"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, December 1, 2008

Kalaulah saya jadi penyanyi... 2

POPULAR

Walaupun saya seleberiti paling popular, saya tidak akan sesekali atau dua tiga kali berlagak sombong. Saya tetap menghormati ibubapa saya, guru-guru, tok iman dan para peminat.
Saya sentiasa mendengar teguran dan pendapat daripada keluarga. Saya mahu menjadi anak seni bukannya menjadi anak derhaka. Selepas membuat persembahan di televisiĆ³n contohnya, saya akan menalipon keluarga, mahu mendengar pendapat mereka. Keluargalah yang paling ikhlas terhadap kita, jika persembahan saya buruk saya percaya mereka akan mengatakan persembahan tersebut buruk dengan senang hati.
Paling saya hargai dan hormati adalah sokongan daripada para peminat. Siapalah saya tanpa peminat (klise kan ayat ni, he he he). Contohnya pada ramadhan nan lalu saya sendirilah yang membalas kad ucapan selamat hari raya yang dikirimkan oleh para peminat saya daripada serata tanah air. Walaupun berguni-guna saya terima kad ucapan raya, saya tetap membalasnya, biasanya selepas sahur dan sembahyang istikarah saya mula menulis dan membalasnya sampai lah ke pagi cerah. Saya hargai peminat saya. Bukan itu saja saya lampirkan juga sekeping gambar saya yang bertandatangan untuk mereka.

Bagi album terbaru saya nanti saya akan hadiahkan sehelai poster untuk peminat saya yang membeli album. Bolehlah mereka tampalkan di mana sahaja, di bilik tidur, di bilik air, di dinding tempat menunggu bas, di mana sahaja hatta di library (sebab poster tu ada gambar saya sedang membaca...). Pasti pensyarah atau cikgu-cikgu yang malas membaca akan terpukul hebat, he he he. Tetapi itu bukan niat saya, saya hanya nak menumbuhkan semangat membaca di kalangan para peminat saya, kalau terasa tu nasib le...

KONSEP ALBUM

Oh ya, saya masih tidak terangkan bagaimana rupabentuk muzik atau konsep muzik album terbaru saya. Berpadanan dengan personaliti saya, saya senang dengan muzik pop.

Namun jangan terkejut jika saya akan selitkan juga satu dua lagu Melayu asli dalam setiap album yang saya keluarkan. Saya amat meminati muzik Melayu. Saya tak mahu menjadi barat di tengah-tengah timur, dan saya tetap mahu jadi timur di tengah-tengah barat. Saya meminati Tan Sri S M Salim, lagu beliau penuh nasihat (terutama lagu `Apa dah jadi?' he he he). Saya berpendapat penyanyi Melayu mestilah tahu lagu Melayu, sekali lagi cuba lihat Sudirman, dia nyanyikan juga lagu Melayu Asli dengan baik.


Saya berpendapat sebagai penyanyi kita juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk menyambunghayatkan muzik Melayu kita. Tak kanlah kita nak harapkan taukeh sarkas untuk kesinambungan identiti dan khazanah warisan Melayu ini kan.

Kalau boleh saya mahu menghasilkan duet, saya hendak mencari pengalaman berkolobrasi dengan insan seni yang lebih senior dan bukannya hendak tumpang glamour. Lagipun saya percaya kemunculan saya di persada muzik negara sudah cukup kuat, saya mempunyai personaliti tersendiri dan suara saya tidak mirip-mirip sesiapa pun... Kemunculan saya merupakan suatu ledakan hebat, Mawi mungkin menangis dan terpaksa balik semula ke Felda...(jangan marah peminat Mawi, ambil sebagai gurauan je ya, saja nak buat lawak kat perenggang ni, he he he)

Mungkin saya akan muatkan juga satu lagu inggeris dalam album saya. Saya kena terus belajar, terus mencuba. Ya pastilah saya ambil kelas bahasa inggeris di KL, berlambak. Saya tidak mahulah nanti saya tidak tahu berbahasa inggeris, bukan apa...kemungkinan saya akan ke Albert Hall macam Sudirman? Siapa tahu?. Mungkin suatu hari nanti saya akan jadi senator? Sekarang ini pun saya sudah tertanya siapa boleh ganti Jins Shamsudin nanti? Norman KRU? Rosyam Nor? atau Aznil Nawawi?...

BUKAN PENYIDAI

Seperkara lagi saya memang pantang lepak-lepak di tempat yang tidak sepatutnya. Saya akan sembunyikan diri daripada khalayak ramai. Bukan sombong tetapi tidak mahu sidaikan muka kat Central Market atau di mana-mana sahaja. Saya mahu saya ada nilai sebagai bintang. Saya tidak mahu jadi jenis penyanyi yang suka lepak, buat-buat selamba bila orang tengok. Saya tidak akan ke disko atau ke tempat sepertinya kecuali ia amat tertutup dan eksekutif. Saya mahu jadi seorang penyanyi yang betul-betul penyanyi bukan penyidai.

Namun memang benar satu khabar angin mengenai saya, saya tak nafikan..., saya memang selalu ke Perpustakaan Negara!. Malah ada wartawan kata kalau nak jumpa saya atau tengok saya, pergi ke perpustakaan negara. Memang saya gemar membaca. Di rumah saya pun ada 5000 buah buku, saya buat bilik khas, saya nak jadi artis yang berilmu, luas pengetahuan. Saya tak nak jadi artis yang H2O pun tak tahu... atau tidak kenal yang mana satu Jaffar Onn yang mana satu Onn Jaafar.

Ni ,Onn Jafaar (Datuk)

Ni pulak Jaffar Onn

Dan memang benar juga saya bersahabat baik dengan Datuk A Samad Said. Sebenarnya saya mahu beliau menulis lirik dalam album terbaru saya nanti. Ada saya cuba-cuba kompose lagu saya sendiri tajuknya ` Bumbung angkasa', tapi saya tak tahu nak buat lirik puitis. Lagu ni kesinambungan dari lagu wajah yang Jack nyanyi. Ia menceritakan hal poverty di kalangan ibu tunggal.

Datuk A Samad Said
Saya harap sangatlah lagu ini dapat memberi kesedaran terhadap isu ibu tunggal di negara kita ni...kalau nak tau lebih lanjut dapatkanlah album terbaru saya nanti, dapatkan poster saya sekali ya!.


Jan: Banyak sebenarnya langkah yang boleh diambil untuk memajukan diri dalam industri hiburan ni kan..., ni tak asyik `hu ha - hu ha' je.

3 comments:

madier said...

bab sombong sblm dan semasa jadi popular ni pyh nak ckp sukimang....byk dah jadi gitu...sblm popular bkn main janji taknak blagak..tapi dah popular lain lak citernya...heheheh...harap2 demo dok gitu...hahahha

danny said...

lagi baik kalo tak yah nyanyi kimang... hehehe

KOYAN said...

betol la tuh...suara abe dok sedap mana pun...baik tanam bunga je kat umah..nak g amik tanah kabo ke dene...

.