"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 5, 2013

Filem kita wajah produser?

Pada suatu masa dahulu tema filem kita ialah `Filem kita wajah kita". Maka saya terus bimbang kerana kalau gitulah cerminannya maka rakyat kita memang dicop gengster tetapi penakut hantu. Berak berteman.

Saya berpendapat sekarang adalah zaman keruntuhan filem Melayu. Mungkin ada yang tidak sedar sebab pesta filem terus diadakan dan banyak majlis anugrah (anugerah cop perasan sendiri) diadakan sana sini. Mungkin orang filem kita marah dan wartawan kita gusar bila pendapat ini cuba dianggap serius.

Sebuah naskah yang bagus

Melihat filem Melayu yang kebanyakannya bagai sampah sarap, (tetapi dinobatkan, diglamourkan dan dikomersialkan bak fantasi) membuatkan saya rasa kecut perut dan kecut apa yang patut kecut. Saya malas nak ulas mengenai tema basi dan tidak digarap segar, saya cuma mahu fokus kepada pembohongan pengeluar filem dan mereka yang terbabit.

Secara jujur saya tidak melihat perkembangan filem Melayu sebagai perkembangan pemikiran, jauh berbatu dari segi menolong perkembangan sahsiah bangsa. Malah saya berani tuduh iannya untuk perkembangan poket mengaut keuntungan semata-mata. Dengan menggunakan unsur konterversi yang konservatif sebagai daya penarik. Matlamat memberi pengajaran dan membentuk masyarakat seolah-olah hanyalah bak melepas kentut di auditorium (lepas pelan-pelan bimbang orang perasan).

Kepada saya karya sebegini patutnya dibanteras terus disekat daripada terus mengalir ke minda masyarakat. Sebabnya kita lihat ia mudah meresap masuk ke pemikiran belia muda kita. Remaja kita. Dan selepasnya stesyen televisen asyik mengulang-ulang tayangannya. Saya bimbang ianya menyemat sesuatu yang buruk kepada perkembangan masyarakat.

Antara pelakon yang saya minat, lakonannya sempurna

Apalah sangat hebatnya mengendalikan jentera bermotor atau menayangkan kebebasan remaja perempuan yang kononnya brutal di tengah malam buta di tepi jalanraya?. 

Niat mengangkat naskah atau karya berkaitan dengan masalah/isu sosial adalah langkah yang molek. Tetapi jika terlalu dikomersialkan ia menjadi karya ejen pemusnah bangsa. Dan orang Melayulah mangsa tetapnya. Mangsa sepanjang zaman?

Watak jahat yang sebenarnya jahat giler`dibersihkan' dan `diwangikan' dengan sifat yang molek berkata-kata, gentelman, kacak bergaya dan bertanggungjawab pada kekasih. Yaaaa memang tak semestinya orang jahat muka mesti bengis dan hodoh macam filem Melayu lama tetapi yang paling utama apakah nawaitu yang mahu diterapkan kerana saya percaya pengeluar filem tahu sangat remajalah yang menontonnya. Tidak perlu watak keji digambarkan sedemikian.

Ini semua kerana wang. Bertuhankan wang dalam perniagaan. Dan akhirnya mungkin membawa kepada pelapis harapan bangsa yang hancur. Atau memang kita tahu belia yang ke panggung memang sudah bukan harapan? Sila jawab! (jawab dalam hati...)

Jan: Filem Malaysia sepatutnya menyumbangkan ke arah pembinaan negara bangsa sebab kita mahu menuju status negara maju... filem pun kenalah maju, kena cerdik.

2 comments:

Anonymous said...

Dah lama tak tengok cerita melayu. Bukan tak nak sokong, tapi macam dah teruk sangat. Pelakon2 yang handsome dan cun pun sekarang berwatak bodoh aje.

sukiman said...

saya setuju dengan anon...hari tu ada la saya nak tunggu berita jam 8 tapi tertenggok dulu rancangan drama. ya allah rasa loya sangat...

entah apa nak jadi dah...duru rancangan tahun 70an ada rancangan drama minggu ini cetir drama melayu seminggu sekali tapi best.

.