Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 16, 2016

3D yang menjadi isu...Pekerja asing

3D yang saya maksudkan bukanlah penyakit  `Derita Dalam Diam' yang dihadapi oleh segolongan kaum lelaki yang dikaitkan dengan `mati pucuk',  

Image result for weird but true facts about humans
Penyakit 3D

...tetapi ia adalah merujuk kepada `Dirty, Dangerous dan Difficulty'. 

Pekerjaan yang berkaitan dengan 3D ini tidak disukai oleh orang kita dan kita. Kita nak senang dan dapat gaji tinggi (walaupun kita bodoh, pemalas dan hodoh). Kita beri kerja 3D ini kepada pekerja asing.

Kalau bodoh tapi tak hodoh mungkin boleh jadi pelakon drama petang-petang...(sebelum berita jam 8). Walaupun berlakun macam kayu cengal...adalah jugak duit masuk sebab ada rupa... He he he.

Bayangkan kita kerja di bawah panas terik... Tentu kita rasa tak tahan panas. Sinaran matahari amat memeritkan, tidak seindah lagu `Sinaran' Sheila Majid. Kita memang tak bisa berpanasan. Sebab sejak dari kecil lagi mak kita dan orang kampung larang kita main panas. Bila panas sikit mak kita suruh main tempat teduh takut kita deman dan lumpuh.


Image result for buruh asing dalam sektor pembinaan


Kita juga gayat untuk panjat bangunan tinggi, apatah lagi nak susun simen antara batu-bata pada tahap ketinggian megatik. Mak oiii gayat nyah... Tak rela i.

Kita juga mudah letih untuk jolok daun kelapa sawit yang tua. Ia mermerlukan tenaga. Kita cepat letih sebab kita tidak biasa (dan tak sedar diri).

Image result for buruh asing dalam sektor pertanian

Kata orang tua ukurlah baju di badan sendiri. Maksudnya kalau dah hodoh dan bodoh pilihlah pekerjaan yang sepatutnya dengan kita selagi halal. Nabi kita pun ada yang kerja cari kayu, potong besi dan bergembala... Pekerjaan sebegini bukanlah hina. Yang hinanya tak bekerja tapi boleh hidup!

Kita lebih rela duduk saja kan...tunggu Brim dan nanti kerajaan sedekah beras...

Tapi bila kerajaan bawak ramai pekerja asing untuk sektor pembinaan, perladangan, perindustrian dan pertanian, kita marah-marah. Kita tidak sedar kedatangan itu menampung `kemalasan' kita... Memenuhi lompang pekerjaan yang kita sediakan!

He he he...selamat datang ke Malaysia.

No comments:

   

.

.

.