Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 4, 2010

Bahana kereta Adnan...



Hari ini saya bangun awal. Seawal pukul 5 pagi. Bila bangun (selepas tatap muka di cermin), saya terus teringat kata-kata Adnan..." Tambah rm 200 saja lagi..."


Saya basuh muka dan tangan. Selepas itu saya terus ke dapur. Tengah malam semalam saya masak nasi, saya letak dalam peti sejuk. Saya mahu nasi itu sejuk supaya nasik tu `berai' (setiap butir nasi terpisah antara satu sama lain). Kata ayah bila nasi berai baru sedap dibuat nasi goreng.


Saya letak nasi tersebut atas meja supaya dia berada dalam suhu bilik. Saya buka kembali peti sejuk ambil bawang besar, bawang merah dan cili api yang saya koyok semalam. Saya keluarkan juga telur rebus. Semalam saya rebus telur sebelum saya masuk tidur. Saya rebus telur bersama suratkhabar sikit. Bila rebus bersama suratkhabar katanya bahan kimia yang ada pada suratkhabar itu boleh buat telur senang dikupas dan telur licin berkilat. Itulah petuanya...


Saya nak masak nasi goreng. Memang saya nak bawak bekal hari ni walaupun saya bukannya bekerja di ladang, estate atau kebun pisang di Filipina...


Sedang saya asyik memasak, tiba-tiba saya rasa sejuk. Saya ke bilik persalinan. Saya terus pakai seluar pendek dan baju pagoda. Saya kembali ke dapur...


Salah seorang kawan baik saya beritahu bahawasanya 3 kali seminggu dia bawak bekal ke tempat kerja. Dia bangun awal pagi masak. Katanya dia nak save duit. Saya juga nak jimat, saya berminat nak jadi seperti dia. Katanya nanti bolehlah saya makan nasi goreng tersebut sebagai sarapan pagi, selebihnya makan tengahari. Katanya lagi tak perlulah saya ke kantin.


Dan malamnya saya disarankan tak perlu makan. Masa dia beri cadangan supaya saya tak makan malam tu, saya telan je air liur...sebab nafsu makan saya sebenarnya membuak waktu malam. Ya lah saya hidup sorang, apalah saya nak nafsukan malam-malam selain makan?. Tetapi posting ni bukan pasal nafsu tetapi perihal gelagat nak save banyak wang, nak bayar deposit kereta baru (Honda).


Setahun nan lalu bila saya sambar Myvi standard, ramai juga kawan saya yang ala-ala marah. " Kalu aku bujang aku beli honda, raund satu Malaysia, hidup sorang senang''. Kata kawan saya penuh semangat. Pada masa tu kami sedang minum petang. "Belilah Honda kau mampu Mang" kata kawan saya yang satu lagi bila saya beritahu saya mungkin akan beli Myvi.


Semasa sedang masak nasi goreng tersebut saya teruskan pengelamunang. Saya lihat deretan tupperware saya. Saya tanamkan azam bahawa kononnya saya tak akan lagi membeli tupperware seumur hidup. Saya tanamkan difikiran...membazir je, kan dah banyak kat rumah. Saya akan pakai bekas biasa je yang akan saya beli di Kedai RM2. Buat apalah beli yang mahal-mahal kan? Fungsinya sama, menyimpan makanan. Bukannya sedap pun kalu bubuh dalam bekas tupperware tu... saya cuba basuh fikiran saya bersungguh hati, saya cuba pengaruhi diri sendiri sungguh-sungguh...he he he.


Saya mengelamun lagi...saya tak akan pakai Clinique lagi, satu regim dah dekat RM400, saya nak guna eversof je yang Rm9.90. Malam-malam tepek bedak sejuk je. Lagipun buat apa habis banyak duit, sedangkan muka saya yang tak handsum ni pun ada yang menangis dambarkannya.


Memang betul kata sahabat baik saya (Nurzuki Wan Isa, nama sebenar. Tak payahlah nak beri nama samaran sebab isu yang diketengahkan pun taklah akan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya. Tetapi jika ada pihak yang nak gunakan nama samaran dalam blog mereka saya tidak keberatan atau nak komen apa-apa sebab itu hak masing-masing. Blog masing-masing. Saya dan Zuki sama-sama menuntut di Um dulu. Dulu Zuki tu Playboy UM, banyak skil ngoratnya. Apa kabar dia sekarang ya? dah berapa orang isteri dan anak-anak?).


Kita kembali mengenai apa yang Zuki beritahu saya lebih kurang 20 tahun lalu. Katanya saya tak perlu ngorat-ngorat atau terhegeh-hegeh macam lelaki lain. katanya saya tak perlu pandai berkata-kata. Zuki pernah beritahu saya, saya ni jenis muka bermarket... kat mana-mana saya pergi atau berkerje nanti, selalu akan ada orang beria menangis nak kan saya. Pandai dia lihat masa depan saya. Mungkin anugerah Allah barangkali...


''Sekarang bayar kereta berapa sebulan? tambah RM200 je lagi..." Saya teringat kembali kata-kata Adnan semasa kami keluar minum bersama.


Saya dah buat keputusan. Saya nak sambar juga Honda tersebut. Saya tak akan beli apa-apa lagi untuk rumah baru. Biarlah saya tidur atas toto, biar guna langsir murah je... Tak payah guna pengikat langsir vouge, guna tali ropia je. Biarlah rumah tak ada perabut, biarlah persis balairaya pun...biar-biar-biar...


