Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 29, 2016

Bagaimana mahu jadi menarik?

Saya percaya jika dibuat kajian ke atas penduduk di muka bumi ini. Iaitu tanya mereka "Apakah yang paling mereka mahu dalam hidup anda?". Saya percaya perkara pertama yang mereka mahu majoritinya ialah menjadi kaya. Dan kedua terbanyak ialah mereka mahu jadi menarik!

Saya percaya mahu jadi menarik adalah antara perkara penting yang manusia cari... Saya tidak mahu mengupas pasal mahu menjadi `kaya', saya mahu kupas pasal perangai manusia yang mahu menjadi `menarik'.

Kawan saya, seorang psikologi (yang rumahtangganya juga hancur lebur tapi kononnya pandai menilai orang)  `membaca' saya. Dia memberitahu saya, saya mempunyai perwatakan yang sederhana. Jika sekali pandang orang akan tidak jatuh cinta pada saya. Tiada apa yang menarik pada saya. Katanya cara saya jalan dan bercakap biasa-biasa sahaja.

Walaupun agak kejam, saya setuju dengan kupasan kawan saya itu (tetapi saya rasa saya lebih menarik daripadanya...lebih pandai berkomunikasi, buat kek buah dan menulis...)

Saya tidak menarik secara fizikal. Saya tidak, tinggi dan gemuk pula. Pada wajah saya, hanya kening saya sahaja yang saya rasa menarik. (cantik dan mengikuti piawai kecantikan antarabangsa tetapi tidak hidung saya yang pesek dan bulat). Begitu juga bentuk mulut saya yang kembang. Dan gigi saya...hu hu hu. Sedikit tertonjol... Dengan senang kata saya tak handsum. He he he.

Namun tidak pula pernah saya cuba belajar berjalan dengan betul, belajar bercakap dengan betul dan mengawal tingkah laku saya di hadapan orang. Saya ...sayalah. 

Jika seorang individu itu mahu jadi menarik bermakna dia akui dirinya tidak menarik. Kita tolak ketepi sebab-sebab mengapa mereka mahu jadi menarik. (Ada yang mahu jadi menarik kerana mahu disangjungi dan sebagainya. Saya tak nak kupas).

Dan apabila tahu bahawa diri tidak menarik maka boleh buat sesuatu atau tidak perlu buat sesuatu. Kepada saya, hanya sesekali sahaja saya mahu kelihatan kemas. Saya tidak jenis setailo, selisih malaikat 44.

Tetapi saya kagumi dan setuju jika seseorang mahu dirinya kelihatan menarik. Itu hak masing-masing. Kadang-kadang menjadi menarik adalah satu motivasi (walaupun sebenarnya tak lah menarik sangat, he heh )

Orang yang secara fizikalnya menarik, hanya perlu menjaga dan pandai gunakannya untuk kepuasan diri dan mencapai matlamatnya. 

Saya rasa soalan yang berligar sekarang ialah`bagaimana mahu jadi menarik?"


Image result for so attractive

No comments:

   

.

.

.