"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 5, 2008

Tekanan dan kebimbangan, dan kaitannya dengan batang tubuh.

Kucing dan ubat luka


Semasa kecil saya pernah merawat seekor kucing yang tercedera di bahagian kakinya. Entah hamba allah mana yang mengikat kaki kucing itu dengan tali rapia menyebabkan kulitnya terkoyak luka berdarah tisu-tisu dalamannya. Saya lihat luka itu sudah berulat berulat. Kesian.


Semasa saya terjumpa kucing tersebut, ia sudah kelihatan amat pilu dan sangat lemah, nak berjalan pun tak larat. Kucing itu terguling menyandar lesu di stor belakang rumah ayah saya. Berlari saya naik ke rumah ambik gunting, kapas dan ubat luka. Setelah membuang ulat-ulat, membersih darah dan nanah, saya tuangkan ubat luka tersebut (yang warna kuning). Dan keesokannya saya lihat kucing itu mati.... Adakah ia mati akibat cara rawatan yang saya berikan? atau memang kucing itu sudah terlalu lemah dan sedang menunggu masa untuk mati?


Saya rasa marah kepada pihak yang mengikat kucing tersebut. Bagaimana ya kepala hotak mereka berfikir? Kalau nak ikat pun, tanggalkanlah semula tali tersebut. Namun saya damaikan hati saya dengan mengatakan mungkin ada kawan-kawan saya mahu bermain dan terlupa buka tali rapia yang terikat di kaki kucing tu...


Namun penulisan kali ini bukan pasal kucing dan bukan sesekali pasal ubat, juga bukan mengenai tali rapia yang terikat di kaki kucing itu. Penulisan kali ini untuk mengelakkan blog ini daripada menjadi album gambar dan juga untuk menyatakan sedikit pandangan mengenai dunia perubatan dan dunia kesakitannya. Sesekali kita berbicara pasal kesihatan.


Emosi dan degupan jantung


Saya percaya banyak penyakit berpunca daripada fikiran kita dan juga cara kita berfikir, (cara kita jalani hidup). Bukannya kerana di suatu tempat itu banyak kuman dan kita dijangkiti kuman tersebut. Bukan kerana kita tak basuh tangan atau kita kurang bersenang, atau makan ikut suka hati. Bukan semata-mata perkara tersebut. Saya percaya banyak penyakit juga disebabkan oleh fikiran kita, hatta penyakit asma, migrain, sakit belakang atau mungkin penyakit yang lebih serius seperti radang usus.


Emosi bukan hanya sekadar perasaan dalam fikiran kita. Ianya memberi kesan langsung ke atas batang tubuh kita. Jikalau Sheila Majid selalu `dalam emosi' saya percaya karier nyanyian dia tak ke mana akibat pelbagai penyakit akan meminatinya. Sebabnya ialah emosi tersebut akan membawak kesan kepada batang tubuh beliau secara langsung. Bila kita beremosi (mungkin akibat daripada pelbagai sebab), contohnya kalau kita ketakutan atau marah tentulah jantung kita berdenyut kencang. Degupan jantung ni boleh tanya Misha Omar, dia pakar dalam hal ni walaupun di bukan seorang doktor. Rujuk lirik di bawah:



Tiada kemaafan di sini

Kau ragut degupan hatiku ini

Akanku jejakimu

Ke mana jua

Hingga akhir masa

Sayang...

Tergamak, sedangkan nabi ampunkan umat (ambik unsur agama sikit). Dendam yang kuat dan tak berkesudahan ni (tanpa kemaafan) akan menyebabkan kadar metobolisma yang tinggi. Ia tidak baik untuk tubuh badan kita. Kemarahan memerlukan banyak tenaga dan sel berkerja keras. Namun kita janganlah komen banyak sangat pulak nanti bila terkena batang hidung kita, barulah kita rasa kan...kadar metobolisma ke mana, kita ke mana.

Kadar tekanan jantung yang kuat ini akan menyebabkan perubahan dalam metabolisma badan kita. Semua orang tak terkecuali dari bermain dengan emosi dan tekanan. Orang bercinta lagilah 24 jam berdegup degap. (Huh! tunggulah lepas kahwin 6 bulan kata seorang pensyarah matematik, kawan saya. Degupan itu menurun ke, saya buat-buat bodoh bertanya? Selepas 6 tahun? saya menambah tanya, he he he).


Tekanan dalam sedar dalam tak sedar


Bukan tekanan dalam sedar sahaja, tekanan ini boleh juga terhasil daripada dalam tak sedar iaitu mimpi. Contohnya peninju akan selalu kerap terkejut daripada tidur oleh kerana selalu bermimpi kena tumbukan maut, menyebabkan tekanan yang kuat pada dirinya, jantungnya (takkanlah pulak peninju nak mimpi tanam pokok bunga tulip, kutip kulit sipuk tepi pantai atau buat jemput bawang bilis...).


Bila kita berada di dalam tekanan bermakna secara perubatan hormon dipam kuat dan berlebihan kes sistem tubuh kita. Kalau ianya berlaku secara lama dan berpanjangan fikirlah apa yang terjadi. Pasti organ-organ tertentu (yang tak kuat mana yang sedia ada) menjadi rosak. Dahlah minum nescafe kuat, kuat merokok, kuat makan pil perancang keluarga, tidur lewat (akibat emosi), lama-lama batang tubuh jugaklah yang sakit...


Kebimbangan dan tekanan


Kebimbangan dan ketegangan (tekanan emosi) yang melampau dan kerap muncul itulah yang akan melemahkan sistem saraf. Banyak sangat yang nak kita bimbang kan?. Dunia hari ini budak kecil darjah satu pun bimbang, bukannya budak besar (kita) saja bimbang.

Pelbagai bimbang bagi pelbagai katogori ialah : Contohnya, bimbang tak kahwin-kahwin sampai tua la, sapa nak jaga? Bimbang takut bini tahu hubungan sulit kita dengan kawan sepejabat dia la. Bimbang suami tahu kita tempah Queen Anne RM1800 la. Bimbang anak kita tak maju dalam pelajaran la, bimbang kekasih kita kena rampas dek orang lainlah, hatta bimbang naik jerawat sebijik kat muka.


Bimbang membawa tekanan, tekanan membawa tubuh yang lemah, dan membawa kita ke doktor (he he he), membawa ke duit habis...he he he. Fikiran kita membuatkan duit kita habis? Ya!.


jankaulu: Bimbang terluka lagi...

No comments:

.