Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, January 10, 2016

Kisah ponteng sekolah...:Faktor guru


Kat Malaysia ni agak-agak berapa ribu pelajar yang poteng sekolah dalam sehari? Ponteng kelas?

Pelajar ponteng sekolah bukan kerana faktor sikap pelajar tersebut sahaja. mereka mungkin ponteng kerana faktor suasana sekolah, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor keluarga, juga mungkin kerana dipengaruhi media elektronik.

Kita tidak boleh terus salahkan pelajar sebab mereka ponteng. Kita kena buat kajian sikit. 

Paling kelakar ibubapa tahu anak mereka poteng sekolah. Pelik tapi benar. Maka kalau ada usaha untuk membentras gejala poteng sekolah...kenalpasti dahulu apakah faktor utama mereka ponteng...

Pelajar ponteng  sekolah di kampung mungkin berbeza dengan faktor pelajar ponteng sekolah di bandar. kalau nak buat dasar kena cari apakah masalahnya dengan terperinci. Nak bagi ubat kena tahu penyakit.

Beberapa kajian ilmiah yang saya baca, ada di antaranya faktor yang paling dominan ialah FAKTOR GURU... He he he. Kejam hasil kajian tersebut kan? Tetapi ia adalah BENAR.

Jangan kita dok nafi atau burukan kajian tersebut (seperti orang kita suka buat bila ada isu,..mereka biasanya nafi). Kita kena tanya dengan terperinci kenapa faktor guru...haaa...

Jangan cepat melenting...bukan semua guru begitu... Ada orang tidak menarik tetapi jadi guru. Maksud saya menarik bukan dari fizikal sahaja tetapi personaliti... Banyak juga guru yang tidak menarik...

Isunya, ponteng ada pelbagai sebab...adakah pihak sekolah sendiri mahu tahu dengan jujur...atau terus menyalahkan sikap pelajar?

Sekolah pun boleh buat kajian mengenai guru-guru mereka...


Abang Jan: Pensyarah yang membosankan...



No comments:

   

.

.

.