Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, November 3, 2009

Berpindah rumah baru ala islamik

Sempena nak masuk rumah baru nanti, kawan saya hadiahkan `sesuatu' melalui email. Katanya perkara-perkara yang saya kena buat.
Dia juga ada kol saya beritahu '' Sudah-sudah la Mang kau guna `ala Amerika' bila masuk rumah baru. Umur kau pun dah lanjut, jangan tulis dalam blog pasal dunia je...bla-bla-bla...'', katanya kepada saya. He he he, huh!
Jangan tak tahu saya ada juga kawan yang jenis islamik giler. Saya bosan jugak sebab kadang-kadang asyik nak khutbahkan saya. Macam la saya ni teruk sangat. Tapi rayanya baiklah kita ambik positif. Boleh buat contoh, lagi pun manalah tahu kot-kot kita yang sebenarnya sesat tapi kita tak tahu kan?...Haaa...
Memang dia tahu saya ni kalau pindah rumah sewa, kira pindah gitu je. Dia kata saya kena:
1. Azan
Dia suruh saya laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Katanya ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Saya tidak pernah laungkan azan dalam hidup saya. Bagaimana situasinya kalau saya buat nanti ya? he he he. Tapi saya nak pilih laungan yang berseni macam P Ramlee dalam filem Semerah Padi. Boleh ke?

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni/penyewa) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Eeee...tak nak lah kongsi rumah, lagipun kita yang bayar kan?

2. Membaca surah Al-Baqarah

Yang ni saya yakin saya boleh buat dengan selamba. Tidaklah menuntut kemahiran yang tinggi. Saya yakin boleh buat.

Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

Betul jugak kan, kalau rumah baik hanya untuk tidur mana konsep `rumahku syurgaku' kan, kan? Haaa...

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran.

Yang ni saya rasa duduk mana-mana pun kena praktikan kan. Tak kiralah rumah baru ke rumah buruk, rumah sewa atau rumah yang dihadiahkan daripada seseorang.

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Tujuh malam pertama membaca surah Yassin setiap malam apabila menduduki rumah tersebut. Baca juga suarah-surah lain...:

surah Al-Fatihah sebanyak satu kali,

surah Al-Ikhlas 3 kali,

selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali,

ayat Kursi sebanyak 7 kali.


5. Pagar rumah cara Islam.

Yang ni saya mungkin suruh mak saya buat kot. Emak saya tentu suka melakukannya. Tapi mak saya mungkin ada kaedahnya tersendiri kot. Mungkin mak saya akan edit dan tambah mana patut mengikut kesesuaian rumah saya dan citarasanya.

Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Tapi rumah semi D macam mana nak keliling ya?
Caranya: Ambik air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas tetapi jangan sesak nafas pulak. Sapa yang asma tu kenalah berhati sikit. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam. Kalau guna air mawar lagi baik kot sebab harum je kan?

Saya tak tahulah bagaimana jadinya nanti. Sehingga kini saya tidak tahu lagi kedudukan `jalan laluan jin' dan banyak lagi ilmu-ilmu yang nak duduk rumah baru ni. Saya akan buat yang sesimple mungkin mengikut kesesuaian gaya hidup saya, dan yang saya terdaya sahaja nanti. Entahlah...he he he

Jan: Rasa macam jadi ustad pulak, he he he. Jangan mare.


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home