Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label MUZIK. Show all posts
Showing posts with label MUZIK. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

Siri Bintang Pujaan: D'lloyd, Reviews


Artis: D'lloyd
Tajuk Album: Siri Bintang Pujaan
Grene Muzik: Kompilasi
Penerbit Eksekutif: Universel Muzik Sdn Bhd (2014)





Hanya allah yang tahu apa yang saya rasa hingga kini, apa saya lalui dan alami. Kalau boleh saya ingin pergi jauh-jauh... tetapi ke mana arah? Segala sumpah dendam yang saya lafazkan pada setiap matahari terbit adalah kerana kasih sayang saya yang besar. Ingat hanya kasih sayang yang besar dan suci sahaja boleh melahirkan dendam yang hebat. 
Semoga pada suatu masa dia juga akan merasa betapa sakitnya hati kecewa kerana cinta...dan menghargai kasih sayang saya yang besar...pengorbanan saya.
Hayati lagu ini:
Cinta Hampa

Ibarat air di daun keladi
Walaupun tergenang tetapi tak meninggalkan kesan
Pabila tersentuh dahannya bergoyang
Air pun tertumpah tercurah habis tak tinggal lagi

Begitu juga cintamu padaku
Cinta hanya separuh hati kau lepas kembali
Nanti disuatu masa kau juga kan merasa
Betapa sakitnya hati kecewa kerana cinta

( korus )
Bila kau lihat
Pemuda yang lebih gaya
Cintamu pun segera
Berpindah kepadanya

Tapi biarlah kau cari yang lain
Kan kau buat sebagai korban cinta palsu hampa
Nanti disuatu masa kau juga kan merasa
Betapa sedihnya hati kecewa kerana cinta

Ayah saya peminat D'lloyd, maka sedari kecil saya minat D'lloyd. Semasa lagu Cinta Hampa ini meletop, saya masih tidak tahu apa itu, rindu, cinta dan stim. Saya baru dilahirkan. Saya masih tak bersunat.

idak menduga pula akhirnya setiap patah lagu ini mewakili kehidupan saya. Bak lagu tema drama swasta petang-petang...he. (menyampah)
Banyak lagu yang merdu didengar dari kompilasi ini. Tidak rugi membelinya. Boleh layan. Dan saya percaya banyak lagu dalam album ini akan terus malar sepanjang masa. Contoh lagu `Tak mungkin', `Cinta Hampa', `Keagongan Tuhan' (mak saya minat sangat lagu ini), `Mengapa Harus Berpisah', `Mengapa Harus Jumpa' dan `Apa  Salah dan Dosaku'.
Saya amat berpuas hati...
Semalam saya layan CD ini sampai pagi sambil lap habuk-habuk di rumah saya.
Tetapi kadang-kadang saya rasa saya kena terima hakikat apa yang terjadi adalah kebaikan untuk kedua-dua pihak. Saya bukan yang terbaik untuk dia dan tiada yang terbaik untuk orang baik macam saya...(jangan marah, he he)
Saya tujukan khas lagu Cinta Hampa ini untuknya. Semoga dia terbaca posting ini dan terus meraung...
He he he...

Wednesday, February 25, 2015

Siri Bintang Pujaan: Rafeah Buang







Petang semalam selepas kerja saya singgah saya pergi cocoh duit di CIMB, kemudian saya singgah  ke kedai sederet, ke kedai kaset. Saya agak bertuah kerana di Bandar Muadzam ini ada juga kedai jual CD. Kali ini saya sambar CD Kak Peah (Rafeah Buang).


Ada 32 lagu...


