Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, February 4, 2016

Saya dibogelkan di khalayak ramai...!

Peristiwa hitam ini berlaku di salah satu seminar akademik yang saya hadiri. Biarlah saya rahsiakan nama seminarnya.  Agar penganjurnya, organisasinya tidak terasa malu dan agar ianya tidak memalukan sesiapa.

Dalam usia 46 tahun ini memanglah rasa malas dah nak berseminar semini ni. Kalau ikut hati nak bermain dengan kucing jiran jea. Relek-relek. Namun oleh kerana tidak mahu ketinggalan zaman dan nak tahu juga kalau ada benda-benda baru yang boleh dijadikan panduan maka saya masuk juga. Kena fikir positif untuk pembangunan diri (kononnya...).

Saya pernah merata-rata pergi seminar masa muda-muda dulu. Masa tengah galok. Bila dengar seminar macam itik dapat air, atau macam artis dapat botok.

Sebenarnya tidak berapa lama pun bengkel itu bermula, saya sudah dapat rasa bahawa analogi yang digunakan oleh profesor muda tersebut terlalu rumit dan `jauh'. Kalau ada bandingan yang senang kenapa guna yang susah? Memanglah khalayak terdiri daripada ahli akedemik yang bertaraf PHD dan ada bergelar profesor. Namun perlulah dingat kepandaian khalayak hanya terhad dalam bidang masing-masing sahaja. Aci kerat jari ada yang tak pandai buat kek buah atau jahit silang.

Namun saya berfikiran positif, tak apalah dia muda. Saya yang tua ni pun tak berani handle seminar beri ceramah...(merendah diri...).

Namun apa yang saya nak ceritakan ialah gelagat penceramah muda yang bertaraf prof ini mengendalikan bengkel. Bila sampai sesi berkumpulan, saya menawarkanlah diri menjawab beberapa soalan bagi kumpulan saya, dan jawapan saya ditulis di papan putih oleh ahli kumpulan saya. 

Kemudiannya beliau berjalan dari satu kumpulan ke satu kumpulan. Namun apabila beliau sampai di kumpulan saya. Beliau menyatakan jawapan saya salah! Dan beliau menyuruh ahli kumpulan saya menyapu jawapan saya di papan putih itu. Dan katanya jawapan saya itu untuk jawapan soalan lain...(ya allah). Tiada usaha dari dia untuk menilai jawapan saya tersebut dari perspektif saya.

Saya yang ketika itu sedang berdiri terpingga dengan gelagat prof muda tersebut. Di tengah orang ramai, (yang majoritinya kaum hawa) saya rasa sangat malu. Saya rasa seolah dibogelkan tanpa seurat benang apabila satu persatu pakaian saya dilucutkan.... Dan apabila dibogelkan saya kelihatan hudoh, saya bukannya sado tapi saroi. Saya bertambah malu. Itulah ibarat kata.

Saya malu sangat dan muka saya bertukar biru. Saya tak dapat memandang wajah-wajah di sekeliling saya. Saya hanya nampak gelap, nampak mendung. Saya rasa nak kepak sayap terus terbang ke pintu besar bilik seminar dan melayang pergi ke kedai (kedai jual aiskrim yang berdekatan...)

Mana tak malu oooiii kalau begitu cara dia menegur saya. Saya bukannya budak umur 17 tahun tengah nak ambil SPM. Begini ke caranya menegur orang di khalayak ramai? Orang itu pula sudah berumur 46 tahun. Tua, gemuk, hidup sendirian, masih setia walaupun ditinggal kekasih...(saya la tu...)

Hanya tuhan saja tahu betapa saya malu pada saat itu. Dan dalam ramai-ramai perempuan itu ada pula yang saya rasa segan sangat (sebab cantik). Saya malu kalau saya kelihatan bodoh dan hodoh di matanya. Saya bertambah malu.

Saya rasa malu bukan sahaja sebab saya dibogelkan tetapi seolah-olah apabila dibogelkan, pada hari itu kononnya berseluar dalam yang compang camping,  berwarna pink, ditambah pula corak bunga dan ada renda-renda halus. Malunya...!!!! 

Selepas itu saya tunduk sahaja sepanjang sesi pertama tersebut. 

Dan tidak sampai pun tamat sesi pertama apabila saya lihat peserta galak berseminar saya hayungkan kaki menuju ke pintu keluar. Saya rasa pintu itu jauh sangat rasa macam 200 meter lari berganti. Saya rasa tidak dapat tunjukan muka saya dalam seminar dua hari tersebut. Bye-bye seminar!

Saya berpendapat, penceramah haruslah bijak menguasai khalayak. Kenalilah khalayak anda dan jangan sesekali melakukan perbuatan yang mungkin kita rasa biasa dan tidak terniat tapi mungkin akan membuat hari tersebut adalah hari yang paling malang dalam kehidupan seseorang insan...

Apabila berjumpa dengan sahabat saya, saya ceritakan tentang kemaluan saya yang besar di khalayak ramai. Kawan saya beritahu profesor muda tersebut perlu banyak belajar lagi...agar menjadi pandai.

Kenalah pandai dalam budi bicara, kenalah cerdik dalam suasana...Ada PHD ke, bertaraf profesor ke...kenalah juga belajar berkomunikasi

Semoga apa yang saya alami tidak dialami oleh orang lain...



Image result for humiliated by a crowd
Gambar hanya hiasan tetapi mewakili perasaan...



Gambar hanya hiasan tapi wakili luahan...




1 comment:

Din Besut said...

Hahaha. Mmg selalu terjadi ni. Dah ada pamgkat sijil otomatik berlagak dan lupa adab. Bila dah ada phd senua perasan diri sendiri genius. Best blog ni, everything yg ditulis mmg betul realiti uni malaysia.

   

.

.

.