Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 12, 2008

Kalau asyik menembak je...

Betul jugak kan, kalu kita asyik memprotes tanpa membuat perubahan tuhan akan hukum kita lagi (memetik kata ustad madi).

Dalam isu harga minyak ni memang kita kena berjimat cermat dan ubah cara hidup [Adnan, 2008]. Barangkali kalau dapat kita savekan 1 sen lama-lama akan jadi banyak, dan tentulah banyak kalu tiap individu pun save jugak. Masing-masing elak dari membazir, contohnya khepek (kerepek) hendaklah dibeli pada kadar yang memadai selang masanya. Jangan asyik ngunyah saja...Contoh lagi kunjungan mesra tapi berbayar ke KFC dan mekdonel boleh dikurangkan. Di sini bukan dapat savekan duit malah boleh nampak kan kembali tengkuk atau pinggang.

Kalu kita tak ubah cara hidup mulai sekarang, kenaikan akan lebih cepat berlaku dan dalam jumlah yang besar pulak. Kita tolak ketepi isu kerajaan menipu, yang pastinya minyak dalam bumi memang makin sikit...Memang kalu salahkan kerajaan pun tanpa ubahdiri pun tidaklah ada impaknya. Kalau kerajaan boleh beripun adakah kita tetap dengan sikap membazir kita?

Sebenarnya kalau kita perhatikan rata-rata apa yg dicadangkan oleh kawan2, media dan kerajaan adalah perkara yang patut kita lakukan dari dulu lagi.... sikap yang sepatutnya kita buat, sifat basic org kata.

Maka kenalah buat perubahang... tapi nak ubah cara hidup macam mana?[Mek P, 2008].
Jan: Setiap orang ada peranan pada diri sendiri...

11 comments:

danny said...

betul! sepatutnya langkah berjimat cermat dan berbelanja berhemah kita lakukan dulu lagi. Bukannya kena tunggu harga naik.

Kalau kita berbelanja berhemah dari dulu, perkara ini tidak menjadi masalah.

Jankaulu said...

aku tengok dalam internet lebih banyak yg mengutuk dan menyalahkan kerajaan, memfitnah dan menuduh dengan data-data yang lengkap (berbau politik pun ada...) berbanding menyalahkan sikap masyarakat sendiri, saranan utk memulihkan kadar inflasi dan menjalani cara hidup yang normal...

teringat pulak penulisan Mina dalam blognya, ada benarnya...kita kena fikirkan.

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

kepada danny dan jankaulu...setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza...contohnya aku...ade anak 2 org...berulang dr rumah mertua 20 km sehari (pegi balk 40 km)...jadi kita tak boleh salahkan rakyat dalam menyuarakan apa yang dia rasa. kadang2 bukan membenci kerajaan tetapi tanda protes...mcm anak2 ler...klu ade bende tak kene mestilah merenggek...mungkin anda perlu bergaul dengan org lain yg kehidupan jauh lebih susah dari kite...saya pernah berborak dgn golongan pekerja bawahan...kenaikan kali ini telah meliputi lebih dari 50% gaji yang diterima...so...tak kesian ka??? yg boleh saving bila ada duit lebih ...klu gaji sikit apa nak saving???? so beruntung diri ada duit banyak...bujang...ada saving...so,,,,,mcm prinsip islam la....byr2 ler zakat!!! salam

danny said...

1. Ada anak, kita berbelanja cara kita ada anak. Jika kita mengeluh takda duit disebabkan ada anak, maknanya kita tidak mensyukuri apa yang telah Tuhan bagi kat kita.

2. Kita hanya tengok orang bujang dari sudut duit... maknanya jadi org bujang ni seronok sebab ada banyak duit. Mungkin adil bagi dia sebab Tuhan dah bagi kita nikmat rumahtangga...siap Tuhan anugerahkan anak lagi. Pernahkah kita tengok pulak pada orang yang kahwin tapi takde anak?

3. Kalau kita nak tengok pulak pada prinsip Islam... adakah kita lakukan menyeluruh? Pernahkah kita terfikir pembaziran yang telah kita lakukan sebelum harga minyak naik? Kenapa ada individu tukar handphone sedangkan handphone lama masih berfungsi? Kenapa ada individu tukar sportrim beribu2 RM sedangkan kita nak makan pun takde duit? Kenapa masih ada yang sibuk nak menukar kereta sedangkan kereta yang asal masih boleh bergerak pantas?

4. Bagi aku gaji semua orang sudah dikira besar. Yang jadi tak cukup adalah apabila berbelanja seolah2 bergaji 5 angka.

5. Aku rasa, jika gaji masing2 naik berkali2 ganda pun, mereka akan still akan menghadapi masalah tak cukup duit jika SIKAP mereka masih tidak berubah. SIKAP! SIKAP! SIKAP!SIKAPPPPPPPPPP!!!!

6. Bagi aku, kalau aku mengeluh kerana tak mampu nak isi petrol lagi maknanya aku kena paham2 sendiri yang aku sememangnya TAK LAYAK lagi untuk pakai kereta.

