Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, May 17, 2013

Sekolah rendah saya...


Saya bersekolah di Sekolah Rendah Tengku Mahmud hanya sehingga darjah dua sahaja. Pada masa tersebut saya tidak tahu kenapa ayah saya tukarkan saya ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja (SKKR). Tapi bila dewasa...baru ayah saya beritahu secara tidak langsung. Terima kasih ayah.

Ayah saya beritahu asal keturunan kami memang bersekolah di SKKR (tetapi itu bukan alasan pertukaran). Barangkali kalau saya ada anak dan tinggal di daerah Besut, maka anak-anak saya kenalah bersekolah di situ juga untuk mengikuti tradisi keluarga. Emmm...?

Maka anak-anak saudara saya yang tinggal di Besut, bersekolah di sinilah jadinya...

SKKR adalah sekolah yang tertua di daerah Besut (1916). Kata orang mulanya terletak di tepi sungai, bila sungai terhakis ia dipindahkan ke tempat baru. Dan sekali lagi berpindah ke balai Raja Kampung Raja (bekas kediaman Raja Besut, Tengku Long)). Lepas tu ada perpindahan lagi dan kalau tak silap tahun 50 an dan barulah ia berada dilokasi sekarang.

Antara cikgu yang saya ingat ialah Cikgu Abbas, Cikgu Shafie, Cikgu Sharifah, Cikgu Aziz (sudah arwah). 

Arwah Cikgu Aziz merupakan cikgu pengakap saya. Dialah yang ajar saya prinsip menjadi pengakap. Saya hafal semuanya. Katanya pengakap kena sayangi haiwan. Tu satu prinsip yang saya agak gementar. Seperti manusia, saya juga tidak suka semua haiwan. Haaa...

Tetapi posting ini bukan pasal haiwan, ianya pasal sekolah rendah saya. Di sekolah saya tidaklah terkenal secara semulajadi. Pada masa tersebut ramai kawan-kawan saya beribubapakan guru. Anak guru biasanya lebih terkenal dan meriah di sekolah. Namun saya juga terkenal kerana tempias ayah saya yang aktif PIBG dan berkawan dengan Cikgu Aziz. Ayah saya juga menjadi pengakap bersama Cikgu Aziz. Masa berkhemah sangat menarik.

Bila saya imbau-imbau masa lalu, saya terharu..., saya amat berterima kasih dengan tuhan. Walaupun apa yang paling saya hendak tidak diberikan tuhan, saya tetap berterusan diberikan dengan apa yang saya perlu.

Jan: saya terus berjalan...masa terus memberi input. selamat hari guru...



2 comments:

Nong Andy said...

Encik Pensyarah ni memang hebat.. masih ingat nama-nama guru.. entah kenapa ingatan tentang zaman kanak-kanak saya memudar lebih cepat dan semuanya menjadi samar-samar. Apa yang saya ingat saya pernah bersekolah dari darjah satu sampai darjah 4 di SK Kerupang Di Pulau Labuan, Pulau tempat saudara Adie Achim menetap sekarang.. tidak satupun nama cikgu yang saya masih ingat kecuali guru besar iaitu Cikgu Ali yang pernah memulas telinga saya dan dia juga kawan baik ibu bapa saya- balik sekolah saya di suruh stay di rumah mereka yg tak jauh dari sekolah itu, sementara menunggu ayah saya datang mengambil saya pulang- kerana ayah saya sibuk berkempen masa itu dan selalu lambat ambil saya pulang dan saya sangat tidak suka stay di rumah mereka kerana selalu di buli oleh anak mereka yng berumur 6 tahun itu hehe..

sekian cerita panjang saja di ruang komen kamu hehee...

Jankaulu said...

saya amat payah nak buka kotak komen ni. kdg dapat, kdg tak dapat. Mungkin riwayat blog ini akan berakhir kot.Selalu ada masalah.

kdg2 nak posting pun tak boleh...

he he he, Nong saya ni dah tua, mungkin ingatan lama kembali semula. he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home