"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 5, 2008

Hampeh!

"Cari selipar ke Pak Cik?" Hampir luruh jantungku bila terdengar suara seorang budak lelaki menyapa aku di tepi tangga masjid. Masa tu orang dah tak berapa ramai. Hanya beberapa orang tua sedang membongkok sabut, sedang menyarungkan selipar.



"Anak sapa yang biadap ni? Tak tengok orang ke?" Bentak hati aku dalam diam. Aku berkelakuan biasa sahaja, aku buat-buat tak tahu, tak dengar dan terus mencari selipar aku entah di mana. Dalam beberapa minit jugak buat-buat ignore je, buat-buat sombong...sehinggalah aku terjumpa selipar aku (huh! aku naik tangga lain tadi! sebab tu tak ada selipar aku kat tangga ni).



Memang daripada dahulu lagi aku agak pelupa bila time cari selipar. Apabila selesai sembahyang jumaat, akulah yang paling lambat menuju ke kereta dek kerana mencari selipar. Kamal dan Sani biasa sahaja, laju je menuju ke kereta.



Memang selipar tidak tersusun, main pakai letak je. Tepi tangga penuh selipar yang biasanya agak buruk-buruk belaka, ada pelbagai warna dan saiz sehingga sukar nak cari yang mana satu milik kita sebab yang kita pakai pun sama kelabu jugak, he he he.



"Kenapa lambat sangat Kiman?" Kamal bertanya sebaik saja aku menyelesakan diri di dalam kereta Sani.



"En Sukiman kita nak balik terus?" Sani pulak bertanya, belum sempat aku memberi jawapan pada Kamal. Hilang sekejap rasa ghairah nak bercerita pasal peristiwa di tepi tangga masjid tadi. Peristiwa tadi memang memalukan, nasib baik tak ada ramai orang. Nasib baik bukan terjadi di kampung aku. Memang memalukan. Geram pun ada. Entah anak sapa!.



"Kita baliklah dulu berehat, pukul 2.15 kita ke kolej". Aku yang sepatutnya menjawab dulu pada Kamal terus menjawab soalan Sani. Mungkin Sani rasa aku nak singgah mana-mana, nak beli makanan ke. Tapi sekarang aku memang tak ada mood langsung. Rasa nak ambik EL je, tak nak ke kolej. Nasib baik KSP bukan datuk aku yang punya.



"Teruk la Kamal tadi". Aku cuba bersuara memecah kesunyian selepas semua senyap seketika.



"Kenapa?". Kamal tanya sepatah.



"Ada sorang budak tu Kamal, tak reti aku nok royat". Memang benar saya tak reti nak cakap dek kerana rasa terhina, sepatutnya sebagai seorang budak kenalah jaga budi bahasa, jangan biadap bila bercakap dengan orang yang lebih dewasa. Tapi budak-budak sekarang memang macam tu kan.



"Dia ambik selipar kau ke?". Kamal bertanya lagi.



"Tak Kamal, dia panggil aku pak cik, terkejut aku, aku cuba la paling tempat lain kot-kot dia panggil orang lain tapi aku je ada tepi tangga tu tadi Kamal. huh!. Entah anak sapa tu Kamal, buta ke?". Aku panjang lebar memberi penjelasan dengan nada yang pilu seolah minta belas kasihan daripada Kamal.




"Kau kenal budak tu Kiman? . Tiba-tiba Kamal bertanya lagi.



"Tak kenal, kenapa?" . Aku tanya balik.



"Aku nak ucap terima kasih pada budak tu..." jawab Kamal pendek.




jan: Huh, hampeh Kamal!

5 comments:

Mc Zue said...

kamal.. tlg sampaikan ucapan terima kasih aku juga ya pda budak tu kalau ko jumpa.. heheheh

anis said...

adoi sadis betul....hu..hu..hu...

Eja said...

pakcik budak tu jauh lebih muda dr awk kot... xpun mmg terserlah wajah awk utk dipggl pakcik time tu... bwk2 ler trima hakikat. Pasni dh pakai clinique, xde dh kot bdk nk pggl pokcik...hehehe

Eja said...

thanks kamal bantu sedarkan dia tatkala dia alpa...

KOYAN said...

syukurlah allah s.w.t buka hati budak tuh untuk menyedarkan abang suki....

.