Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 12, 2016

`Apa' yang orang kaya dan orang miskin tidak faham...

"Awak tak apa, awak pensyarah, gaji besar. Tak ada masalah kewangan" Itulah kata-kata yang selalu saya dengar selain kata-kata "Memilih sangat, sebab tu tak ada jodoh". Dua ungkapan dialog tersebut nescaya saya akan dengar sehingga saya mati atau masyarakat dah mula berpelajaran.

Saya berpendapat saya adalah tergolong dalam isirumah yang berpendapatan sederhana. Tidak kaya dan tidak miskin. Sebab itu saya hanya tersenyum bila saya `dituduh' kaya.

Saya bukan peniaga pamoga. Saya menerima sejumlah gaji yang sama pada setiap bulan. Tidak sikit bertambah, tidak sikit berkurang... Cuma pada awal tahun akan ada penambahan gaji tahunan sebanyak sekian-sekian. Dan selepas itu tiadalah sehingga tahun hadapannya pula.  

Ayah dan emak saya bukanlah orang miskin tetapi bukan juga orang kaya. Kami melalui hidup yang biasa dan dalam beberapa hal dalam kehidupan kami ketidakcukupan duit untuk menjadi selesa selalu terjadi. Saya berjimat semasa belajar di universiti. Saya membuat kira-kira setiap hari.

Kini saya menjadi pensyarah. Pensyarah tidak kaya. Kami biasa-biasa sahaja dan membayar untuk keperluan-keperluan biasa dan ditambah dengan keperluan-keperluan tertentu sebagai pensyarah. Contohnya mencapai ribuan RM setahun dibelanjakan untuk membeli buku-buku adalah suatu perkara yang biasa. Bagi kami bukan perut sahaja nak makan, minda juga nak makan.

Saya bersyukur kerana gaji saya bertambah dan saya masih dapat gaji, cuma pertambahan itu tidak selari dengan pertambahan keperluan dan inflasi yang saya rasai... Kehidupan yang saya jalani. Saya juga ada keperluan dan kehendak tertentu, namun saya kena berhati-hati. Kalau ikut hati tunggang  langgang jadinya. He he he.

Penjual nasi lemak yang ada gerai, penjual di pasar malam atau peniaga kain, penjual karpet mungkin pendapatan mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan pendapatan golongan pertengahan yang rata-rata makan gaji di sektor swasta dan kerajaan (yang akhirnya terpaksa membayar sejumlah yang banyak kepada LHDN dan mereka penyumbang terbanyak kepada LHDN).

Kadang-kadang mereka ini lebih `miskin' dan tidak `cerah' masa hadapannya berbanding dengan orang miskin. Mereka tidak mendapat kemudahan atau kelebihan kerana faktor gaji. Contohnya untuk ke sekolah asrama penuh, isi rumah yang miskin ada anak seorang boleh mendapat sekolah berasrama penuh jika pendapatan RM1,200, berbanding dengan isirumah yang gaji RM4000 dan ada anak lima...dan tinggal di bandar. Haaa...

Kata kawan saya, bayaran `letak anak'nya sudah naik sebanyak RM3 sehari. Dulu dia bayar RM180 sebulan kini pada tahun 2016 dia mula membayar RM280 sebulan. Maknanya tahun ini penambahan pembayaran anak untuk seorang adalah RM100. Saya ulangi, SEORANG. Dan dia ada beberapa orang anak...

Katakanlah dia ada tiga orang anak, maka RM300 sebulan sah-sah dah untuk bayaran `penginapan' anak-anaknya sementara dia pergi kerja. Dan penambahan bayaran juga berlaku kepada barang dan perkhidmatan lain... Dia juga merasai keperitan hidup cuma dalam skala yang berbeza...

Katalah gaji mereka tahun ini naik RM400. Ia mungkin masih lagi tidak dapat menampung kenaikan harga sana-sini dalam keperluan dan kehendak  kehidupan golongan pertengahan ini. Dilema ini sukar untuk diterangkan kepada orang kaya dan orang miskin. Orang kaya mereka tidak faham sebab mereka banyak duit. Orang miskin juga tidak faham sebab mereka tidak ada duit. Pun.

Hanya orang yang pernah ditinggalkan sahaja boleh bercerita pasal rasa ditinggalkan, dan hanya golongan pertengahan sahaja dapat memahami nasib golongan pertengahan...

Namun siapakah pembela golongan pertengahan ini...?


Image result for middle class quotes funny

1 comment:

Din Besut said...

Setuju sgt tu bang. Org ingat jd lect org kaya. Diorang x tau beban kerja, stress, tekanan tu bnda biasa. Gaji pun sekadar ckup mkn. Org yg buka gerai/warung mkn boleh dpt lg byk sebulan dr pensyarah

   

.

.

.