Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, May 30, 2008

Masalah anak remaja lelakinya...



Anak saya yang dah besar, berdikari tinggal di IM 14, Kuantan.


LEWAT PETANG semalam, ketika sedang berkemas hebat nak balik kerja, `pop' keluar email dari sorang kawan. Dia nak minta pandangan dan nasihat mengenai anak lelaki remajanya. Emm... pada mulanya agak keberatan jugak nak beri nasihat atau pandangan kerana bukannya tau sangat, lagipun nak balik awal, nak siram pokok pisang.

Sebenarnya susah nak bagi nasihat pasal nak nasihat anak orang lain kan...(lainlah kalau nak minta nasihat bagaimana nak buat kek pisang). (Dua hari lepas pun ada terima email dari kawan yang ada masalah dengan anak lelakinya juga, tapi tak retilah nak beri nasihat....suruh dia berdoa je)

Berbalik kepada Puan X tadi, dia beritahu anaknya tidak menghormatinya, suka berkawan dan tak mendengar kata (standard biasa remaja kan...), dan sukar sungguh nak menasihatinya. Saya cuba jugak menasihatinya bermaklumatkan kepada nasihat kawan saya bagaimana nak menghampiri diri dengan anak remaja sendiri. Sebab ni zaman teknologi, remaja teknologi ini tidak seperti kita masa remaja dulu (zaman Hail Amir dan Uji Rasyid) katanya.

Masa anak kita masih kanak-kanak bolehlah kita kawal mereka, tentukan baju yang mereka nak pakai, kita boleh beli baju gambar basikal (sedangkan anak kita nak baju gambar katurn yang sedang makan pisang). Tetapi bila mereka dah dewasa, dah ada pemikiran, kecenderungan dan pendapat sendiri, ia jadi agak sukar untuk mengadakan kawalan, sekatan dan teguran. Perlu diingat kita dan anak kita adalah individu berbeza. Walaupun kita yang melahirkannya, mereka bukan kita. Mungkin hidung nampak sama kembang, rambut sama hitam tapi hati dan taste lain-lain(panjang lebar jugak nasihat ni).

Saya menasihatinya lagi, rapatkan diri dengan anaknya, kena `kenal' anaknya secara luar dan dalam. Ungkapan ayat `anak saya, saya taulah perangainya' mungkin tidak sesuai, kadang-kadang ibubapa perasan lebih.

Saya nasihatkan dia supaya tahu dengan siapa anaknya berkawan, kalau boleh berkawan sama dengan kawan-kawan anaknya tu, jemput kawan anaknya datang bertandang ke rumah ke, (boleh buat jemput pisang atau pisang goreng dan tea o panas). Barulah boleh tengok apa masalah mereka sebenarnya.

Kata Adnan lagi, kalau ibubapa nak dihormati mestilah ibubapa tu betul-betul layak untuk dihormati. Bukan kerana kita ni ibubapa mereka tetapi kerana kita ni insan yang memang layak untuk dihormati. Bentuk diri depan anak-anak biar nampak hebat dan vouge (kepinpinan melalui tauladan - Dr M). Betul jugak memang la anak kena hormat ibubapa tapi remaja zaman teknologi sekarang lain, mereka lebih menghormati kita jika kita ada pembangunan diri yang baik, ada pendirian dan kelihatan hebat. Mereka nak contoh...contoh yang nampak dan sezaman.

Tapi saya jawab pendek je email tu, setakat tu jelah, itupun copyright yang Adnan beritahu. saya sendiri tak reti nak beri petua nak jinak anak, lagipun anak-anak saya semuanya baik-baik belaka (prasan! anak kucing memang dengar kata).

Jan: Pernah jadi anak derhaka...

2 comments:

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

hm...bercerita ttg remaja skrg agak sukar ditafsirkan kerana perbezaan zaman byk memberi kelainan...
ada benarnya ibubapa perlu mendapat penghormatan jika mempunyai personaliti yang terhormat....cuma satu perkara yang boleh dikatakan punca kepada semua masalah di dalam dunia ni...ekonomi ka...sosial ka...pendidikan ka...politik ka...IAITU AGAMA..sedangkan pernah ada cerita dimana walaupun ibubapanya babi pun dia hormat kepada ibubapa inikan kita yang mempunyai bentuk rupa manusia...so pikir-pikir kan...

Anonymous said...

Aw, this was a really nice post. Taking the time and
actual effort to produce a really good article… but what
can I say… I hesitate a lot and don't seem to get nearly anything done.

Review my blog post :: clear

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home