Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 29, 2013

Budak darjah enam dan nama ibu negeri Perak

"Kita belajar untuk mencari ilmu supaya menjadi panduan dalam hidup, supaya kita boleh membuat keputusan yang betul dan supaya kita boleh menolong orang". Itulah kata-kata cikgu Shafie kepada saya. 

Dan saya percaya cikgu Shafie mengajar saya kerana faktor tersebut. Dia mengajar saya bersungguh-sungguh bukan kerana mahu menaikan nama sekolah.

Dan saya percaya kita menghantar anak-anak kita kesekolah adalah untuk mencari ilmu. Dan mengharapkan cikgu-cikgu mencurahkan ilmu sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya begitulah secara amnya. Ilmu itu penting. Orang yang ada banyak ilmu pengetahuan hidup mereka akan senang. Tuhan juga sayang kepada orang yang berilmu.

Namun saya terkejut tahap king kong apabila seorang anak jiran saya yang sudah darjah enam tidak tahu apa nama ibu negeri Perak. Dia sudah darjah enam! (saya saja uji, he he he. Jahat kan?)

Lantas saya teringat pada zaman persekolahan rendah saya. Semasa di darjah empat saya sudah diminta hafal oleh guru saya nama ibu negeri setiap negeri, juga rukun negara dan bandar-bandar besar di dunia ini. Saya menghafalnya dengan kawan-kawan saya. Kami bertanding siapa yang paling banyak mengingatinya, paling tepat. Cikgu Shafie juga beritahu kita kena sayang dan hormati ibunegeri kita.

Saya rasa kini sudah sampai masanya di mana zaman orang hantar anak ke sekolah supaya lulus cemerlang dan dapat masuk universiti (walaupun sekarang amat senang dah nak masuk universiti). Dan zaman cikgu-cikgu berlumba hasilkan keputusan yang terbaik antara sekolah. Nak naikan nama sekolah. (Bukannya salah tetapi itu datang kemudian...bukat hasrat hakiki)

Dan saya percaya mereka percaya langkah-langkah tersebut (pastikan nama sekolah naik) sama dengan mengharapkan pelajar ada banyak ilmu di dada.

Tak sama sebenarnya kan?

Jan: Brains alone without a heart (feeling) can produce a monster!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home