"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 3, 2008

Kepada anak-anak saudara saya...

Saya ada 7 org anak saudara, 4 org lelaki dan 3 org perempuan.
Semua di sekolah rendah kecuali najihah, Saya lihat keadaan mereka tidak sama seperti saya belajar dulu. Saya bimbang masa depan 3 org iaitu Najihah, Najib dan Syafiq, entahlah tetapi mereka asyik bermain sahaja. Ayah saya kata mereka malas membaca, entahlah apa nak jadi. saya harap mereka dapat ubah perangai mereka, jadi org senang dan berjaya pada masa hadapan.

'' Dunia sekarang jika orang bodoh tidak ada siapa nak berkawan dengannya'', itu kata ayah saya...

Pada masa saya kecil dulu, ayah saya juga berleter sebab saya suka main-main danm malas. Saya kena membaca tiap hari, tidak boleh selalu tengok TV. Saya mesti membaca membaca dan membaca. Saya kira saya bukanlah golongan yang cerdik di sekolah tetapi saya dapat markah yang baik kerana membaca, itu sahaja. Bila membaca, kita in gat banyak perkara.

Dunia akan datang akan berlainan sekali, saya hendak beritahu kepada anak-anak saudara saya jika mereka membuka blog ini yang:
PADA MASA HADAPAN SIAPA YANG TIDAK ADA ILMU PENGETAHUAN AKAN KETINGGALAN DAN TERPINGGIR DARI MASYARAKAT.
Jan: Ilmu penyuluh hidup...

1 comment:

danny said...

oleh itu... kenalah sentiasa belajar walaupun ilmu itu bukan bidang kita. jangan bagi macam2 alasan kerana bagi aku segala alasan itu adalah dari mulut orang PEMALAS

.