Saya teringat pulak kawan-kawan saya akan berombongan ke Surabaya nanti. Saya mungkin tarik diri sebab kalau pergi tentu saya banyak membeli dan maknanya banyak pakai wang... Apa alasan saya nak beri ya? Bini tak sihat? Mertua sakit nak mati? Pak mertua sakit gusi? Anak lelaki saya kena buang asrama? Anak perempuan saya mengikut lari ke Lombok? Tak logik langsung... Saya mana ada masalah-masalah tersebut. Isirumah saya, saya je sorang... Tak apalah tentu datang idea tu nanti...


"...kalau pakai kereta cantik macam Adnan tentu orang lebih pandang saya dan tentu orang lebih sayang ke saya..." Berlegar pulak dah sebuah pemikiran di kepala semasa saya mengodel (mengacau) nasik goreng tersebut. Saya rasa itulah buah fikiran saya yang paling bangang, tolol dan bodoh setakat Mei 2010 ini. Pada dasarnya mana ada hubungan atau kolerasi antara kereta dan kasih sayang? Kepada saya, jika kita sayang kat orang, orang itu tak ada kereta pun kita tetap sayang. Sebab cinta adalah jiwa, yang tak akan ada orang yang dapat membelinya (rujuk lirik Seribu Mawar, Datuk Sharifah Aini). Atau saya dan Datuk Sharifah Aini dah ketinggalan zaman?


Mengapa saya perlu berubah hati bila melihat kereta Adnan yang cantik dan seksi tersebut? Tapi saya tahu ada orang sebegitu, kerana sebijik kereta rela jual harga diri, jual perinsip hidup, rela jual kebahagian orang lain sebagai sandaran, galang ganti...tahniah! Orang begitu memang ada. Demi allah ada!


Tiba-tiba kedengaran irama syahdu laungan magis azan daripada masjid berdekatan. Saya terkedu (sambil tangan pegang senduk dalam keadaan berbaju pagoda dan hanya berunderware (Renoma)). Bayangkan...


Saya terus jadi saya, semua lamunang pergi...semua pergi. Saya terus isikan nasi goreng tersebut ke dalam bekas tupperware. Saya nak bawa nasi tersebut makan dengan kawan saya di wisma. Saya tak jadi nak save duit atau beli kereta Honda. Saya suka kehidupan saya sekarang, walaupun hanya berMyvi saya bahagia dan tidak menumpang harta orang...


Semoga inilah inilah kali terakhir saya bangun masak nasik goreng pukul 5 pagi...


Jan: Aku maafkan diriku kerana aku tetap aku... Kak Na, bila sampai saya oder korningware tu?

13 comments:

Anonymous said...

hu3x..honda vs myvi?terpulang pd bajet..keta adalah 1 benda susut nilai..umah value tinggi..pendapat eta yg penting sekali adalah keselesaan kita utk berteduh..jgn bazirkan duit..tp tepuk dada tanya selera..dgn myvi tu dah puas g jalan-jalan dah!!!jimat pun jimat minyak..he3x...

Jankaulu said...

tu lah eta, teruk betul saya kan, he he he.

tpi skrg dah ok sikit otaknya.

nak gi beli pengikat langsir kat kamdar pulak, biar rumah ok sikit...he he he

Rojeha said...

kak na doh cuti bersalin .... hehhe

Jankaulu said...

la jeha..., abis tu sapa nak take over pasal oder mengoder pinggang mangkuk tu?

Eja said...

zie exam...dia pun ada byk katalog termsk katalog tupperware...hehehhe

Jankaulu said...

he he he...

Anonymous said...

selamat mendeko rumah...bestkan bila dah ada umah sendiri??hias cantik2, bila cuti@ mesia balik boleh tenang2kan fikiran..hias mcm hotel...bestnya!!!!!

Anonymous said...

yela walaupun mr.sukiman tiada isteri tp sentuhan kreatif seorang lelaki bisa menyerlahkan dekorasi..tgk mcm rizalman...class rumah dia..nanti boleh bawak mak dan ayah dok sekali...lg best!!!

uj said...

jaga mata jangan terlalu sensitip la en jan... ikut mampu je dulu, lagi pun apa yang mampu setakat ni pun not bad kan...dah banyak menemani ke sana sini dan banyak juga membawa en jan jadi lebih berani dan tak kurang juga lebih memahami dan mengerti apa isi hati en jan...cd to'pah tu kan...boleh guna dlm kete hehehehe...

tak pe la pandang je orang punyer...saga pun saga je la...myvi pun myvi je lah....

uj said...

namun bukan bermakna en jan tak mampu untuk memiliki kereta di atas itu...itu juga saya punya impian sebenarnya...menarik bukan..namun masih belum sampai rezeki UJ..insyaAllah akan berusaha ke arah itu...

madier said...

Alhamdulillah....syukur pada Mu ya Allah...

Jankaulu said...

bila kereta u baru u sampai unclejoe?, nanti bolehlah kita gi beli kerang...

Rina Rahamat said...

pes time sy jumpa lelaki minta tupperware..koningware hehe..sy sendiri x minat kumpul..mcm membazir..g pon x nak sesakkan kbinet hehe

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home