Saya suka dengar lagu Kak Peah, bagi saya suaranya betul-betul suara `perempuan'. Halus, lembut dan mendamaikan. Punya payah nak cari suara sebegini sekarang. Yang ada di pasaran suara yang `dibuat-buat', terkinja jea lebih. Maaf cakaplah.
Namun saya amat terkilan sebab banyak lagu kegemaran saya tercicir. Tak patut betul. Antaranya lagu yang bertajuk `Rinduku Mama' (1987). Juga merupakan tajuk Album penuh terakhir arwah Kak Peah bersama LIFE Rekod. Lagu ini bagus untuk menghargai jasa ibu kita. Bila mendengarnya perasaan kasih sayang kepada ibu akan meruap gitu.

Lagu `Kalau Rindu' ciptaan Almarhum Raja Idris Shah (Sultan Perak sebelum Raja Azlan Shah) pun tak ada... Bertambah geram...

Lagu ini kalau saya dengar, rasa nak terjum telaga. Pelik kan? Syahdu giler...

Cuba pembaca bawa lagu ini, tapi pastikan tak ada sesiapa di sekeliling. Bimbang dia humbang pembaca dalam telaga. He he

 Lagu ini dinyayikan dengan getar di jiwa...


KALAU RINDU

Di masa berpisah
Mengapa hati ku rasa sedih
Jumpa tak lama
Bersua dikau kekasih

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang penuh berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang penuh berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Lagu/lirik: RAJA IDRIS SHAH


Lagu ni kalau dengar di tengah malam, mau meraung bulu roma. Sadis betul. Lagu ni ada juga dibawa oleh beberapa penyanyi generasi baru...tapi hasilnya? Hasilnya tak yah nyanyi!

Begitu juga lagu yang meruntum jiwa `Di sebut jangan dikenang jangan" pun tak ada!


DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN

Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulang

Mencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau tepati

Tiada ku duga
Tiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku diumpat jangan
Dikenang jangan

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

Lagu: IBRAHIM BACHIK
Lirik: ROSLEY HAJI YUSUF

Lagu ini kalau dengar di lebuhraya, mau 180km sejam pecut. Aneh kan?

Lagu "Bisikan hati" pun tak ada...


BISIKAN HATI

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang dimana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku dimasa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Lagu/Lirik: A.R. ISMAIL

Namun hati saya terubat bila lagu terbaik lain ada iaitu Hatiku kau curi", "Kenangan di Rantau Abang", " Sepuluh tahun lalu" , "Udang sama udang", dan "Daun-daun berguguran". Lagu-lagu lain bukannya tidak sedap tetapi lagu-lagu seperti "Kalau Rindu" dan "Disebut Jangan dikenang Jangan" dan "Bisikan hati"lah membuatkan arwah Kak Peah sebagai bintang.

Saya minta maaflah...sebab saya tergelak bila lagu "Aku tanya apa khabar menang" AJL, he he he.

Lagu yang sedap mesti menyentuh jiwa!

Thursday, January 29, 2015

SUKMA RINDU - Various Artist (Warner 2010)


Album ini saya beli di Muadzam Shah. Suatu petang selepas habis kerja nak pergi beli burger. Saya merayau di kedai-kedai... Sampai di kedai jual CD, saya CD ini.
Istimewa CD ini ialah ada 26 lagu duet yang popular!. Ada yang popular bukan pada zaman kita namun ia `sedap' didengar telinga.

Namun ada juga lagu yang tidak sedap didengar oleh telinga saya. Contohnya lagu "hati ini telah dilukai' oleh Ajai dan Kris Dayanti, dan lagu `Pagi' oleh Datuk Shela Majid dan Afdlin Shauki. Mungkin sebab tidak pernag saya dengar atau mungkin memang tak sedap pun. He he he.



