"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, November 3, 2008

Bila bergambar bersama student...




  • Saya jarang pukul gambar (bergambar) bersama student, kalau boleh saya cuba elak kerana beberapa perkara. Dalam gambar biasanya saya tengok mereka lebih `segar', lebih `hidup', bergaya dan menarik berbanding saya...dan itulah hakikatnya (hakikat yang saya cuba minimakannya, he he he).




  • Seperkara lagi gambar tersebut mungkin akan dibawa balik ke kampung halaman mereka, maknanya mak bapak dia orang mungkin melihatnya. Kalau gambar kita teruk, mungkin mak mereka kata `Muka macam ni pun boleh jadi pensyarah?. Ingat, kita bukan bawak imej kita sahaja tetapi juga imej dunia pendidikan, skaligus imej majikan kita.




  • So kalau ada sesi bergambar saya cuba mengelakkannya atau saya pula yang banyak songeh tentukan bila boleh ambil gambar dan di mana lokasinya. Sebab saya nak bersedia, contohnya kembangkan rambut sikit (taklah kucup je), pakai baju sesuai dan pakai bedak cina sikit (yang kotak empat segi warna kuning) agar muka taklah nampak berminyak sangat.




  • Biasanya Lokman join juga. Bagi saya dia tidak mempunyai masalah untuk bergambar sebab dia smart, kemas dan bergaya orangnya. Lagipun dia muda belia hampir sebaya dengan pelajar matrik, sedangkan saya sepuluh tahun lebih tua daripada student2 tu.




Lokman pandai posing bila nak bergambar (lihat gambar di atas dan di bawah), dia upaya memaksimakan keretanya untuk menambahkan gaya pada dirinya. Kelihatan juga dalam gambar sarung handpone diletakkan di talipinggang (bukan Ijut saja ada, he he he.) Ada nampak cincin dan pen diletakkan di poket seluar juga. Badannya pulak direndahkan sedikit sambil muka buat-buat serius dan mancho (kaki kiri belakang dijongkitkan sikit). Sila rujuk gambar di bawah untuk melihat gaya yang lebih jelas:





Saya pulak tak pandai bergaya sangat hanya bersandar dan meletakan tangan kanan ke kereta (nak jugak) dan tangan kiri saya, saya letakkan di paha depan biar nampak natural sikit.





Sambil tu saya buat-buat muka kompius sikit (lihat gambar di atas), kedudukan kepala disengetkan sikit dan bibir gaya `antara senyum dan tangis' (nak kata senyum tak senyum nak kata masam tak masam...).





Ni pulak (gambar atas) gaya ala-ala nak masuk majalah URTV atau Mangga (macam penyanyi berkumpulan2 tu...). Semua kena pandang hala ke tempat lain, buat-buat mengada-ngada. Jangan sesekali memandang ke arah kamera. Sekali lagi saya suka melihat gaya Lokman terutama kedudukan gaya tangannya. Cuba lihat nampak bersahaja walaupun di hanya bersandar di keretanya.

Saya pulak terover rasanya (gaya maut...,) saya letakan kaki kanan tinggi sikit dan paksi beban tubuh bergantung kepada kaki kiri. Sambil tu saya palingkan muka 90 darjah ke arah lain (pada masa yang sama saya memberikan tonggekkan 45 darjah). Sekarang gaya ini sudah tidak sesuai untuk saya amalkan memandangkan umur saya sudah hampir 40 tahun. Perut saya pun dah mula tunduk hormat ke bumi (boroi...).

Pelajar matrik dua orang tu kelihatan amatur dalam gambar ni, sekadar meletakkan tangan di dagu (gaya era 20an) dan seorang lagi meletakkan kedua tangan di pusat paha...(streotype macam kumpulan nasyid kompentari).


Apa yang saya telah tekankan sebentar tadi ialah apabila kita bergambar dengan student kalau boleh kita kenalah `lebih' sikit daripada student, bukan kita nak sombong tetapi begitulah adatnya (kalau tak siapa lecturer siapa student ni?). Dalam sesi bergambar ini mata saya sebenarnya nampak kecil (sebab dah selalu pakai cermin mata), so saya pakailah cermin mata hitam. Untuk aksi di atas (lihat gambar) saya hanya perlu bersandar pada pintu pagar Muzium Pekan dan buat muka sehabis mancho (ala hero cerita korea), dan rambut juga dijurai ke bawah (setelah dikembangkan dengan menggunakan tangan) supaya dahi taklah nampak sangat kejendungannya (rujuk gambar bawah).



Begitulah aku...


Siapa kata pukul gambar senang je? tanya Mek Zue kalau tak percaya. Kena ada gaya teknik, bimbang nampak macam batang pisang je... he he he.



jankaulu: Masa kat pekan dulu pernah terpilih ke Kuantan oleh Datuk Dr haji Azman Haji Zaini untuk sesi fotografi iklan promosi kolej di suratkhabar...

4 comments:

faizalnayan said...

Wah canteknyer gambo..tapi gambo saya takder pun..teringat zaman2 muda dulu kat KSP

Eja said...

nape dlm gmbr ke-5 (dr atas), 3 org tu cm dr kumpulan nasyid, tp awak sorg jer cm penyanyi dangdut versi lelaki...

anis said...

waaa...smart jugak sukiman rupenya masa2 muda dulu...pandai gak la posing maut lg...

madier said...

apa lah anis....smart masa muda2 dulu jer ke?skarang tak smart ke?kecik ati dia....blh membawa tekanan tu.....hahahaha...

Anis..ni ayat pujian yg betul..."smart jugak sukiman ni eik?...camne aku leh tak perasan ni?"..hehehe

.