Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 16, 2013

Taman kecil mudah diselenggara?

Senduduk putih...


Idea untuk memiliki sebuah taman kecil memang sudah lama saya pendamkan. Sebuah taman yang cantik, kemas, asli dan mendamaikan akan mengembirakan hati saya. Namun budget dan masa agak terhad, saya selalu biarkan impian saya terendam begitu sahaja.

Saya lebih suka langskap yang dibuat di bangunan kerajaan. Nampak kemas dan teratur. Nampak tidak berserabut dan nampak senang diselenggarakan. Maka buat masa ini itulah kongsep yang saya mampu laksanakan. saya hanya ada sehari sahaja dalam seminggu untyuk menjaga dan membaikpulih taman saya.

Pentingkah untuk memiliki sebuah taman? Saya rasa tidaklah sepenting seorang manusia mesti menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok untuk `upacara' tanda kesyukuran ke atas bumi yang dihunii. kalau kita fikir betul-betul pokok-pokoklah yang memberi `nafas' untuk kita.

Saya tidak menjawab soalan...emmm. Sebenarnya penting juga memiliki sebuah taman. Tidak kiralah kecil atau besar. Sekecil balkoni pun boleh kita cipta taman kecil yang indah. Boleh letak kerusi kecil untuk kita duduk-duduk di situ.

Pun begitu saya ada juga menanam pokok-pokok di sisi rumah saya yang terletak di Kuantan. Namun kerja-kerja menanam pokok amat meletihkan. Walaupun pokok berpolibag kecil tertapi kalau ada sepuluh polibeg, berpeluh juga.

Untuk pokok yang sederhana besar saya tanam sendiri juga tetapi untuk pokok yang besar iaitu lebih tinggi daripada saya, saya upah pekerja nurseri tanamkan. Sepokok adalah dalam RM40, kalau sepuluh pokok adalah dalam RM400. Namun oleh kerana tanam 10 pokok dikurangkan harganya.

Kalau memiliki taman kecil, rutinnya adalah sama iaitu menanam, menjaga dan memastikan kebersihan termasuk konsep kekal bersih. Sebenarnya taman melatih kita berdidiplin. Kalau taman kita tak terurus bermana hidup kita tak terurus atau tak berdisiplin. Maka boleh gunakan taman kita sebagai petunjuk hidup kita, kot-kot kita tak sedar tentang kesibukan kita...sampai tak terjaga taman dan anak bini, he he he.

Sekarang saya rasa nak terbang ke Kuantan. Untuk minggu depan jika kesihatan saya pulih, saya mahu ke Kuantan untuk menanam pokok senduduk dan pokok kemuning. Saya beli tujuh pokok senduduk (sepolibag RM4) dan tambah tiga lagi pokok kemuning (sepolibag RM3).

Jan: Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia...emmmm, emmmm, emmm. Untuk menjadi bukti kasih yang sejati, taman ini tandanya jika mahu diuji...





4 comments:

Anonymous said...

memiliki taman mini atau menanam.. bercucuk tanam sabagai hobi.. org kata ia adalah terapi.. bila nampak ia tumbuh dan sihat.. hati jadi gembira.. dan bila gembira.. kecenderungan jatuh sakit kurang..

apa pun teori saya saja.

Encik pensyarah.. saya amat gembira bila pokok limau kasturi
(Ipar saya yang bagi) rendah comel setinggi atas lutut depan rumah saya berbunga sakan.. cantik bungganya.. sekarang dah mula berbuah 'ramai' hehe.. memang seronok la!


Nong Andy

Anonymous said...

moga cepat sembuh ya encik pensyarah

Jankaulu said...

nong, dulu saya ada tanam pokok limau purut tapi bila ada banyak ulat bulu terus saya `matikan' jea pokok tu. Dulu saya tak pandai bermain dengan racun...(setelah hidup teracun, baru saya berjinak-jinak dengan racun).

thanks, anony


.:chEyaNtie:. said...

encik pensyarah,teringin saya nak tengok pertumbuhan pokok leopard anda itu..oh jugak pokok yang pelik macam pokok kelapa sawit tu heheh pokok ape ntah..bogak ke?share please.oh ya, kalau di kuantan ada satu nursery yang saya kenali melalui lama fb 'suri suka tanam pokok bunga, sayur' .exotic matahari nursery namanya tapi saya tak pasti di mana tempatnya..dia membekalkan pokok2 bunga and so on..check la kalau berminat.
saja berkongsi info :)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home