SUKMA RINDU - various artis






SUKMA RINDU Various Artist
(Warner, 2010)

CD 1:

  Jangan Menjeling (Azlina Aziz & Ahmad Fauzee

  Melangkah Seiringan (Sudirman & Noor Kumalasari)
  Bercanda Di Pasiran Pantai (Sudirman & Anita Sarawak)
  Tanda Kasih (Uji Rashid & Hail Amir)
  Mawarku (Eddie & Hamidah Ahmad)
  Rintihan Rasa (Uji Rashid & DJ Dave)
  Kerana Rindu Ini (Seha & Shuib)
  Melodi Cinta (Zaleha Hamid & Aziz Ahmad)
  Hati Ini Telah Dilukai (Ajai & Kris Dayanti)
  Pinang Sirih Pinang (Ismail Haron & Anita Sarawak)
  Gelora (Sharifah Aini & Ali Ahmad Anwar)
  Dari Hati Ke Hati (Rafeah Buang & R Ismail)
  Budi Setahun Segunung Intan (Ahmad Jais & Kartina Dahari)
  Bila Bermula (Sarena Hashim & Halim Merican)
  Gunung Payung (Roy & Fran)
  Kita Insan Biasa (Dayangku Intan & Jay Jay)
  Pergilah Sayang (Ella & Korie)
  Pandang Pandang Jeling Jeling (Siti Nurhaliza & SM Salim)


CD 2:

  Ai Ya Cik Siti (Ismail Haron & Anita Sarawak)
  Kehebatan Cinta (Fran & Jamal Abdillah)
  Kesederhanaanmu (Azlina Aziz & Adnan Abu Hassan)
  Kau Warna Hidupku (Razis Ismail & Yusni Hamid)
  Dunia Batinku (Ella & Tam Spider)
  Serasi Bersama (Ajai & Nurul)
  Yang Tersayang (Iwan & Amelina)
  Ku Miliki Bayanganmu (Khadijah Ibrahim & Ramli Sarip)
  Cinta Abadi (Fran & William)
  Dunia Cintaku (Sharifah Aini & Latiff Ibrahim)
  Pagi (Sheila Majid & Afdlin Shauki)
  Sandarkan Pada Kenangan (Jamal Abdillah & Sarah)
  Mendung Tak Bererti Hujan (Ella & Deddy Dores)
  Nyanyian Sepasang Hati (Anuar & Ellina)
  Joget Si Pinang Muda (Sharifah Aini & M Sani)
  Manusia (Roy & Fran)
  Cinta Abadi (Uji Rashid & Hail Amir)
  Uda Dan Dara (P Ramlee & Saloma)
Bila sampai ke track lagu Kak Pah, saya terus pilih lagu seterusnya. Saya masih tidak bersedia untuk dengar lagu Kak Pah...

Thursday, January 22, 2015

Jamal Abdillah - Gemilang 35

Hujung minggu lalu saya ke kedai CD lagi. Kali ini saya beli CD Jamal Abdillah.
Jamal adalah antara penyanyi lelaki yang saya minat suaranya. Suaranya merdu dan mendamaikan. Dan lagu-lagu laranya kena benar dengan kehidupan saya (nak jugak..). Kadang-kadang saya berangan, sayalah Jamal Abdillah tersebut. Melampaukan?

Saya tidak peduli kisah lampau dia. Kawin cerai dia juga tidak saya peduli. Kalau kawin dan tak bercerai aman bahagia buat album suara tak sedap, saya tak beli jugak. Haa...

Jamal beruntung, Jamal ada suara dan ada rupa. Cuma dia mengambil masa yang agak lama untuk membina keyakinan dalam diri. Dengan sifat pemalunya, dia amat berhati-hati. Namun hasilnya adalah memuaskan. Sehingga kini beliau diminati.

yang penting Jamal tidak `over', merendah diri.
Apabila penyanyi lelaki lama terkial-kial untuk `selamatkan, diri agar terus releven dengan industri, Jamal terus relevan selamanya. Saya yakin faktornya adalah suara.


