Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, November 18, 2008

Ukhwah kita...

MEMANG ada lebih daripada 6 bilion manusia di atas muka bumi ini. Memang ramai, kat Malaysia sahaja ada lebih daripada 27 juta orang (termasuk yang perangai bukan macam orang). Namun bukan semua orang-orang tadi sayang kat kita, ambik tahu hal kita dan mendoakan kita. Dalam 6 bilion tu, bila kita tolak mak bapak kita, adik beradik kita juga anak-anak kita, suami/isteri, semua bekas kekasih jumlahnya mungkin tak sampai pun 18 orang…

Maka apabila ada orang lain yang sayang, berkawan dengan kita, ambil tahu perkembangan kita, anak kita, bini/laki kita, kat kita tanpa apa-apa kepentingan, maka bersyukurlah…bersyukurlah.
Kesianlah juga dengan gelagat mereka… jangan kerana kita tidak boleh dapat sesuatu daripada dirinya, kita buat-buat selamba tapir je.

Hati orang kita tak tahu, hendak menyelami hati orang sukar kerana dasarnya tidak diketahui kedalaman meternya. Terasa terpanggil untuk menulis hal ini apabila saya melihat banyak kasih yang tak sampai semata kerana sayang tersebut bukan dalam bentuk `adik sayang-abang sayang'… kasih yang terabai…kasih tak bersambut. Maksud saya kasih sayang yang bukan macam cinta biasa tu. Cinta yang lebih daripada cinta biasa tu....sayang kepada manusia kerana ia manusia jugak.

Kita kena juga percaya kemungkinan orang yang sayang kat kita bukan kerana kita ni laki/isteri dia, bukan kerana kita ni anak dia atau adik beradik dia. Sayang lahir daripada hati dan tidak perlulah tanya kenapa. Bila kita sayang, sayanglah. Ia bukan pasal rupa, mungkin inilah yang dipanggil oleh pengamal agama sayang kerana allah…(berdakwah pulak dah ke ni?, he he he)

Nak cari orang yang sayangi seseorang itu semata kerana allah amat payah, sepayah dengan budak sekolah luar bandar nak ambil MUET, atau nak cari budak remaja perempuan yang selesa berbaju kurung. Memang payah, amat payah, sepayahnya kita nak menderma kepada anak yatim. Payahnya seperti nak beli satu CD yang semua lagu-lagunya best, bukan setakat satu lagu je sedap, yang lain hampeh.

So, intai-intailah di sekeliling kita, mungkin ada yang ambil berat dan sayangi kita kerana allah. Mereka mungkin kawan kita yang asyik kutuk kita (tapi dalam hati dia suka berkawan dengan kita dan hargai kita) atau guru kita, guru besar, majikan kita, pekerja kita atau atau atau….atau memang tiada oarang ambil berat tentang kita?, he he he.

Kan tidak sempurna iman seseorang itu hingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Kalau semua orang saling sayang menyayang, bayangkan kita hidup lebih bersatu dan harmoni, tok gitu?

Jankaulu: Tetapi layak kah aku pulak disayangi orang semata-mata kerana Allah, ataupun aku sendiri `karat’? Tanyalah soalan ini pada diri masing-masing, tentu ada jawapannya, he he he.

2 comments:

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

cinta...sayang...kawan...sahabat...ambik hati...baik...jahat...citer nie sume atas persepsi....tak payah pikir sgt..tak habis...

sehat??/ lama dok tgk blog...sibuk dgn keje...sibuk dgn anak sakit...member sakit...???? hmmm...harap ada ubat kat umah...mkn jgn lupa...memberrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......

Jankaulu said...

saja je menulis sbb kdg2 dapat la baiki pemikiran sendiri dan belajar menulis dgn baik (walau x baik mana pun bahasa). Sukar nak tulis lahir perasaan diri. kdg2 fikir lain tapi bila tulis maksud lain, tak sama maksud yg kita nak sampai...

ada juga bukak blog kwn2 kalu berblog, tak pun tulis apa saja yang rasa ok. dgn adanya blog dapat la tau aktiviti kawan-kawan.

tapi kwn2 ramai x mnulis, mungkin sibuk kot, namun ada mrk papar gambar best juga tengok. sbb tu kdg2 terus je buka blog lain. malaslah nak buka kan kalu dah byk kali buka tak ada post, he he he hampa la. tapi bukak jugak kalau rindu...

alhamdulilah sihat, macam biasa boring je sini...aktiviti terbaru tanam lada, dan buat ulasan filem.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home