"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, November 6, 2008

Sukarnya kalau bukan bidang kita...

Dalam hidup saya, saya hampir tidak pernah menari. Kalau orang upah RM1000 pun saya tidak sanggup. Saya lebih rela membaca sajak atau menyanyi (walaupun sangat sumbang), atau saya lebih rela berlakon (walaupun hanya watak kambing tua). Namun saya dapati, memang ada di dalam episod-episod hidup saya, saya akan terpaksa membuat persembahan. Persembahan yang sukar saya nak gambarkan di sini.

Entah apa yang terasuk dalam kepala kami dulu masa kat Pekan...hasilnya kami bersama-sama menari di Hotel Vistana!, Kuantan. Bila kenangkan peristiwa itu lucu jugak sebab beginilah jadinya bila kita beri tugasan kepada yang bukan ahlinya.



Kalau dilihat daripada gambar di atas, Rojeha kelihatan seolah-olah hendak menampar saya. Tangannya yang panjang tu dihalakan sesuka hatinya, sekejap ke kanan sekejap ke kiri kononnya mengikut rentak lagulah tu. Silap-silap boleh tertanggal cermin mata saya, jika terjolok oleh tangannya, he he he.

Lokman di belakang kelihatan tidak dapat mengawal diri (mungkin dia sendiri tidak sangka dia boleh jadi sebadut itu, he he he), dia pulak asyik mengepak-ngepak tangannya, ni bukan tarian semazau...! (Sepatutnya kedua-dua tangan sama arah kalau tak silap, kalau tangan kiri hala ke kiri, tangan kanan kena hala ke kiri juga). Saya pulak macam biasa fail! Tangan saya macam orang nak alih almari.

Pada masa tersebut setiap jabatan kena buat persembahan. Oleh kerana dah ada yang menyanyi, baca sajak dan berlakon maka jabatan kami nak buat kelainanlah (kononnya...).

Bukan senang nak menari. Jurulatih pulak betapa amaturnya, kadang-kadang yang over adalah orang yang sepatutnya dilatih, he he he. Sesi latihan pun bukan semua pensyarah boleh datang. Ada tutorial la, ada kelaslah dan ada juga lepas time kerja, laki tunggu kat bawah terus (tak nak berpisah, alhamdulilah). Maka masa latihan tak pernah cukup korum. Tapi selamba je kami optimis yang kononnya nanti bila yang dah benar-benar di majlis, akan menjadi la.


Jan: Teringat kisah-kisah lalu di Pekan... hatiku terusik, ingatkah dia padaku...? (pulak dah).

8 comments:

Eja said...

hebat korang menari malam tu... hebat juga tepukan gemuruh tetamu..

Mc Zue said...

klakar...klakar..e2 lah kenangan terindah..

faizalnayan said...

stedy la en sukiman...hahahaha

anis said...

kelakar giler...mcm mane la korang sume leh menari malam tu kan...tetapi mmg menghiburkan..nk pecah perut gelak...tahniah!!! lain kali buleh buat lagi..

wawadave said...

Mmg dancing queen and king. I was'nt there tp I can imagine how "interesting" and "organized" it was.. Tmbh plak dgr citer2 member2 yg tbabit dancing..

jankaulu said...

cuba imagine kalu Kamal menari? mungkin black out satu Vistana, he he he. Or satu Kuantan!

wanie said...

hehhe..nasib baik ler ko xde gambo aku yek...kalau x mesti kena komen sekali... tapi memang giler2 lah group kite time tue... especially waktu training... lagi gamat...tapi byk kenangan terindah waktu tue... hhehehe

amilia said...

lucu betul...sampai keluar air mata ketawa....hahaha

.