik kerja saya.


3. Bila kita berada di tempat yang pernah kita huni, kita akan rasa semacam kan? Ya terasa hening di hati. Payah nak cerita dan bertambah payah kalau nak ditulis.


4. Hari ini datang jumpa Adnan (dia ada di sebelah asyik bermain game dan berblog). Kedatangan ke kuantan ni ada la nak buat projek sikit (sambil-sambil tu nak sambar CD karokea Francissca Peter (penyanyi top masa era 80an)). Bukan nak nyanyi tapi nak tengok Fran dalam vidioclipnya dan senang nak tengok lirik.


5. Tadi ada la makan sikit kat Sara Thai ke sini, makan Tom Yam. Best jugak berbanding dengan yang saya masak (pengakuan ikhlas, he he he). Tapi Din Lab pernah beritahu tom yam saya masak lebih sedap berbanding dengan yang di kedai. Mungkin dia tidak bermaksud kedai Sara Thai, he he he.


6. Tadi saya lalu di hadapan Kolej Shahputra, saya melihatnya dengan bangga sekali. Terhutang budi sungguh. Saya bukanlah pekerja yang paling handsome (antara kot) yang terbaik atau cekap sangat namun majikan menghargai saya. Meletakkan saya di suatu tempat untuk berkhidmat dan rasa bangga. Di situlah saya mendapat rezeki berpuluh ribu, lebih seratus ribu sebenarnya (saya dah mengiranya selama saya bekerja di situ, he he he). Pernahkah anda mengira berapa jumlah keseluruhan gaji anda yang terkumpul? Tentu anda akan merasa bersyukur.


7. Tak dapat lari seketika terbayang kenangan lalu di Shahputra, bak kata Noni semuanya indah-indah belaka. Saya tak menafikannya...dan saya tak berniat menulisnya di sini, kali ini.


8. Dulu saya bersama Sani, Joe dan Kamal berempat tinggal di rumah sewa di Indera Mahkota ini. Banyaklah peristiwa yang berlaku, payah nak pilih yang mana satu untuk diceritakan... Namun dicampur tolak, ditimbang tara, kemanisan melebihi kemasamnan...


9. Rumah sewa ni dekat juga dengan rumah sewa Azniza dan Hapis (tapi mereka bukannya duduk serumah, he he he). Dekat juga dengan rumah sewa Roslina, rumah Emmy dan rumah Adnan dan Sue (mereka duduk serumah, he he he).


10. Tak tahu nak tulis apa lagi ni, idea tak ada...penulisan tak tersusun rasanya.



jankaulu: Best nikmati suasana malam di Kuantan (dengan cara sendiri...)

No comments:

.