Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, February 16, 2016

MyBeras: Kerajaan nak sedekah beras...

Inisiatif kerajaan untuk melancarkan Myberas 1 Mac 2016 ini melahirkan reaksi yang bercabang-cabang. Maksud saya ada cabang sokong dan memuji dan ada cabang komen sana-sini macam semua kerajaan buat tak betul...

Tidak pernah terfikir pulak saya dalam keadaan ekonomi negara dan antarabangsa yang `capek' ini, boleh pula kerajaan timbulkan idea ini. MyBeras ini akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang miskin tegar yang terhimpit dek kenaikan kos sara hidup.

Bantuan beras secara percuma ini sangat dapat meringankan beban bagi golongan miskin tegar. Miskin tegar berbeza dengan miskin mutlak dan amat berbeza pula dengan miskin relatif. 

Menolong orang adalah pekerjaan mulia. Tahniah kepada pihak kerajaan yang perihatin. Jarang kita dengar kerajaan dapat ucapan tahiah daripada rakyat kan? Biasanya rakyat tak puashati memanjang je. He he he.

Namun pihak yang mahu kita tolong mestilah pihak yang patut ditolong. Maksud saya ada perkaitan yang kukuh antara malas dan miskin... Janganlah nanti orang yang miskin kerana malas bekerja...kerajaan kita sedekahkan beras...

Kan? kan?

Sebab duit sedekah itu pun datang dari rakyat lain juga...di mana `rakyat lain' itu mahu duitnya disedekahkan kepada orang-orang  yang sepatutnya... Besar sungguh tanggungjawab kerajaan kan?.

Abang Jan: Dah 108 hari tak makan nasi...


Image result for Myberas

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home