"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 5, 2013

Suratan ke buatan?

Jangan kata orang perempuan sahaja mata duitan, orang lelaki mungkin lebih berpotensi. Selamat datang ke milimium baru.

Kawan saya (seorang pegawai tinggi di Perlis) beritahu sudah suratan hidupnya bersuamikan lelaki tidak bertanggungjawab. Semua dia tanggung, suaminya lepas tangan. Dia beritahu suaminya mata duitan.

"Nampak jea okey Man, tapi allah sahaja yang tahu..." Sms dari  kawan saya yang pada masa perkahwinan dia dulu saya menumpang kereta orang untuk hadirkan diri.

Teringat pulak dahulu bagaimana dia memancing lelaki dengan duitnya. Maklumlah dia bergaji besar. Rumah ada, kereta ada, harta ada, rupa sahaja tiada. Mungkin kerana sangat takut menghadapi hidup keseorangan, dia berkahwinlah dengan seorang lelaki yang...yang  kalau saya jadi perempuan pun, saya tak nak. He he he.

Maaf cakaplah, bukan nak sesedap cakap. Bila saya lihat suaminya pertama kali dahulu, saya sudah dapat mencium sesuatu yang tidak kena. Tetapi tidak baik bernegatif.


"Bersabarlah..." Nasihat saya yang streotype, yang saya percaya suatu nasihat biasa yang sangat digunakan oleh umat manusia yang berbillion-billion yang melata di atas muka bumi ini. Walaupun sebenarnya saya percaya dia kena bertindak selain daripada bersabar sahaja!.

Saya malas nak bercerita panjang tentang CRTO (Cerita Tentang Rumahtangga Orang) ni. CRTO ni tak habis-habis. Dah jadi biasa sangat bagi saya. Yang luarbiasa ialah bila kawan-kawan saya beritahu rumah tangga mereka bahagia dan itulah yang mereka cari dalam hidup.... Haaa...

Saya buat kesimpulan, apa yang terjadi dalam hidupnya bukanlah suratan tetapi buatan. Maksud saya dia yang cari.

Jan: You can't buy love but you pay heavily for it kan? He he he.



5 comments:

Adie Achim said...

Abg Jan:

Semasa membaca entri banyak idea berpusu2 untuk komen namun setelah melihat gambar si buaya dengan purse ex-husbandnya saya tergelak syaitan.. Terus lupa semua butiran komen.

p.s: Mana tau esok puasa, selamat berposaAbg JAn :)

sukiman said...

he he he...ada juga perempuan jenis buaya tau...

Anonymous said...

hahahah..betul..tp tak semua macam tu :D

Anonymous said...

btl tu... ramai yg mcm tu baik lelaki@perempuan... yg baik2 semua dh jd orang yg punye...

Anonymous said...

btl tu... ramai yg mcm tu baik lelaki@perempuan... yg baik2 semua dh jd orang yg punye...

.