"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, November 28, 2008

Kalaulah saya jadi penyanyi...


Kalaulah saya seorang penyanyi, saya akan cuba menjadi penyanyi yang berwawasan seperti Sudirman Haji Arsyad. Kekaguman saya terhadap beliau sangat menebal walaupun secara peribadi saya berpendapat suaranya tidaklah sehebat lirik lagunya, muziknya atau persembahannya. Namun saya tabik kepada beliau kerana beliau insan berwawasan.
PALING PENTING

Perkara yang paling saya pentingkan ialah bagaimana mahu bertahan lama dalam industri. Saya tidak mahu menjadi penyanyi yang `sekejap ada, sekejap tak ada'. Bila lama tidak muncul buat pula `come back' yang tidak berapa menjadi...
Saya masih ingat amanat daripada Datuk Ahmad Nawab semasa saya bertemu beliau di malam Anugrah Skring 2008 nan lalu (kebetulan saya ditempatkan duduk berhampiran dengan beliau, di belakang saya Lisdawati dan Faisal Tahir). Datuk ada menyatakan jika seseorang penyanyi itu tidak memiliki sepuluh album, mereka itu tidak boleh dikatogerikan bekerja sebagai penyanyi. Mungkin menyanyi hanya hobi sahaja, atau penyanyi yang gagal…
Saya percaya sebagai penyanyi saya tidak akan bertahan lama jika tiada sesuatu yang baru untuk dipersembahkan kepada para peminat. Balik-balik bila konsert tanya peminat `dah makan ke belum?' Apa khabar, sihat tak?'. Yalah kan tentulah dah makan kalau kelaparan mereka tak akan pergi tengok konset, mereka akan pergi ke KFC. Dan tentulah sihat walafiat, kalau tak sihat tak kan nak pergi tengok konset tentulah pergi klinik. Saya tidak mahu menjadi artis seperti ini, dangkal.
Saya percaya sefanatik mana pun para peminat, mereka mungkin akan lari jika saya statik. Lagipun sukar seseorang penyanyi lelaki seperti saya untuk bertahan lama disebabkan beberapa ciri dunia hiburan di Malaysia. So saya harus sentiasa ada idea-idea baru dan segar, sesegar ombak di pantai. Di atas faktor itulah saya guna kerek telaga semasa saya buat persembahan pada hari merdeka nan lalu. Mana ada artis Malaysia yang pernah guna kerek telaga semasa persembahan mereka kan?

Saya akui kemunculan saya di persada dunia nyanyian ini hanyalah berdasarkan bakat semata-mata. Saya tidak sesegak Lokman atau sehetorseksual Khairul Nizam Subaini, jauh sekali sebergaya Anuar Zain dan sehandsome farid Kamil. Saya sedar diri saya, dan di atas kesedaran itulah saya bekerja kuat dan menjaga disiplin setiap masa di mana jua berada. Pernah dalam satu kejadian saya yang terpaksa menunggu wartawan (daripada majalah URRadio) selama 2 jam semasa di lokasi, kerana saya tiba lebih awal di lokasi. Saya tidak mahulah wartawan menunggu saya. Saya akan hormati wartawan. Sebab itulah selepas subuh pelan-pelan saya bawak kereta menuju lokasi, he he he, (dapat jugak elak kesesatan lalu lintas di KL ni).
Jan: Sukarnya nak jadi penyanyi yang berwawasan kan?

3 comments:

danny said...

Aku pun kagum dengan dia. Aku bukan bias kerna dia org Pahang tetapi ada lagu yang dia nyanyikan denag penuh perasaan seolah2 dia sedang mengalami perasaan tersebut. Alfatihah untuk arwah Sudir. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

jankaulu said...

Dia kerja kuat dan berusaha...

Mc Zue said...

yang jelasnya dia seornag penyanyi yang terpelajar.. yang bukan menyanyi untuk mendapatkan populariti tetapi sebenarnya untuk memperkenalkan industri nyanyian sebagai industri yang dihormati dan diterima oleh semua lapisan masyarakat..

P/s:- pelangi petang lagu yg paling POmmmm...

.