Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, February 1, 2016

Peristiwa di pintu lif Megamool, Kuantan

  1. Saya mencelahkan diri keluar dari pintu lif. Sebabnya saya belum lagi keluar tetapi sekumpulan anak muda (yang tidaklah juga muda sangat) terus meluru masuk. Saya rasa terkejut, rimas dan tidak selesa.
  2. Saya terpaksa menguruskan diri...he he he (tapi saya taklah gemuk sangat)
  3. Saya mahu membeli tiket wayang di tingkat lima Megamool.
  4. Perasaan hormat kepada orang tua (yang tidaklah tua sangat) memang tidak ada pada diri budak-budak ini. Ada ke dia `cus' terus masuk.
  5. Mereka meluru masuk sebaik sahaja pintu lif terbuka, menyebabkan saya dan orang yang mahu keluar beresak-esak..
  6. Saya rasa perkara ini tidak patut berlaku.
  7. Sebuah negara yang menuju maju sepatutnya tingkah laku penduduknya pun mestilah maju.
  8. Saya berfikir di manakah silapnya?
  9. Silap sekolah ke? Sedangkan sekolah dan guru-guru sudah buat banyak pogram `itu-ini' untuk sahsiah pelajar. Dah ajah `atas-bawah'. Soft skill la, hard skill la..
  10. Salah ibubapa ke? Tetapi mereka sibuk pagi petang, letih pagi petang... Tak kan nak salahkan mereka...(sila baca no 10 ini dengan perasaan satira).
  11. Siapakah yang bersalah?
  12. Saya mengaku kali ini memang saya tidak tahu siapakah yang bersalah...
  13. Tetapi saya percaya masing-masing akan bertubi membela diri dan menunding jari...

Image result for menunding jari

No comments:

   

.

.

.