Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, January 19, 2016

`Ustad ustazah' FB

Sebahagian besar masyarakat media kita sudah melampau. Adat sopan dan tatasusila diketepikan asal dapat puaskan perasaan yang bersarang di fikiran. Kadang-kadang kalau lihat gambar di FB seolah tidak percaya langsung. Tak percaya kerana pemilik badan mempunyai peribadi yang buruk.

Saya mengawal ketat ahli FB saya, namun saya tidak faham kadang-kadang muncul juga peFB yang entah dari mana.

Saya terkilan dengan kritikan-kritikan yang melampau. Saya bukanlah dalam kelas golongan `Downton Abbey' namun saya suka keadaan yang bertatasusila, sopan dan teratur. Marah dalam keadaan teratur.

Image result for downton abbey
Saya melihat ada kecenderungan dalam masyarakat memberi kritikan yang melampau, memalukan dan menghakimi secara berkumpulan. Tulisan longkang lahir daripada mulut longkang dan lahir dari fikiran longkang. Kalau lihat daripada gambar si penFB tersebut kita tidak akan percaya kerana gambar-gambar tersebut elok, manis dan nampak sopan. Malah ada yang bergambar keluarga, nampak normal sahaja.

Di alam maya orang lebih bebas dan sebab itulah akan terpancarlah keperibadian yang sebenar. Memang semakin nyata masyarakat kita semakin sakit. Bermula dari remaja sehinggalah kepada makbapak remaja.

Senang sahaja hendak menjadi bodoh tetapi sukar untuk menjadi pandai dalam kehidupan...mencari makna nilai kemanusiaan yang hakiki.

Jika ada sesuatu isu, masyarakat kita menanganinya dengan begitu teruk, bodoh dan beremosi haiwan. Namun mereka mempamirkan diri sangat sempurna alim dan suci. Saya tidak masuk campur dalam banyak isu sebab saya tidak mahu menjadi seperti mereka. Orang yang sesat tuhan akan sesatkan lagi. Oleh itu carilah ilmu supaya tidak sesat...

Saya juga ada ketika-ketikanya rasa amat marah. Namun saya tidak menghentam secara individu, berhadapan dan memalukan orang. Siapa yang makan cili dialah yang rasa pedas. Memaksa dan menghukum bukanlah suatu yang baik. Ia adalah bodoh dan tidajk bertamadun.

Saya berharap sangat masyarakat kita maju..., namun semakin nyata saya akan mati dalam masyarakat yang rata-rata korup mindanya, jahil dan angkuh.

Sekian.


1 comment:

Dahlia said...

Salam Abang Jan,

Saya suka dengan posting Abg Jan ni. Teruskan menulis ye..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home