Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, February 19, 2016

Aishah tak layak masuk Gegar Vaganza

Semalam bila pulang dari kerja, saya bukak radio dan terdengar lagu `Janji Manismu'. Lagu ini pernah menjadi juara AJL pada masa lampau (1990). Pada masa lampau AJK adalah suatu pertandingan yang berprestage, dihormati, dan diperkatakan ramai. Sekarang AJL sudah macam acara glamour semata-mata, tidak menolong ke arah memartabatkan senilagu.

Pada masa kini AJL sudah tersasar kepada `kepopularan'...

Pada masa lagu tersebut meletop-letop saya sedang ambil STPM, pertama kali dengar lagu ini semasa di stesyen bas Jerteh bila balik dari tution. Bila dengar terus perasan kononnya lirik lagu tu macam kisah hidup saya. Saya rasa ramai juga begitu, he he he. Padahal saya tidak pernah bercinta pada masa itu. Konon.



Image result for CD Aishah


Aisyah ialah penyanyi yang hebat, bertaraf dunia. Namun entah di mana silapnya kerjaya Aisyah sebagai penyanyi akhirnya tidak cemerlang sebagaimana dia baru pulang ke tanah air dahulu. Pun begitu tiada siapa yang boleh pertikaikan kedudukan tersendiri Aisyah. Suara Aisyah, arwah Kak Pah pernah menyatakan suara Aisyah merdu. Banyak pertandingan dimenangi Aisyah berikutan kemantapan vokalnya.

Tiada siapa yang sangsi...

Image result for CD Aishah

Saya berpendapat Aisyah tidak layak untuk ke Gegar Vaganza sebab dia sudah berada pada tahap liga yang tersendiri. Gegar Vaganza bagi saya hanya sesuai untuk artis yang pada zaman kegemilangannya pun hanya takat suam-suam kuku sahaja. Tidak mencipta banyak rekod. Maksud saya bukanlah sangat popular atau ada suara yang sangat merdu. Bak kata saya tadi takat suam-suam kuku kaki dan deman kebah.




Saya setuju dengan Aishah, dunia ini penuh kepalsuan... Dan setiap kepalsuan itu ada pembalasannya. Amin!








No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home