Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 29, 2013

17 Ramadhan: Hati seorang kekasih lama...

Menemui ibunda tersayang,

Asalamualaikum semoga mak berada di dalam keadaan sihat wal-afiat bersama ayah. 

Abang Alhamdulilah, sihat-sihat sahaja di sini. Alhamdulilah juga keadaan kesihatan Abang sudah seperti sediakala. Doktor kata badan Abang sudah sembuh sepenuhnya. Memang Abang makan ubat seperti yang doktor syorkan.

Mak,

Abang sangat rindukan mak. Semasa memandu ke Kuantan minggu lepas tiba-tiba airmata Abang menitis ingatkan mak.

Tahun ini Abang berRamadhan tanpa emak. Abang rasa lain sangat suasananya. Sudah beberapa tahun Abang berpuasa dengan mak. Emak datang semata-mata untuk menjengok Abang. Abang juga dapat rasakan ayah juga suruh mak jengokan Abang. Mak datang jaga Abang. Mak mahu Abang pulih...

Mak,

Abang rasa sebahagian diri Abang telah hilang lenyap. Hancur relai berdebu. Dan tahun-tahun yang berganti ini tidak sedikit pun membuat Abang mahu mencari kembali kehilangan tersebut. Biarlah sebahagian diri ini telah hilang. Biarlah sebahagian sisa ini terus berdiri tegap dan berani menerokai dunia ini.

Abang tidak akan sembuh. Abang cuma teruskan kehidupan Abang. dan semakin hari kehidupan kita semakin singkat.

Mak,

Pada Ramadhan ini kebanyakannya Abang masak. Sangat jarang Abang ke Bazzar Ramadhan. Walaupun sibuk Abang akan cuba memasak supaya adalah aktiviti dalam kehidupan ini. Ada sesuatu yang mengisi masa. 

Pada hujung minggu Abang tetap pergi jalan-jalan ke Bandar Kuantan. Jalan-jalan seorang diri. Abang letak kereta di tempat berbayar dan Abang berjalan kaki seorang diri. Kawan-kawan baik Abang sudah hampir semuanya sudah berkahwin. Abang sudah lama keluar dengan Sani atau Kamal. Hafis Library pula selepas berkahwin senyap terus. Kami tidak lagi pergi menonton wayang bersama.

Din pula tengah gila berbasikal... Namun hujung minggu lalu Abang sempat berbuka dengan din. Masa tu kami pergi shopping baju raya. Kaler oren gitu. Tapi nampak macam koko jea...

Mak,

Projek terbaru Abang adalah membina sebuah taman. Namun taman ini kecil dan minima sahaja pokok-pokoknya sebab Abang tidak ada masa untuk menjaganya. Sebuah taman ini adalah untuk mata dan jiwa Abang. Taman yang kecil dan ringkas sahaja namun Abang harap ia mampu meretap Abang dari realiti kehidupan yang tak terperi ini.

Taman ini akan melekakan Abang daripada dibius duka. Abang mahu benar berada di alam fantasi kerana terkadang-kadang realiti hidupnya sangat menyakitkan. 

Abang berkereta sehingga ke segamat untuk membeli batu sungai. Sekilo berharga RM2. Kawan Abang sarankan Abang pergi kutip di tepi sunggai, namun Abang takut tergerlincir ke dalam sungai. Lagi pun Abang alah kepada air...

 Mak,

Pada bulan puasa ini kadang-kadang Abang nampak mak jelas di rungan mata. Abang nampak mak sibuk menyiapkan makanan di atas meja. Abang nampak mak hampar kain seperah dan sediakan air nescafe untuk Abang. Abang rasa mak sangat sayangkan Abang. Mungkin sebab Abang hidup sorang diri... Kalau mak tak ada nanti, sudah tidak ada orang sayangi Abang sedalam mak.  

Abang selalu berdoa mak selalu ada, namun Abang tidak dapat menolak takdir. Menitis airmata Abang bila bayangkan suatu hari nanti...mak tak ada.. Abang akan tinggal seorang diri...dalam dunia ini. 

Mak,

Abang terus menjalani hidup ini. Tetapi Abang tetap teruskan hidup ini dengan gembira. Abang rasa manusia yang baik tidak boleh mengalah begitu nmudah. Abang tidak mahu jatuh. Namun tranformasi diri ini terlalu lama. Bolehkah kelopak yang lalu dipuja untuk kembang semula? (bersastera sedikit, he he he).

Mak. 

Abang rasa Abang sudah dapat mengawal diri Abang. Rumah Abang sudah semakin kemas. Abang sudah semakin ada mood untuk mengemas rumah. Dulu semasa Abang sakit Abang tidak hiraukan keadaan rumah. Sehingga suatu masa Abang tidak percaya itu adalah rumah Abang.

Sebenarnya Abang tidak ceritakan semuanya apa yang berlaku, kerana tidak mahu mak bimbang. Lagipun Abang juga mahu melupakan banyak perkara. Abang selalu yakin Abang boleh menempuhnya secara perlahan-lahan. Abang tidak percaya Abang kena buatan orang, mungkin Abang terbawa-bawa dengan perasaan.

