Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 21, 2013

Perihal kurap...

Sebenarnya saya malu nak bercerita. Macamlah tak ada cerita lain untuk ditulis…orang lain ada blog jugak. Tetapi saya tak suka rahsiakannya, saya mahu telus. Sebenarnya untuk menambah malukan lagi ini bukanlah kali pertama saya dinaiki kurap, saya pernah dinaiki kurap beberapa kali sepanjang hidup saya menginap di asrama Universiti Malaya dulu. 

Saya malu nak beritahu emak saya, sebab kurap tu pun lokasinya berdekatan dengan `burung' saya. Jadi saya fikir tak payahlah saya beritahu kepada mak saya, perihal kurap adalah hal peribadi bukan hal keluarga. Lagipun saya tak mahulah semuanya kena beritahu emak mentang-mentanglah anak mak. Ada kawan saya macam tu, semua kena beritahu mak. Huh!

Semasa saya bekerja di Pekan dulu, saya pernah beritahu Kak Hamizah dan Kak Anum yang saya guna pelbagai jenis sabun apabila mandi. Sabun muka lain, sabun badan lain, sabun perut lain dan sebagainya lain. Kat perut kononnya saya guna jenis yang mengerutu sikit, kasar strukturnya kononnya dapat menipiskan lemak kat perut (tapi 'maintain' je boroi saya (mungkin faktor genatik), tapi tak apalah yang penting usaha). Sebenarnya bukan apa… saya nak beritahu yang saya seorang yang menjaga kebersihan dan kuasa allah kalau nak terjadi, terjadi jugak kan.

Tetapi saya bukan nak cerita pasal sabun atau kurap tu tetapi cerita pasal kemaluan besar saya, yang saya dapat kerana dinaiki kurap. Memang saya malu hendak ke klinik panel sebab takut doktor nak tengok di mana lokasinya. Saya malu. Bayangkan buka seluar depan doktor lelaki yang dah kawin, tentu dia `compare' nanti… Saya juga takut terjumpa dengan rakan-rakan sekerja kat klinik apatah lagi kalau terjumpa jemaah pengurusan universiti semasa mengambil ubat kurap di kaunter tersebut. Semua boleh terjadi. Muadzam ni kecik sahaja.

Jadi saya tiada pilihan, saya menuju ke farmasi bukan klinik panel. Dengan malu saya mintak ubat kurap. Saya nak yang pil dan cream. Dia pun beri, saya bayar…

Sampai di kereta saya letak la krim dan ubat tu di atas tempat duduk kereta sebelah saya. Entah bagaimana semasa saya nak naik ke pejabat saya terambil juga tiub krem ubat kurap yang ada di kerusi tersebut bersama buku-buku dan kertas kerja pelajar. Bila sampai bilik, saya letak buku dan kertas di atas meja bersama-sama ubat krem kurap tersebut.

Nak dijadikan cerita tengaharinya masuklah 3 orang pelajar perempuan ke dalam bilik. Barulah saya teringat ini masa `consultation hours' saya . Mereka datang menanyakan hal pembikinan kertas kerja. Mereka duduk di kerusi mengadap saya. Entah bagaimana dalam rancak berbual tiba-tiba:

“ Eh! Sir ada kurap ke?’’ tanya pelajar yang berada di tengah saya, betul-betul di hadapan mengadap saya.




Ubat kurap ( EZONAZINE) yang saya `terletak' atas meja...

Saya terkedu cipan selama beberapa saat sambil memandang ubat kurap tersebut. Saya kumpul seluruh kekuatan minda nak jawab bagaimana. Kalau mengaku tentu satu asrama dan seluruh section akan tahu Sir Sukiman berkurap. Saya mengajar section 1Am, 2Am dan 7Am, beratus orang pelajar. Namun tiba-tiba juga saya jawab:

“ Laaa tu yang puan Kamariah (bukan nama sebenar) punya, tadi dia datang. La haulawalakuwataillabillah… dia lupa la... tu...” saya buat-buat selamba. Tak pasal-pasal saya kena kaitkan dengan nama Puan Kamariah. Memang dia singgah bilik saya tadi. Nasib baik saya selalu `berlakon' masa mengajar budak matrikulasi kat Pekan dulu. Masa kat Pekan dulu saya kena ajar budak matrik. Dan saya pula jenis rendah diri. Pelajar matrik bijak. So tiap kali saya masuk kelas saya buat-buat saya pegang watak seorang pensyarah yang hebat….

“ Puan Kamariah ada kurap ke” Ya aallah pelajar tu sibuk bertanya. Kalau kitalah  kan masuk dalam bilik lecturer nampak apa-apa senyap je kan. Tapi pelajar sekarang lain...aktif kaki mulut.

“ Itu yang anak dia…, anak dia ada kurap...” Saya cuba berbohong dan buat-buat mengemas meja. Saya alihkan surat-surat hutang saya termasuk surat kad krediti. Takut pelajar perasan… Nanti ditanya pula.

“ Kenal ya awak ubat kurap, awak ada kurap ke? Kini giliran saya pulak tanya. Biar dia gelabah. Mulut tak boleh duduk diam.Huh!

“ Saya tak ada, tapi kawan-kawan saya kat asrama semua ada” kata pelajar saya tersebut. Entah dia pun nak `kaver' dia ada kurap.

“ Kurap ni kalu kita pengotor ada la, kita kena bersih. Duduk ramai-ramai di asrama memang ada yang pengotor. Kain tuala tu tukar sekali sehari. Jaga kebersihan. Sir tak pernah ada kurap tapi orang kata kurap ni biasa je, jenis kulat. Bla-bla…" Panjang lebar saya beri penjelasan pasal kurap padahal pelajar tu datang nak bincang pasal penentuan harga dan kuantiti output dalam pasaran monopoli.

Jan: He he he...sapa kata jadi pensyarah senang?

3 comments:

LilYLiZ@ said...

hehehe...

Eja said...

jaga kebersiahan, jaga kesihatan... jdkn rumah awk seperti dulu...

KipasBiru said...

hahahahaha

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home