Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 23, 2016

Koleksi Pyrex Chelsea 2015

Saya tidak merasakan saya seorang lelaki yang pelik apabila saya duduk menatap atau membelek Pinggang Mangkuk Lama (PML). Lelaki yang pelik ialah lelaki yang sudah ada isteri tetapi membeli pinggang mangkuk untuk perempuan yang lain. He he he.

Orang kata hiaslah kehidupan kita dengan apa yang kita suka. Kelilingkan apa yang kita suka di sekeliling kita. Supaya kita suka akan kehidupan kita (itu yang penting). Saya tambah pula satu perkara lagi iaitu jadilah diri kita sendiri. Maksud saya kumpulah apa yang kita suka di sekeliling kita. Janganlah sebab jiran kita kumpul PML, kita yang tak minat ni terus kumpul juga. Itu namanya mangkuk hayung.

Kini mengumpul PML- Pyrex Chelsea sudah menjadi hobi saya. Chelsea adalah corak kedua dari bawah, sila rujuk gambar di bawah:

Gambar 1 (Dari Koleksi Masa Lapang FB)


Dulu koleksi Chelsea saya hanya sedikit. Sila lihat almari di bawah. Saya letak koleksi Chelsea paling bawah. Ada empat cawan sahaja.


Gambar 2: Koleksi Pyrex Chelsea paling bawah
Mengumpul PML sudah menjadi aktiviti yang menarik dalam hidup saya. Saya suka menatap PML di almari kaca saya, di atas meja dan di rak saya. PML ada di mana-mana...walaupun di bilik tidur. Haa

Bila lihat saya tersenyum gembira seolah anak teruna desa yang pertama kali mendapat senyuman mesra dari pelayan bar kota yang gedik. Tidak tahu bagaimana saya mahu ceritakan, hanya yang alaminya sahaja memahaminya. Namun saya tidaklah pula ke bar...

Gambar 3: Koleksi Pyrex Chelsea hampir menguasai almari 

Kini koleksi Chelsea saya semakin membiak (sila rujuk gambar 3 di atas). Saya keluarkan semua PML lain dan penuhinya dengan hanya Chelsea.

Gambar 4: Pyrex Chelsea mendominasikan almari.

Kalau dilihat gambar di atas, koleksi saya masih tidak mencukupi. Contohnya saya hanya mempunyai empat pasang cawan dan piring. Saya masih tidak ada beberapa jenis pinggang mangkuk lagi. Contohnya saya tidak ada mangkuk kecil, bekas kueh bulat kecil, mangkuk saiz besar, mangkuk bujur dan beberapa jenis lagi yang mungkin saya tidak tahu kewujudannya.

Emak saya beritahu pinggang mangkuk kalau tak guna berdosa. Sebenarnya saya juga menggunakan sebahagian dari pyrex ini sebagai kegunaan di dapur. Terutama apabila saya buat rumah terbuka (tapi tertutup).

Saya harap apabila saya mati nanti, PML saya dijaga oleh ahli keluarga yang tahu menghargainya. Namun sekali fikir saya tak perlu fikir apa yang akan terjadi di dunia ini selepas saya mati kerana saya dah mati.

Kan...

No comments:

   

.

.

.