"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, October 14, 2008

Rumah impian...


1. Saya dibesarkan di dalam sebuah rumah yang sederhana besarnya di sebuah kampung di pantai timur. Rumah itu adalah sebuah rumah batu yang dibina dengan gaya lama yang ringkas. Ayah saya ada mengatakan sebuah rumah mewakili zamannya, dan cara hidup penghuninya.



2. Rumah ini dibina dengan tidak mengikut trend sangat, dan ayah saya percaya rekabentuk yang serdahana itu mampu bertahan dan sesuai untuk semua zaman. Saya selalu berfikiran `kalaulah saya boleh memiliki sebuah rumah seperti itu’.



3. Saya suka tinggal di Pahang, maka memang daripada dahulu lagi saya mahu memiliki sebuah rumah di Pahang. Saya ada beli tanah di Pekan (saya pernah berhajat untuk membina rumah dan tinggal di Pekan), namun apabila Kolej Shahputra berpindah ke Kuantan, setahun kemudiannya saya jual tanah tersebut dengan hati yang sedikit luka.



4. Namun untuk miliki sebuah rumah di Kuantan bukan suatu perkara yang mudah, ibarat nak hilangkan kesan leban di bawah mata atau macam nak jumpa wakil insurans selepas kita beli insurans.


5. Rumah di Kuantan mahal (jauh lebih mahal berbanding di kampong halaman saya, tapi saya percaya ada rumah di kampung orang lain yang lebih murah, he he he). Rumah teres yang dah siap melebihi RM100k (namun ramai juga berpendapat harga rumah di indera mahkota adalah bersesuai dan berpatutan kerana lokasinya dekat dengan bandar malah ia murah berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia, pulak dah. Tapi lojik sebabnya kan).


6. Masa zaman riang kanak-kanak saya berimpian mahu sebuah rumah di tepi pantai. Sebuah rumah yang banyak bilik (termasuk sebuah bilik untuk dijadikan perpustakaan dan juga bilik pandang dengar). Kamal ada tanya bilik untuk sembahyang ada tak? Saya jawab sembahyang boleh di mana-mana. Kemudiannya kami berdua setuju hati yang ikhlas paling penting bila mengadap tuhan...


7. Sebuah dapur yang luas, banyak kabinetnya. Kabinet untuk tikus dan lipas pun ada dibuat khas. Bilik tidur saya pula besar, ada sliding door lagi. Bila saya buka pintu pada pagi hari, kononnya haruman ros daripada taman (taman mengadap bilik) menerpa masuk...1000 mawar.


8. Kononnya tepi rumah ada kandang kuda. Saya nak berkuda pagi-pagi di tepi pantai. Sambil berkuda pelan-pelan saya akan mengimbau kisah-kisah silam saya...



9. Saya siap lukis lagi rumah dan plan tu tunjuk kat ayah, he he he.


10. Tapi hakikatnya nak beli rumah banglow tepi sawah pun saya tak mampu, he he he. Kandang lembu pun jangan haraplah. Saya tahu saya tidak mampu nak beli rumah banglow kat Kuantan, saya tak mampu...


11. Namun sekarang hati saya tuhan sajalah tahu. Saya gembira, dan apa yang penting ialah saya belajar bersyukur dan menikmati dengan apa yang saya mampu.




jan: Rumah kecil tiang seribu, rumah besar tiangnya satu...

No comments:

.