Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Subjek paling saya tak minat

Saya tidak suka matematik. Pada masa tersebut saya tidak faham langsung mengapa matematik penting. Zaman persekolahan, jiwa saya penuh huru hara kerana subjek ini. Kalaulah gelodak jiwa tersebut dapat dilihat ia bagaikan taufan Tsunami.

Bila saya naik ke tingkatan 4, lagi haru biru sebab saya kena belajar matematik tambahan selain matematik tulen, fizik, kimia dan biologi.




Matematik tambahan jauh lebih sukar daripada matematik tulen. Bila berserabut saya pernah cuba nak tukar ke kelas perdagangan (walaupun saya berniat nak jadi doktor) sebab tidak suka matematik tambahan tetapi cikgu saya beritahu saya pandai, molek benarlah masuk kelas sains. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) saya melayakan saya masuk kelas sains. Oleh kerana masuk kelas sains itu glamour dan terbilang, ramai kawan-kawan saya masuk kelas ni, saya padamkan saja hasrat saya...he he he (lagipun ada seorang yang saya minat dalam kelas tersebut, kawan baru, he he he).




Maths buat saya boring dan mengantuk...





Namun saya akhirnya tidak ambik matematik tambahan sebab saya tidak pernah lulus subjek tersebut bila cikgu buat ujian. Saya yakin benar saya akan dapat 9 jika ambik matematik tambahan. Matematik tulen pun sudah begitu sukar berbanding dengan matematik saya belajar dalam tingkatan 1, 2 dn 3.






"Mengapalah kita kena belajar lagi matematik ni, kita bukannya nak jadi taukeh beras. Taukeh beras pun guna kakileter" Saya beritahu kawan saya apabila saya dapat 38% sahaja untuk matapelajaran matematik tulen dan 8% untuk matematik tambahan!.







" Mana ada orang kelas sains ambik lukisan?" beritahu cikgu kelas saya apabila saya beritahu hasrat saya nak drop matematik tambahan dan ambik lukisan.







" Tak apalah cikgu, masa add maths saya bangun dan keluar daripada kelas. Saya pergi belajar lukisan sorang-sorang" Kata saya kepada cikgu kelas saya, he he he.







Kemudiannya saya rasa lega sangat bila tidak payah belajar matematik tambahan. Tuhan sahaja yang tahu. Siap saya sindir kawan-kawan saya yang kononnya ambik matematik tambahan, dapat 9 tu dah dalam tangan, he he he.







Pun begitu saya masih tidak dapat mengikuti pelajaran matematik tulen. Saya hairan sebab saya tak faham apa yang cikgu ajar dan saya tak boleh buat latihan yang diberi sedangkan saya bukannya bodoh. Bila saya lihat kena cari X dan y, saya berpinar. Saya selalu bertanya dalam hati kenapa pulak kena buat persamaan serentak semata-mata nak cari X dan Y?







Sekarang saya sangat faham mengapa matematik sangat penting... Tapi saya tak menyesal, he he he.







Jan: Ada orang kata sapa-sapa tak pandai matematik, dia adalah tak pandai...teruk kan? Sedap-sedap kata.

4 comments:

MySra said...

Kepada sahabatku Man, hehehe skema lak... dulu masa sekolah pun saya mempunyai perasaan yang sama terhadap subjek matematik.. selalu tak lulus ujian, tapi Alhamdulillah boleh score Matematik Tulen (tu pun setelah kena marah ngan PEngetua, katanya budak kelas sains sepatutnya dapat A1 atau A2 utk matematik tulen)hahaha.. tak paham ape yg cikgu ajar kat kelas saya nekad g tuisyen... Alhamdulillah, keputusannya membanggakan..chewahh (masuk bakul angkat sendiri, dah tu takde sape nak angkatkan)... tapi bila masuk ke universiti, lain pulak yg jadi, subjek matematik la yang saya paling minat..Pelik, hairan bin ajaib gitu..... SEKADAR LUAHAN dr SAHABAT

Adie Achim said...

aduhai.. saya rasa ada ribuan di luar sana yang angkat tangan dengan subjek maths. dan.. saya di anataranya. Saya beruntung punya adik yang genius subjek tu. Bayangkan dia dpt A1 untuk tulen dan tambahan. Dialah yang menjadi guru saya walaupun beza kami dua tahun. Hmm.. bertuah badan!

Jankaulu said...

saya bimbang pelajar-pelajar yang lemah matematik anggap diri mereka tidak pandai... itu satu tanggapan yang salah...he he he

M said...

sy byk kisah ttg matematik, saya dipaksa masuk kelas sains ketika tingkatan 4, guru yang mengajar matematik tambahan ketika itu adalah berbangsa Cina, sampai ujung tahun saya cari "eng" yang beliau selalu sebutkan semasa mengajar dari awal taun , apabila saya habis ijazah, baru saya tau ianya bukan "eng" ...ia adalah "N"..padanlah saya dapat 9 add math untuk spm... :)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home