Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, October 11, 2008

Berkahwin atau tidak berkahwin...

1. Tidak berkahwin bukanlah satu kesalahan, sama ada berkahwin atau tidak berkahwin tetap bukan merupakan suatu dosa. Yang dosanya datang daripada bagaimana kita pandui hidup kita dengan sebaiknya sama ada kita berkahwin atau tidak.

2. Kalau ada rezeki dan `usaha-usahi’ yang dijalankan berhasil, maka berkahwinlah kan…

3. Bukan semua golongan tidak berkahwin itu memang tidak mahu berkahwin. Mungkin mereka sangat-sangat nak berkahwin (bak kata ustad Ahmad mungkin masuk dalam bilik menangis malam-malam) atau mungkin ada yang sudah mengambil keputusan tidak mahu berkahwin atas sebab kita tak perlu tahu, he he he.

4. Siapalah kita untuk mengata dan memberi penghakiman terhadap hidup mereka ni…(sedih pulak rasa…)

5. Dewasa ini perkahwinan mungkin bukan lagi keperluan malah boleh jadi ia merupakan suatu pilihan kepada pihak-pihak tertentu.

6. Ramai juga individu yang memilih untuk tidak berkahwin. Mereka menganggap perkahwinan bukan pelengkap kehidupan yang utama. Contohnya, mereka sudah merasa amat selesa dan berpuashati dengan kehidupan mereka, khususnya dari segi kerjaya yang memuaskan, gaya hidup yang lebih kondusif dan mempunyai kebebasan dalam pelbagai perkara dan juga kestabilan kewangan.

7. Perkara yang lebih salah dan bangang adalah memiliki sebuah perkahwinan tetapi pengisiannya adalah tidak betul. Terdapat banyak kes berlakunya pengabaian, ketiadakadilan mahupun kecuaian di dalam institusi kekeluargaan. Contohnya kebajikan isteri yang diabaikan oleh pihak suami, pihak suami yang diabaikan oleh pihak isteri, dan pengabaian anak-anak.

8. Saya berpendapat mengabaikan tanggungjawab dalam perkahwinan merupakan kesalahan yang besar berbanding kesalahan tidak berkahwin (kalaulah ia merupakan kesalahan…salah ke?).

9. So saya sarankan sama ada berkahwin atau tidak berkahwin sama-samalah kita mengisinya dengan kehidupan yang bermakna, janganlah menjadi hakim macam lebih daripada tuhan pulak.


Jan: Kot-kot sebenarnya kawan kita yang tak kahwin tu sebenarnya kahwin dengan org bunian. Mana kita tau kan, he he he.

1 comment:

KOYAN said...

KAWIN KE DOK NIH DENGAN IZIN ALLAH S.W.T...WALAUPUN DAH TERTULIS DI LUH MAHFUZ..TETAP KENE BERUSAHA...KAWIN NIH MEMENUHI TUNTUTAN..ROHANI DAN JASMANI...TAPI BUKAN SEMATA2 SEKS..ADA PERASAAN LAIN YANG TAK DAPAT HENDAK DINYATAKAN...HANYA DAPAT DIRASAI ORANG YANG DAH KAWIN JE...KALAU TAK KAWIN TAK RASA PERASAAN TERSEBUT..ITU LA HEBATNYA PERKAHWINAN..RAMAI MANUSIA BOLEH HIDUP TANPA BERKAHWIN..TOKOH ILMUAN ISLAM SPT..IBN TAIMIAH..IMAM NAWAWI..PUN TAK BERKAHWIN..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home