"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 22, 2008

Bekas Pengurus Jabatan hal ehwal Peperiksaan Shahputra...

Kami bangga...berpeluang menyumbangkan sedikit bakti untukmu Shahputra.



1. Banyak peristiwa lucu berlaku masa saya bertugas sebagai pengurus exam di Shahputra Pekan.



2. Antara yang saya tak dapat lupa hingga ke hari ini ialah saya pernah terxerox skema jawapan sebanyak 200 naskah, dan hampir diedarkan di Dewan Intan oleh para pengawas peperiksaan yang bertugas, he he he.



3. Masa tu Bilik Kebal belum dibina. Ada almari je sebuah. Masa tu pembantu pun tak ada... bila nak xerok soalan kena turun tingkat bawah kat bilik kecil (kat pintu depan mula nak masuk ke dalam kolej, yang kita beratur bila tetamu luar nak datang). Situlah tempat xeroxnya dulu...



4. Masa tu Rosmazlan kendali exam kat Shahputra Kuantan.



5. Masa bilik kebal dan bilik mengurus exam dalam proses dibina Pekan, tuhan sahajalah tau betapa gembiranya hati saya...sampai puasa 2 hari bila siap.



6. Kini bangga jabatan peperiksaan dah berkembang, dah terorganisasi dengan baik, exam dijalankan dengan penuh intergriti dan cekap.


jan: Kalau cakap pasal exam, jangan lupa Mat Pijot (sebenarnya masa saya bertugas dengannya dialah segalanya).


1 comment:

Eja said...

xleh lupa juga masa mkn ramai2 kat kfc termasuk pengurus exam, pengurus akademik dan pengawas2 peperiksaan sampai terlupa/terlewat nk siapkan dewan utk exam. sampai student nk blk ingatkn exam x jadi. mengamuk ustaz madi tlg aturkn paper dgn 2 org stdnt. Bagi stdnt tu sorg rm10 sbb tlg ustaz madi.Tp tu bkn rasuah ek...cuma tanda trima kasih dan rasa bersalah..Rasa takut sbnrnya lbh byk....hehheehe

.