"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 15, 2013

Salam Ramadhan buat Cat Women!

Menemui ibunda tercinta,

Asalamualaikum, semoga emak dan ayah berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Abang di sini sihat, alhamdulilah cuma lapar jea, he he he.

Bagaimana keadaan emak dan ayah dalam bulan ramadhan ini yea? Abang rasa tentu mak dan ayah berbuka bersama seperti masa kahwin dulu-dulu. Sebelum ada anak-anak...

Abang di sini alhamdulilah okey. Hari pertama Abang masak nasi goreng Sardin sahaja. Abang buat ringkas dengan menumis bawang dan lada dan masukan ikan sardin. Lepas tu Abang tabur dengan hirisan daun limau purut. Abang juga goreng kerepok. Abang berbuka depan televisyen.


Nasik goren sarding


Hari kedua Abang masak soup ayam. Abang sengaja beritahu penjual supaya potong ayam kecil sikit sebab abang nak buat soup. " Saya nak buat soup yang sedap" Abang beritahu penjual ayam tersebut. Tentu dia hairan sebab walaupun abang handsum tetapi boleh buat soup.

Mungkin dia juga sebenarnya boleh masak soup tetapi bila sudah ada isteri mungkin isterinya yang masakan... Atau dia yang masak sebab isterinya suka kontrol dia? he he he. Tak baik kan abang mengata begitu?

Abang masih berulang ke Kuantan pada hujung minggu. Sekarang Abang giat membina sebuah taman yang indah. Abang rasa projek baru ini dapat melarikan Abang dari rumah duka Abang. Buat sementara pun jadilah. 

Mak,

Abang harap dengan sibuknya Abang membina taman ini, hati abang Akan gembira. Abang akan selalu mahu mengubati hati Abang. Supaya Abang ada matlamat hidup.

Abang telah tanam pokok pagar dan pokok daun-daun untuk menutup pandangan dari belakang rumah jiran Abang. Dan nanti Abang akan tambah pulak pokok yang tinggi sedikit. Biar dapat lindungi setinggi orang berdiri. 

Mak,

Pokok-pokok yang dijual di Kuantan mahal harganya berganda. Maka Abang ke nurseri Bandar Tun Razak untuk cari yang lebih murah. Dengan duit yang ciput, Abang tentulah tidak dapat membina taman yang cantik. Namun Abang tidak akan berputus asa. Sebab itulah Abang berjimat cermat dan menjual beberapa barangan Abang. He he he. Kalau Ayah tahu tentu dia marah. Ayah melarang kita menjual barang peribadi kan?.

Mak,

Hari ini Abang dapat MC sehari sebab hidung berair, batuk-batuk dan perit tekat. Namun Abang tetap berkuliah kerana Abang bimbang tidak akan sempat buat kelas gantian. Harap-harap tak mati dalam bilik kuliah.

Mak,

Sekian sahaja buat kali ini... Abang akan menulis lagi nanti... Oh yea, abang lupa nak beritahu. Payah sungguh nak cari baju Melayu warna oreng, abang dah cari tapi tak jumpa. Tahun ini tema baju oreng rupanya...

4 comments:

Anonymous said...

sila ke ECM/Ktn Parade/KAMDAR/HARI-HARI...kt situ banyakkk pilihan hehehe

Nong Andy said...

Tema ....

Tahun ni konon wana cream

sukiman said...

wana cream pun ok.

saya wana oren tu boleh juga kalau warna oren pekat atau oren cair. asal nada setanah dengannya, kata adik perempuan saya, hehehe

Anonymous said...

macam best juga kan.. bertema-tema bagai ni hehehe


Nong Andy

.