Cover sidi ni lebih kurang inilah. Tapi ini dalam bentuk VCD. Saya tak dapat letak gambar sebab Telefon bimbit saya rosak devicenya, jadi tak dapat alih gambar. Adanya.
Jamal Abdillah - Gemilang 35

RM31.90

Product Info :
Actor / Artist : Jamal Abdillah

Format : CD
Barcode : 5053105986620
Language : Malay
Subtitle :
Genre Type : Pop
   
"DISC 1
1. NASIB DIRIKU
2. KELUHAN PERANTAU
3. PERPISAHAN TANPA RELAMU
4. KEMBALILAH
5. TIDURLAH PERMAISURI
6. DERITA CINTA
7. HATIKU LUKA KEMBALI
8. DI MANA BAYANGANMU
9. KABUS DI WAJAHMU
10. KEMANA KUBAWA HATI YANG RINDU
11. TITISAN HUJAN
12. LAYANG LAYANG
13. MATI HIDUP SEMULA
14. KETERLANJURAN DENGANMU
15. CINTA YANG TERBIAR
16. SENDIRI
17. SEPI DALAM PENANTIAN
18. PENYIKSAANKU
19. CINTA SELAYANG PANDANG

DISC 2
1. KENANGAN TAK BISA DILENYAPKAN
2. SAYAP TERLUKA
3. SEPI SEORANG PERINDU
4. KUTAHU HATIMU TERLUKA
5. KEKASIH AWAL DAN AKHIR
6. ANTARA YAKIN DAN CURIGA
7. TAKDIR PENENTU SEGALA
8. KEHEBATAN CINTA
9. PENGHUJUNG RINDU
10. SENANDUNG SEMALAM
11. SENIMAN MENANGIS
12. DI SUDUT KAMAR HATIKU
13. PENAWAR KASIH
14. SAMRAH MENTARI
15. INSAN DAN BUNGA

DISC 3
1. SEGALA CINTA
2. BATINKU BERLAGU PILU
3. AZURA
4. SANDARKAN PADA KENANGAN
5. GADIS MELAYU
6. SEROJA
7. TERHARU
8. BUNGA PUJAAN
9. TAK HILANG CINTA DI DUNIA
10. APA LAGI
11. JANGAN KAU RAYU
12. SECUPAK DUA CUPAK
13. BAHAGIA SEMENTARA
14. SYAIR LAILA MAJNUN
15. GERHANA CINTA LUKA
16. JERITAN BATIN
17. DALAM AIR TERBAYANG WAJAH

Monday, January 5, 2015

Siri Bintang Pujaan: Uji & Hail

Saya membeli cakera padat ini di sebuah kedai di daerah Muadzam, Pahang. Kedai tersebut sederet dengan bank CIMB, kedai makan, kedai perabut dan kedai telefon.
Seperti yang saya pernah maklumkan, saya bukanlah kaki download, saya suka saja-saja je ke kedai Cd dan melihat kot-kot ada Cd-Cd terbaru di pasaran.

Sebaik sahaja tiba di rumah, saya terus mendengar lagu-lagu dari cakera padat ini.

Tajuk CD: Siri Bintang Pujaan: Hail & Uji
Tahun diterbitkan: 2014
Edaran: Universal Music Sdn Bhd
Dibeli: Bandar Muadzam Shah, Pahang
Banyak lagu-lagu bagus dalam album ini. Mereka berdua adalah bintang pujaan ramai pada zaman mereka. Pasangan duet ini sangat popular pada zaman 70an. Saya kira zaman ini merupakan zaman paling ramai lahirkan muzik dan penyanyi yang bagus-bagus. Maksud saya mereka ada suara, rupa dan imej yang tersendiri. Mereka akan terus terpeta di peta industry seni suara Malaysia.
Suara Uji sangat halus, manakala suara Hail lembut namun penuh kejantanan.Gandingan Uji Rasyid dan Hail Amir begitu serasi dan harmoni.
Saya suka muzik 70an, ia begitu asli. Sedap didengar dan membawa saya kepada satu zaman yang sangat seronok. Saya teringat zaman ayah saya mempunyai piring hitam.
Saya dengar muzik yang ayah saya dengar...
Album ini bukanlah album duet 100%, ada juga lagu solo dari Uji Rasyid dan Hail Amir seperti Semakin hari semakin sayang dan Wajah kesayangan hamba.
Lagu Wajah kesayangan hamba sangat 70an iramanya. Lagu ini akan selalu sedap didengar.
Saya tidak pasti ada berapa penyanyi yang terlibat dengan `projek' Siri Bintang Pujaan ini. Yang saya tahu ada CD Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman, Datin Rafeah Buang dan beberapa penyanyi lain lagi.
Saya cuba dapatkan Siri Bintang Pujaan: Datuk Sharifah Aini, tetapi tiada... Mungkin masih lagi tidak sampai di negeri Pahang. Pelik.
Abang Jan: Kadang-kadang temanku hanyalah lagu-lagu...(pulak dah)

