Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 23, 2016

Jahit `arbo'...

Anak saudara lelaki saya yang sekarang bercuti di rumah saya menyatakan saya mempunyai sikap negatif terhadap perempuan. Saya terdiam. Saya terkejut dalam hati. Saya terkejut kerana itukah gambaran sebenar mereka terhadap saya?, atau saya cuma nampak begitu...?

Saya tidak bernegatif terhadap perempuan. Saya hargai perempuan walaupun ada yang puaka. Mungkin dalam beberapa hal saya bercakap separuh sahaja, malas nak memperjelaskan hal sebenar panjang lebar. Nampaknya lain kali saya kena jelaskan. Harus!

Saya menghargai kaum yang `pelik' ini. Taraf seorang perempuan telah dinaikan sebegitu tinggi setelah kedatangan islam. Dan dalam banyak hal kita dapati perempuan bukan sahaja baik namun semakin bijak. Menyumbang dalam masyarakat. Lelaki telah ketinggalan jauh di belakang. Lelaki hanya pandai bercakap...lihat dalam dunia politik, tak ramai perempuan. He he he.

Namun saya juga memberi kritikan hebat pada sebahagian kaum perempuan. Contohnya saya ada juga mengkritik perempuan yang mementingkan kerjaya, kerja balik lewat. Sebenarnya saya akui kalau suami mereka benar-benar `layak' bergelar suami, perempuan tidak perlu bekerja. Keluar dari rumah dan bekerja bukanlah tugas wajib pihak perempuan. Saya lebih percaya perempuan suka menjaga anak, mengemas rumah dan membeli belah.

Namun saya pernah jumpa beberapa perempuan jahat. Saya panggil jahat sebab bagi saya itu lah sebenarnya jahat... Meruntuhkan, menyedihkan atau menyusahkan hidup orang bukanlah perkara baik. Dalam banyak kes kalau saya perempuan, saya tidak akan bertindak demikian.

Ceritanya begini: Kisah seorang isteri muda `menyerang' isteri tua melalui handpon itu sangat buat saya rasa tidak selesa. Isteri muda menyerang isteri tua dengan maki hamum sambil berkata `arbo' isteri tua tu sepatutnya kena jahit baru suami tak cari `albo' lain!.

Astarafirullah...

Hidup berpoligami sangat sukar, namun kaum wanita haruslah menjaga tatasusila diri, jangan mencarut sana sini. Isteri kedua kena sedar dia `rampas' suami orang...(walaupun sebenarnya ia bukanlah kesalahan dari segi agama, dari hati isteri tua ia berperasaabn suaminya telah dirampas...)

Kalau saya seorang perempuan, lelaki yang sudah ada kekasih, atau sudah bertunang saya tidak akan `kacau'. Inikah pula suami orang. Tapi saya lain kan...

Saya harus berfikir rumahtangga orang yang kita sayang mungkin runtuh, Bila runtuh isterinya akan sedih, anak-anaknya akan bernasib malang...

Kalau saya perempuan, saya tak sebut pasal arbo perempuan lain...

Tetapi sesetengah perangai perempuan...begitulah.


Image result for puteri dua sebilik
Image result for puteri dua sebilik







No comments:

   

.

.

.