Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, February 4, 2016

`You cant fix stupid...' kata anak saudara saya...

Kata anak saudara saya yang masih remaja, dia merasakan rugi tinggal di Malaysia. Dia beritahu rakyat Malaysia sangat tertutup, malas dan tidak makan ajar. Dan lebih ramai orang yang bodoh daripada yang cerdik. Dan katanya lagi ahli politik bukan tidak tahu akan hal ini. 

Katanya kerajaan tahu membuat perancangan terbaik tetapi terpaksa berlembut dan memberikan banyak `muka' kepada masyarakat. Kerana sebodoh manapun seseorang itu di Malaysia, dia layak mengundi. Sebab dalam demokrasi bukan kebenaran dicari tetapi suara ramai. Suara ramai yang mungkin salah!

Saya merasakan pemikiran anak saudara saya yang belum lagi pun masuk universiti ini mempunyai banyak persamaan dengan pemikiran saya. Kesian pulak dia kerana walaupun masih muda remaja di sudah nampak banyak perkara. Fikir banyak perkara.

Katanya lagi pembangunan fizikal di Malaysia sebenarnya sudah melebihi pembangunan intelektual rakyat. Maksud dia rakyat masih bodoh walaupun kemudahan yang ada untuk mendapatkan ilmu telah mencapai kemajuan. Dan katanya ahli politik dan kerajaan tahu akan hal ini.

Dia beritahu sudah tidak dapat buat apa-apa dah...sebab ada cikgu yang juga bodoh, lecturer yang juga bodoh dan ramai yang bodoh...

Saya rasa kesian kepada dia sebab dalam usia remaja dia sudah merasakan keadaan sekeliling tidak memajukan cita-citanya dan harapan dia pada kehidupan dan negara pada masa hadapan.

Dan sekali lagi dia beritahu ahli politik dan kerajaan tahu. Dan banyak perkara boleh dibuat apabila rakyat makin ramai yang cerdik... Dan dia yakin kerajaan dan ahli politik tahu akan hal ini...


Image result for you cant fix stupid quotes


3 comments:

Din Besut said...

Sokong. Walaupun ramai yg konon berpendidikan tp level kebodohan still sama. Blajar smpai phd tp kdg2 byk je yg berlagak pandai tp sbnrnya bodoh. Mls nk ckp, maybe sistem pendidikan tu yg mmg dh jahanam sbb kronisme mmg makin teruk walaupun di universiti.

Din Besut said...
This comment has been removed by the author.
Sukiman Ishak said...

setuju...

   

.

.

.