Thursday, March 10, 2011

Keunggulan Saleem


INi antara CD baru saya beli (kira barulah jugak) . Ada 3 keping disc....banyak lagu lara di dalamnya...
Saleem ada nyanyi lagi Hanya Satu Persinggahan dalam CD ini. Saya layan... tapi bila Saleem kata:
`Nanti kau tahu eartinya sepi bagai kang pisau menghiris hati, nanti kau tahu eartinya rindu bagai tersusuk duri sembilu. Batin akan terseksa jasad pasti merana, olehnya...". :
Saya sedih, he he he.
Jan: Bukan pengabadian yang rela...

Saturday, November 7, 2009

The Essential Dolly Parton...

Cover CDnya...



We Used To

Mmm....
We used to walk through fields of green
We used to sit by clear blue streams
We used to be so happy
Me and you

We used to do such silly things
We used to make love in the rain
We used to
Yes, we used to

Then you went away
Leaving me with the memories we made
Memories of those sweet yesterdays
Spent with you
Spent with you

And even though you're gone
I still think so often of you
And the things that we no longer do
Like we used to
Oh we used to

We used to be so much in love
We used to kiss and hold and touch
We used to find so many things to do

We used to laugh and plan and dream
We used to own the world it seemed
We used to
Yes we used to

Then you went away
Leaving me with the memories we made
Memories of those sweet yesterdays
Spent with you
Spent with you

Oh and even though you're gone
I still think so often of you
And the things that we no longer do
Like we used to
Oh we used to

La...mmm....
Ahh....


Pada 5hb dan 6hb saya ke Kuala Lumpur lagi. Kali ini pergi mengutip data kajian di Jabatan Statistik Negara dan juga Ibu pejabat TNB. Best sangat pengalaman kutip data ni. data-datu tu kena beli, bukan kutip macam bunga melur...haaa. Tetapi posting ini bukanlah pula mengenai cerita mengutip data tersebut.
Bila ke bandar pastilah kunjungi pusat membeli belah, kalau tak tak sah kan.... Antaranya saya berkesempatan ke IKEA, Alamada dan beberapa lagi yang saya tak tahu namanya. Namun posting kali ini bukan juga mengenai apa yang saya beli di Ikea sempena nak naik rumah baru nanti, bukan...
Kali ini ceritanya mengenai CD terbaru yang saya beli. Saya pada mulanya mencari CD koleksi lagu Diana Ross tetapi tidak ada. Lantas saya sambar CD koleksi lagu Dolly Parton.
Penyanyi lagu country ini mempunyai banyak lagu best dan hits. Dan ada antaranya balada yang iris perasaan.Salah satu lagu yang sempat saya layan dalam kereta ialah lagu `We used to'... Kalau berkesempatan dengarlah, manalah tahu boleh layan...hehehe.
Lagu-lagu lain dalam CD ini ialah:

DISC 1
1. Dumb Blonde
2. Just Because I'm a Woman
3. My Blue Ridge Mountain Boy
4. Mule Skinner Blues (Blue Yodel No. 8)
5. Joshua
6. Coat of Many Colors
7. Touch Your Woman
8. My Tennessee Mountain Home
9. Jolene
10. Please Don't Stop Loving Me - (with Porter Wagoner)
11. I Will Always Love You12. Love Is Like a Butterfly
13. Bargain Store, The
14. Seeker, The
15. We Used To
16. All I Can Do
17. Light of a Clear Blue Morning
18. It's All Wrong, But It's All Right