7. Kenapa kita dengar orang bergaji RM10k tak cukup duit? Orang bergaji RM2k pun tak cukup duit? Orang bergaji RM1k pun tak cukup duit? Kerana mereka gagal mengawal perbelanjaan dia. Kita ni bila ada duit lebih... mulalah berangan nak berbelanja lebih. kadang2 tu baru ura2 nak dapat kenaikan gaji tetapi dah sibuk nak beli itu ini.

Kesimpulannya, jangan salahkan anak jika kita takde duit. Jangan salahkan orang bujang jika kita takde duit. Jangan salahkan pampers anak yang mahal jika kita takde duit.

Jika rasa kenaikan petrol ni membebankan maka pakailah motor, kurangkan perjalanan, kurang makan kat luar, masak je kat umah, jangan pakai aircond, beli baju bundle dll.

Aku ni bukannya banyak sangat duit, malah aku bukannya orang senang. tetapi aku lihat kebanyakkan dari kita apabila berlaku kesempitan, kita tanak melihat kesalahan diri kita. Kita tak muhasabah diri kita. Waktu senang dulu kita lupa diri. Swipe kad kredit sana sini. Overlap berkali2. Semuanya nak memenuhi nafsu sendiri.

MUHASABAH DIRI ITU PENTING. KALAU KITA SEDAR, KENAIKAN HARGA MINYAK NI MERUPAKAN SIGNAL DARI TUHAN YANG MINYAK AKAN HABIS DAN DUNIA AKAN KIAMAT.

WALLAHUAKLAM

madier said...

wah..betul punya marahlah kawan tu..(pinjam dialoq sudin)..hehehe..tul nan..aku stuju...aku penah hadapi dua2 zaman..zaman ada keje,zaman bhenti keje...2th jugak ler...tapi bg aku..sama je dua2..rasanya idup lebih terurus time takde keje..ulang alik kektn...masa keje kat ksp...rasanya gaji masuk tiap2 bln tapi rasa cam slalu tak cukup duit...tapi masa takde keje..pandai lak bjimat..pakai hset cabuk je ngan tukar ke prepaid...ini yg aku komen kat blog ko..faktor persekitaran sebenarnya yg main kan peranan tuk kita ubah cara idup kita...tapi satu benda yg aku perasan saat tu...bukan gaji ribu2 yg sebenarnya kita cari...tapi KEBERKATAN dlm gaji kita tu yg paling utama...walaupun keje gaji rm600 sebln..insyaallah akan cukup kalau ia berkat...tapi nak cari keberkatan tu yg payah tu...

"jika kamu bersyukur,akan Aku tambahkan nikmatKu pdmu...jika kamu kufur,azabKu amatlah pedih.."

wallahuaklam..

danny said...

tak marah... hehehe... tapi itu realiti. Kadang2 kita hanya menengok yang baik jer yang ada kat orang. Padahal kalau ikut kan, diri kita lagi baik dari diorang.

Bak kata sukiman n zue... "seronok kan ada orng tolong gosokkan baju".

Mc Zue said...

aku sokong menda ynag danny cakap.. masing2 ada cara kehidupan masing2.. yang bujang ker, yang dah kahwin ker.. sama jer.. semua org ingat yang bujang boleh simpan duit.. padahal tak pun... yang kahwin sebenarnya allah dah bagi rezeki masing2.. apa yang danny cakap pasal SIKAP adalah tepat.. kita sebenarnya kurang bersyukur... bukan tidak bersyukur tapi kurang...kadangkala aku selalu berfikir macam mana la orang yang kutip sampah ( MpK) bleh hidup dengan gaji yang kecil..budak2 yang menjual brang2 dari pintu kereta ke pintu kereta boleh servive.. tapi semua itu telah pun direncanakan dengan seelok-eloknya... Pepatah yang selalu di sebut2 besar kerak besar la periuknya....

Danny:> seronok kalau ada yang gosok baju tapi kalau baju yang do gosok tak sempurna.. tak best juga.. ya tak? penulisan mu tentang keberkatan di utusan memberi kesan pada aku...

madier:> peluang untuk merasa kedua2nya telah mematangkan ko.. sebab tu ko boleh pergi jauh...

amli:> anak bukan la alasan tapi ianya anugerah yang tidak ternilai... hehehe

Mata Hati said...

Seronok plak baca pendapat masing2 ni.ok la tu. Masing2 ada persepsinya sendiri. Tapi kalau cakap tentang duit ni "How much is enough?" Confirm tak pernah cukup. Mungkin kita agak sukar nak reverse perlu diingat, mungkin apa yang terjadi Allah nak bagi PERINGATAN kepada kita semua kita, supaya jangan lalai dengan duniawi. Dia boleh bagi sebanyak mana yang dia kehendaki dan boleh tarik sebanyak mana yang dimahuNya dan pada bila-bila masa sahaja. Apa yang ada pada kita bukan milik mutlak kita semua. Kita kena kena bersyukur kerana Allah baru bagi kita ujian macam ni bukannya bagi kita penyakit atau bencana alam.

Mata Hati said...

Mungkin agak sukar nak reverse balik kehidupan kita. Tapi yang penting bersyukur banyak2.

madier said...

McZue...jauh kemana??..hehehe

Mc Zue said...

madier...jauh ke UK la...hehehe aku, mc p, d6,suki duk malaysia jer..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home