Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, January 14, 2016

Menjala di atas pasir...: Kisah rumahlah tangga



"Jodoh pertemuan di tangan tuhan memanglah tetapi kita kena berusaha memanjangkan perkahwinan kita KALAU kita yakin masih ada rasa sayang. Dan rasa sayang yang membawa kita rela berkorban hadapi susah senang. Kalau sudah tidak ada kasih sayang dan `terpaksa' pulak berkorban baiklah hidup sendiri. Daripada hidup sakit hati saling benci membenci..." Laju saya lontarkan pandangan saya kepada kawan saya yang sudah lama saya tak jumpa. Nama dia Halim (nama samaran, nama sebenar huruf `H' juga di depan).

"Tapi kalau kita sudah tidak sayangkan pasangan kita, tak kanlah nak berpisah." Kata kawan saya.

"Kalau begitu tak payahlah berpisah, mereka boleh teruskanlah perkahwinan tu sambil berlakon dan puaskan masyarakat sekeliling dan manalah tahu akan tumbuh kasih sayang semula. Tebarkanlah jala di halaman ruman atau di tepi-tepi jalan, manalah tahu dapat ikan..." Kata saya, He he he.

Kawan saya yang seorang ini tidak pernah cerdik dalam soal rumahtangga... 


No comments:

   

.

.

.