DISC 2:
1. Here You Come Again
2. Two Doors Down
3. Heartbreaker
4. I Really Got the Feeling
5. You're the Only One
6. Starting Over Again
7. Old Flames Can't Hold a Candle to You
8. 9 to 5
9. But You Know I Love You
10. Single Women
11. Heartbreak Express
12. Islands in the Stream - (with Kenny Rogers)
13. Save the Last Dance For Me - (with The Jordanaires)

14. Tennessee Homesick Blues
15. God Won't Get You
16. To Know Him Is to Love Him - (with Linda Ronstadt/Emmylou Harris)
17. Why'd You Come in Here Lookin' Like That
18. Rockin' Years - (with Ricky Van Shelton)
19. Shine
Tajuk yang saya merahkan tu lagu yang paling menusuk, yang saya hijaukan adalah lagu yang sangat sedap didengar. Saya pasang berkali, layan-layan dan layan. Lagu paling best tentulah lagu `i will always love you'...he he jangan marah. Dolly menyanyi best berbanding Whitney Houstang. Mungkin saya suka dilagukan dalam bentuk country, yang mak cik Whitney nyanyi bentuk yang dipopkan. Macam bertempik sedikit, sedikit menjerit. Pun begitu saya layan jugak...
Saya suka lagu-lagu cinta, maklumlah saya tak dapatnya. He he he.
Jan: Alah dengan cinta dan janji2...he he he (jenis percaya dan setia)

Tuesday, June 30, 2009

Suatu penghargaan - Datuk Ahmad Jais


Begitulah tajuk album terbaru Datuk Ahmad jais yang memuatkan 30 buah laginya yang pernah top.

Saya menyambarnya di kedai Cd di Megamall selepas menghadiri majlis CEO LUNCHEON TALK dan juga pelancaran jurnal sulong iaitu JOURNAL OF BUSINESS MANAGEMENT di Hotel Grand Continental semalam.

Semasa makan tengahari saya dah beritahu kawan saya, yang saya mahu ke Megamall sekejab untuk beli Cd yang mak saya mahukan. Mak saya peminat setia kepada Ahmad Jais. Kebetulan pula turun kuantan saya membelinya.

CD tu ada 2 disk, Disk 1:

1. Azizah
2. Mengapa tiada maaf
3.Jangan ditanya bila ku berdua
4. Mengharap sinar menelan kabus
5.Lambaian terakhir
6.Kucupan azimat
7.Sumpah setia
8. Lima tahun kucari
9. Indahnya dunia hatiku
10. Sejak kita berpisah
11. Dewi hati
12.Berpisah jauh
13. Ingin bersua
14. Mengikat jaji
15. Takwa dan iman.

Manakala disk 2:

1.Gelisah
2. Antara dua hati
3. Umpan jinak diair tenang
4. Kechewa juga akhirnya
5. Aku ingin bersendiri
6.Bayangan
7. Berikan aku sinarmu
8.Mabuk kepayang
9. Bahtera merdeka
10.Hijan malam
11.Waspada
12.Tanda mata pengganti diri
13.Menanti di ambang syuirga
14.Budi setahun segunung intan
15.Di mana ke mana?


Malam tu saya ada juga layaann lagu-lagu ni. Suara dia baik. Dan ada lagu yang boleh tambat jiwa saya. Saya bukanlah peminat beliau tetapi saya akui dia mempunyai suara yang merdu.

Saya dapati daripada cover Cd tersebut ada 10 buah lagu yang dicipta oleh beliau, maknanya beliau juga ada mencipta lagu. Bukan sesetengah artis yang lebih senang menyanyi je.

Jan: Suka lagu `aku ingin bersendiri...' dan `takwa dan iman'

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home