"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, July 24, 2013

Muka baik tapi kahwin dua!




Asraf Muslim bukanlah pelakon pujaan saya. Namun oleh kerana saya peminat setia cerita hantu, saya ada menonton lakonannya sebagai ustad Amirul dalam drama Niyang Rapik suatu waktu dahulu. Saya turuti cerita itu sehingga habis walaupun solekan hantu-hantu dalam drama tu pada pandangan saya ada yang melucukan...

Namun saya tidak mahu bercerita mengenai mutu lakonan Asraf sebab bagi saya lakonannya setakat suam-suam kuku sahaja. Saya mahu bercerita mengenai perangai kawan perempuan saya yang `naik angin' bila Asraf yang diminatinya berkahwin lagi.

Saya tidak tahulah apa salahnya atau di mana silapnya jika Asraf berkahwin lagi. Kalau seseorang lelaki berkahwin lagi, yang salahnya selalu diletakan ke bahu si suami. Dan biasanya isteri dan pihak keluarga isteri yang dimadukan (isteri pertama) tentu kecewa. Ini kita sedia maklum. Selamat datang ke planet bumi.

Namun apabila kawan saya berkata " Muka baik tapi kahwin dua!. Saya rasa tak boleh terima. Sebab tak kanlah nak biarkan suami muka yang jahat/crook sahaja yang boleh kahwin dua. Dan keduanya saya tidak setuju sebab kahwin dua itu bukanlah suatu yang sangat 100% teruk. Tidak bolehlah cop lelaki yang kahwin dua itu negatif (walaupun dalam banyak cerita kita dengar orang yang berkahwin dua itu auranya selalu negatif) 

Kalau kita ada anak perempuan pun, kita tak mahu anak perempuan kita dimadukan tetapi kita ada batas dan halangan juga kerana ini merupakah kehidupan dan pakaian kepada orang lain. 

Kadang-kadang saya naik kesian (bukan bias gender yea..) kepada Asraf Muslim kerana dia seleberiti. Dia diasak untuk menerangkan keadaan yang terjadi kerana kononnya dia `hak' masyarakat. Dia digesa membuat pengakuan dan kenyataan. Saya rasa pelik.

Tentulah setiap keluarga ada ceritanya sendiri. Perlukah kita faham? Dan kenapa pula kita perlu difahamkan? Kenapa? Haaa...

Media masa juga seolah memdesak isteri pertama Asraf membuat pengakuan atau pendedahan. Saya rasa tidak manislah dibuat begitu, orang masih dalam dukacita lagi, rasa kecewa yang menebal. Janganlah dalam usaha nak melariskan jualan akhbar/majalah, kita selak kain orang sana sini buat sumber rezeki anak isteri.

Sebagai pembaca, kita buanglah yang keruh dan ambil yang jernih. Selak-selaklah kain sendiri kot-kot dalam kain kita sendiri pun ceritanya lebih parah!

Jan: Muka biasa-biasa...masih tak kahwin. So what?

5 comments:

azr said...

tak slh kwin dua tp biarlah scara berhemah... takknla br kawin sthn 2 tk dpt ank trs nk kwin lain....bg la isteri tu peluang dlu... klu dlu kte bkn pilihn hati jgnla kwin dgn die....biar die duka dlu tp skrg2nye die bole cr lelaki lain.... kdg2 derita n luka dlm ati ssh nk smbuh... blm tntu msa dpt mengubatnyer....btl tk en jan...hehehehe....

sukiman said...

Memang betul tu azr,

Pada pendapat saya pun begitu, kalau setahun dua tak ada rezeki, kena lah sabar dulu. Dan masyarakat pulak jgn sibuk menekan-nekan.Tension giler.

Ada orang lain bukan setakat tak ada anak malah tak ada isteri/teman hidup pun...

Dan saya setuju kalau bukan pilihan hati atau sekadar mengubat hati janganlah aniaya orang.

Dulu ada juga beberapa orang tergila-gilakan saya...saya cuma berikan mereka serangkap pantung:

Bertolak biduk ke Selat Melaka,
Penuh muatang si buah Pala;
Kutolak kasih kerna tak cinta,
Supaya nanti tidak kecewa...

Pasal kahwin dua ni, memang tidak salah. Malah tidak perlu pun keizinan isteri pertama (tak perlu tandatangan isi kebenaran tetap sah). Cuma sebagai lelaki kenalah berhemah dan bijaksana.Masalahnya bijaksanakah suami kita? Haaa...

Akhir kata, bila patah hati dan menderita. Bukan semua orang boleh bangkit kembali. Mereka hanya meneruskan kehidupan...

azr said...

"kubasuh luka ku dengan airmata".... sob sob sob....

sukiman said...

he he he...

sukiman said...

he he he...

.