Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 23, 2016

Cita-cita saya pada masa tua nanti...



Saya berharap apabila saya tua kehidupan saya lebih stabil, aman dan harmoni. Saya akan lebih positif dan berjaya mengawal perasaan saya. Pendek kata saya akan bertambah sabar dan matang. Saya juga akan lebih bijaksana sini situ. Mudah-mudahan. 

Saya juga bercadang untuk melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan pendidikan di daerah saya iaitu di daerah Besut. Saya mahu pulang ke Besut apabila saya tua nanti. Saya mahu memainkan peranan yang aktif dalam Persatuan Kebajikan Pelajaran Daerah Besut. 

Tidak mahulah bila sudah bersara pada umur 60 terus hidup tidak produktif dan tidak ria. Pasti ada celah-celah atau lubang-lubang yang boleh kita sumbangkan diri. Buat banyak kebajikan... Bila buka mata di pagi hari, ada saja kerja yang perlu dilakukan. barulah hidup ada makna.

Pada masa tersebut tentulah saya tidak lagi bertongkat ke pawagan. Tidak lagi membeli tupperware atau membelek katealognya. Saya juga tidak akan membeli pasu atau pinggan. Mungkin saya hanya membeli apa yang benar-benar perlu sahaja. 

Orang tua juga adalah sebahagian daripada masyarakat. Janganlah mentang-mentang tua, diketepikan dan dibiarkan bagai orang yang tidak berjasa. Kita selalu diajar supaya menghormatim orang tua. Sepatutnya begitulah bangsa kita dididik. Saling menghormati. Ada nilai penyayang dan bertimbang rasa.

Jan: Saya juga mahu ...






No comments:

   

.

.

.