"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, July 30, 2013

Sharifah Aini: Di pintu ampun...menjelang syawal (2000)

Sempena bulan ramadhan dan raya saya telah mengeluarkan Cd-Cd Kak Pah dari rak Cd. Saya pilih yang bertemakan raya dan juga ketuhanan/kemanusiaan.

Kak Pah banyak merakamkan lagu raya, sama ada lagu raya ciptaan khas untuknya dan juga lagu ciptaan lama yang diberi lenggok `ala' Kak Pah. Saya suka cara Kak Pah nyanyi, sebutan `minal aidil fitrinya jelas dan padat. Vokal jernih gitu... kalau dia sebut `doa', bunyi dia lain sangat.

Mungkinkah Kak Pah adalah artis Malaysia yang paling banyak merakamkan lagu raya?



Album ini ada 14 buah lagu. Ada lagu duek (duet) Kak Pah dengan Herman Tino, Hail Amir dan juga Sudirman Haji Arshad. Kak Pah juga ada menyanyikan lagu Sudirman iaitu lagu `balik Kampung', cara Kak Pah nyanyi lagu `Balik Kampung' ada unsur keMelayuan dan tradisional, berbeza dengan nada Sudirman yang ala Ultra-Melayu Moden gitu. Namun saya suka juga yang Sudir nyanyi. Masing-masing ada gaya dan identiti gitu.

Dalam sidi (Cd) ni ada lagu rancak, ala rancak dan tradisional. Ada lagu `Embun Menitik', saya suka dengar lagu ni. Meresap ke jiwa raga dan peti ais.

Lagu wajib Kak Pah `Suasana Hari Raya', juga turut dimuatkan. Ciptaan Dr Datuk Ahmad Nawab dan Lirik Datuk Sharifah Aini sendiri.





Saya akan jaga sidi ini baik-baik. Saya membelinya pada tahun 2001 di Kuantan. Saya berharap benar sebagai peminat Kak Pah, Kak Pah terus menyanyikan lagu raya baru atau lama. Sebab cara Kak Pah nyanyi lain. Ada jiwa. Meresap.

Saya simpan baik-baik sidi Kak Pah sebab saya percaya ia akan menjadi barang Akib suatu hari nanti. Bukan lagu raya sekarang tidak sedap tetapi lagu raya dulu-dulu ada nolsagianya, kenangan lama... Zaman kita membesar.

Cover belakang





Saya akan pasang sidi ini semasa dalam perjalanan saya balik kampung di Besut sabtu hujung minggu ini. Saya tetap tabah menjalani hidup ini. Sebenarnya saya tidak ada pilihan dah. Saya harus harungi segalanya. Mungkin sudah tersurat begini.

Saya raya untuk keluarga saya, orang di sekeliling saya...

Jan: Selamat hari raya untuk pembaca blog saya... Maaf zahir batin...


1 comment:

Anonymous said...

Tahun 2014 baru dengar lagu di pintu ampun di youtube. banyak kali ulang lagu ni. muzik dia best, suara kak pah memang kena dengan lagu ni. tak tau cd ni keluar tahun 2000. tak silap tahun tu, saya hanya layan lagu seribu mawar saja sebab masa tu lagu-lagu LY/Baiduri saja meletup.

.