Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 23, 2016

P Ramlee dah lama buat...


Di negarai barat ramai seleberiti yang mempunyai anak angkat. Ini mungkin terjadi kerana hasrat ingin menolong antara sesama insan. Sifat ini amat mulia kerana ada sesetengah orang, anak sendiri pun tak terjaga...he he he. Jangan marah.

Walaupun berlainan jantina, agama, bangsa dan cara hidup, nilai kemanusiaan tetap ada pada dalam diri manusia. Sebab mereka manusia.

Kepada manusia yang beragama islam, memelihara anak angkat mendapat pahala yang besar. Kata seorang ustad pahalanya besar kerana cuba memberi sebuah kehidupan yang baik kepada seseorang. 




Saya ada mencari maklumat mengenai Tan Sri P. Ramlee. Beliau mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah.

Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
Betty : Anak angkat
Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)


No comments:

   

.

.

.