Penjelasan yang paling logik adalah Abang sudah berada di tahap umur yang memungkinkan Abang mengalami krisis pertengahan umur. Cuma cara ia menimpa Abang sangat menakutkan tambahan lagi Abang hidup seorang diri. Tetapi mak jangalah bimbang kerana matahari akan tetap menyinari akan tetap muncul wal;aupn di tempat yang paling gelap. Walaupun di lorong Haji Taib.

Mak,

Kawan-kawan Abang semuanya kelihatan sihat. Alhamdulilah. Dan mereka tetap balik lewat petang walaupun majikan sudah beri kebenaran untuk balik lebih awal iaitu pukul 4.45. Abang balik pukul 4.15 sebab Abang datang kerja sebelum pukul 7.30 pagi.

Abang rasa tentu majikan mahu pekerja luangkan masa bersama keluarga. Masak-masak atau pergi beli makanan. Namun mereka masih lagi balik lewat. Mungkin mereka sudah terbiasa. Terbiasa balik lewat.

Mak,

Hari ini sudah 17 Ramadhan. Abang sudah lakukan apa yang mak suruh. Abang sudah menaja makanan di surau, sudah berusaha hadiri sebanyak mungkin upacara agama sempena Ramadhan. Semoga kebaikan yang dilakukan akan memberikan kesejahteraan kepada mak dan keluarga kita juga. Sefahaman Abang, apa kebaikan yang Abang lakukan, pahalanya tersalur juga untuk mak. Ia seperti sistem rangkaian.

Namun Abang terkilan kerana terpaksa membatalkan majlis Abang. Abang mahu anjurkan majlis berbuka puasa. Macam seleberiti pulak kan? Abang batalkan sebab Abang tidak sihat, dan sekarang bila Abang sudah sihat masa sudah semakin suntuk kerana Abang banyak pogram lain yang mahu dibuat. Abang rasa Abang boleh buat pada masa lain sebab kalau nak berbuat baik tak perlu tunggu bulan ramadhan, kan?

Mak,

Abang sudah beli kad raya dan poskan kepada orang-orang yang memberi impak besar dalam hidup Abang (yang Abang ada alamatnya). Abvang juga akan hantar kad raya kepada rakan Maya abang iaitu Nong dan Aidie. Mereka selalu baca blog Abang. Mereka ada anak yang cantik dan sihat-sihat. Putih-putih.

Abang juga sudah beli kuih raya. Sebekas dalam RM30. Mahal juga kan?. Tetapi beberapa bekas sudah habis Abang makan...he he he. Maklumlah sunyi katakan (he he he).

Oh ya Abang sudah beli baju dari Zalora. Abang beli dari internet. Kita buka internet dan beli secara online. Abang bank in sahaja duit melalui onlline. Zalora ini kita boleh pilih baju tanpa pergi ke kedai. Abang beli yang murah sahaja...he he he...sebenarnya Abang sudah pakai pun baju tersebut masa abang berbuka. Walaupun aAbang berbuka seorang diri abang tetap nak bergaya pakai baju Zalora. Tak pelik kan?

Mak,

Sekarang Abang masih malas gosok baju. Kalau Abang gosok tak secantik mak yang gosok. Abang bercadang nak hantar dobi sahaja sebab upacara menggosok baju ini menyukarkan. kalau boleh abang nak lenyapkan upacara basuh baju dan gosok baju dalam hidup abang ni. he he he. Hantar dobi senang. Tapi sayang duit pulak.

Mak,

Untuk menghalau kesunyian,  Abang akan giat melibatkan banyak aktiviti sosial. Biar ada saja projek nak dibuat. Abang suka tengok Din sebab dia sibuk berbasikal sana-sini. Aktiviti berbasikal sangat menyeronokan rupanya. Maksud Abang kalau kita bersuingguh-sungguh. Maka Abang akan bersungguh-sungguh buat taman Abang.  Taman yang ringkas.

Taman Abang sudah ada nama tetapi tidak boleh diberitahu kepada sesiapa pun di dunia ini....Rahsia.

Mak, 

Abang terus buat lawak depan kawan-kawan Abang. Abang tidak ceritakan bahawa kekadang Abang sunyi. Abang tidak mahu cerita sebabnya bukan apa...mereka itu kalau Abang kata sunyi terus suruh kahwin. Itu saja mereka fikir. " Kawinlah baru tak sunyi". Kesian fikiran mereka. Cetek.

Walaupun kawan-kawan Abang ada yang sangat terpelajar tetapi dalam hal-hal tertentu bodohnya tahap gaban. Ya lahkan mana ada manusia sempurna? Haaa.

Kesunyian itu mungkin datang apabila kita mencari arah dan makna kehidupan untuk kita tempohi masa depan dengan sebaiknya...bukan pasal kahwin atau tidak, ada duit atau tidak dan sebagainya. Titik.

Malah seorang kawan Abang yang berkahwin pun memberitahu Abang dia sunyai walaupun ada isteri dan anak-anak... Seperti biasa Abang buat-buat terkejut...padahal Abang faham...

Mak,

"Pertemuan itu suratan...yang mengembalikan suatu keazaman untuk Abang melihat dan menghadapi masa depan. Abang resah mencari arah..."

Abang berhenti di sini dulu, nanti Abang menulis lagi.  Abang hendak tidor dah...bye.



No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home